Kampung Carok Bakap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Kampung Charok Bakap terletak di negeri Kedah, iaitu di Daerah Baling, Mukim Teloi Kanan.. Kawasan ini di bawah pentadbiran Majlis Daerah Baling. Keluasan Kampung Charok Bakap ialah 4 kilometer.

Kawasan kampung ini terdiri daripada Kg. Baru Charok Bakap dan Pondok Hj Lah Carok Bakap. Anggaran bilangan rumah di sini 100 buah .

Pada tahun 2010, kampung ini diketuai oleh seorang MKK yang dilantik oleh kerajaan negeri. Dalam kampung ini 100% penduduknya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Fahaman parti politik utama ialah PAS dan UMNO. Walau bagaimanapun, kawasan ini merupakan kubu kuat PAS dengan hampir 90% penduduknya ahli dan penyokong PAS,

Sejarah Penubuhan Kampung Charok Bakap

Nama "Charok Bakap" dipercayai berasal daripada nama sebuah alur atau parit kecil yang bermula dari kebun Tok Abas melalui bendang Pak Su Lah dan bendang Pak Long Kot hingga ke Tandop bawah. Manakala "Bakap" ialah nama sejenis ikan seperti ikan haruan. Tetapi ia lebih kecil dan hidup di kawasan parit atau caruk terutama yang kurang air(tohor).