Kampung Cina, Kuala Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Cina
Kampung
Kampung Cina
Kampung Cina
Bendera Kampung Cina
Mohor rasmi Kampung Cina
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Daerah Kuala Terengganu
KampungKampung Cina
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
20100
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Cina di Peta Google

Kampung Cina merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Terengganu, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kampung Cina, Kuala Terengganu telah berusia lebih 300 tahun, dan pernah menjadi tempat tinggal pedagang dari Selatan China.[1] Kawasan ini menempatkan kedai lama yang kini telah banyak diubah suai untuk menjadi restoran, kafe dan rumah tumpangan dengan ciri moden. Generasi baru penduduk asal di kawasan kampung ini kini dikenali sebagai Peranakan.[2]

Kampung Cina terdiri daripada dereten kedai-kedai lama, dari Pasar Besar Kedai Payang sehingga pintu gerbang naga Hotel Seri Malaysia, yang menampilkan kebudayaan Peranakan dengan lorong-lorong yang dilukiskan dengan grafiti dan seni moden.

Pada setiap tahun, penduduk di sini meraikan Pesta Peranakan Terengganu di mana pelbagai aktiviti diadakan seperti persembahan kebudayaan, pameran gambar, seni jalanan, demo masakan, dan pasar malam. Pada masa ini jugalah mek atau kaum wanita akan memakai sarung kebaya, yang diilhamkan daripada pakaian tradisional Melayu. Majoriti masyarakat Cina di Terengganu fasih berbahasa Melayu dalam loghat Terengganu, dan masakannya turut mendapat pengaruh tradisi Terengganu seperti dimasak bersama budu. Masakan Peranakan di sini juga adalah unik dan mungkin tidak ditemui dalam komuniti Peranakan yang lain, seperti keropok lekor yang dikukus, ceranang, serta jeruk betik.

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Cina, Kuala Terengganu, Terengganu adalah 20100.[3]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Socio-historical Development of the Kampung Cina Settlement in Kuala Terengganu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-20. Dicapai pada 2018-01-20.
  2. ^ "Kampung Cina". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-20. Dicapai pada 2018-01-20.
  3. ^ Carian Poskod

Pautan luar[sunting | sunting sumber]