Kampung Dewan Kecil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Kampung dewan kecil @ kechil terletak di dalam mukim dewan, dalam jajahan daerah Machang, Kelantan Darul Naim. Kampung dewan kecil berada di tengah antara kampung dewan besar dan Kampung telaga tujuh di mukim dewan. Kampung dewan kecil terbahagi kepada bebarapa bahagian kawasan yang dipanggil juga kampung diantaranya adalah kampung batu berdiri, kampung merabang, kampung bagan dan sebagainya. Komposisi kaum penduduk di kampung dewan kecil terdiri daripada golongan melayu. Pembangunan di kampung dewan kecil sangat terhad dan menyebabkan golongan muda terpaksa berhijrah ke bandar dan pekan terdekat untuk mendapatkan perkerjaan. Kebanyakan penduduk kampung menjalankan aktiviti pertanian dan pelandangan melibatkan padi dan tanah getah.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Getah[sunting | sunting sumber]

Penanaman getah di kampung dewan kecil telah senonim dengan perkerjaan penduduk. Dengan kerjasama pihak RISDA , tanaman getah semakin meluas. Disebabkan sistem pengaliran air ke sawah padi tidak berfungsi dengan baik, kebanyakkan penduduk telah mengubah pengunaan tanah daripada tanah sawah padi kepada tanaman getah.

Padi[sunting | sunting sumber]

Tanaman padi masih lagi menjadi sumber pendapatan bagi penduduk di kampung dewan kecil. Dengan kerjasam daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan juga pihak Pertubuhan Peladang Kebangsaan, aktiviti pertanian padi semakin mendapat sambutan daripada penduduk. Dengan penggunaan mesin, ia memudahkan aktiviti pertanian padi berjalan lancar. Di bawah inesentif kerajaan, aktiviti pertanian berjaya dilakukan secara 3 musim. Sebelum itu, aktiviti penanaman padi terpaksa dilakukan secara 2 musim disebabkan kekurangan saliran air ke sawah padi.

Kelapa Sawit[sunting | sunting sumber]

Tanaman kelapa sawit bermula pada tahun 2006, seorang pemilik tanah telah menggunakan tanah beliau untuk tanaman kelapa sawit di kampung kecil bagan. Walaupun tanaman sawit bukanlah antara tanaman utama, tetapi pembukaan ladang kelapa sawit telah menbuka mata penduduk untuk menceburi tanaman kelapa sawit sebagai salah satu tanaman utama.

Tanaman Kontang[sunting | sunting sumber]

Disebabkan kampung dewan kecil berada di kawasan berbukit bukau, penduduk telah menanam tanaman kontang untuk kegunaan harian dan jualan di pasar-pasar sekitar daerah machang. Walaupun tanaman kontang ditanam secara kecil kecilan tetapi ia menyumbang kepada pendapatan penduduk kampung

Kesenian dan Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Silat[sunting | sunting sumber]

Kampung dewan kecil terkenal dengan aktiviti persilatan. Kampung dewan kecil telah melahirkan guru-guru silat yang berwibawa. Kampung dewan kecil terkenal dengan seni silat pulut terutamanya di kampung kecil merabang. Seni silat pulut akan dipersembah di dalam majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan sambutan orang - orang kenamaan. Bagi penduduk kampung dewan kecil, aktiviti silat pulut merupakan perkara wajib dipelajari oleh semua golongan penduduk tidak mengira umur.

Dikir Barat[sunting | sunting sumber]

Kelantan terkenal dengan dikir barat. Kampung dewan kecil juga tidak ketinggalan dalam mengembangkan bakat pendikir barat. Aktiviti dikir barat biasa dipersembah semasa majlis perkahwinan dan sambutan orang kenamaan. Pasukan dikir barat kampung dewan kecil juga pernah bergabung untuk memenangi pertandingan dikir barat di peringkat negeri dan kebangsaan http://skdbmachang.blogspot.com/2010/08/program-semarak-merdeka-jalur-gemilang.html

Main Puteri[sunting | sunting sumber]

Main puteri adalah satu persembahan seni yang selalu dilakukan di kelantan. Di kampung dewan kecil, persembahan main puteri masih lagi dimainkan jikalau ada permintaan daripada penduduk kampung. Pada zaman 80an and 90an, aktiviti main puteri sangat aktif di kampung dewan kecil. Pengiat main puteri ketika zaman itu meninggalkan pelapis-pelapis yang mampu meneruskan kesinambungan. Namun, disebabkan perhijrahan golongan muda ke bandar, aktiviti main puteri semakin luput di kampung dewan kecil.

Permainan Wau[sunting | sunting sumber]

Permainan mau merupakan permainan penduduk negeri kelantan. Disebabkan kampung dewan kecil memiliki sawah padi yang luas, aktiviti ini akan dilakukan semasa menunggu musim menanam padi. Kebanyakkan penduduk di kampung dewan kecil mahir dengan pembuatan wau. Wau yang dimainkan bersaiz besar dan dimainkan di dalam pertandingan. Pertandingam wau amat popular pada tahun 90an. Namun, disebabkan musim padi telah berubah, permainan wau tidak lagi dimainkan secara pertandingan. Masih ada penduduk yang menghabiskan masa pada waktu petang dengan pemainan wau di pinggir sawah.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Hiking/Memanjat Bukit[sunting | sunting sumber]

Kampung dewan kecil dikelilingi oleh bukit, aktiviti hiking selalu dilakukan oleh penduduk. Walau bagaimanpun, aktitivi ini tidak dihebahkan kepada pelancong luar.

Picnic/Berkelah[sunting | sunting sumber]

Kampung dewan kecil menpunyai sungai dan lata yang cantik. Walau bagaimanapun, kawasan ini tidak dikomersial bagi menjamin kecantikan dan keindahan alam flora masih terjaga. Pembukaan kawasan ini amat terhad kepada pelancong yang ingin merasa keindahan alam flora dan fauna. Penduduk kampung mengunakan air dari bukit untuk kegiatan harian. https://www.nst.com.my/news/nation/2018/11/432729/villagers-machang-want-water-filters-catchment-areas