Kampung Genting, Pulau Tioman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Jeti Kampung Genting
Jeti Kampung Genting
Klinik Desa Kampung Genting
Homestay Kampung Genting

Kampung Genting terletak di Pulau Tioman, negeri Pahang, Malaysia. Terdapat sebuah jeti di sini bagi menurunkan penumpang yang datang dengan feri dari Tanjung Gemok, Kuala Rompin atau dari Mersing. Ada beberapa jeti di Pulau Tioman seperti di Kampung Salang, Kampung Tekek, Air Batang, Tunamaya, Kampung Juara, Kampung Mukut dan lain-lain. Turun naik bilangan pelancong menyebabkan hanya jeti Kampung Salang , jeti Kampung Tekek dan jeti Kampung Genting yang mempunyai persinggahan feri. Jeti-jeti yang lain terpaksa menggunakan perkhidmatan bot sewa pada kadar RM100 sehala.

Tambang feri dari Tanjung Gemok ke sini ialah RM35.00 untuk dewasa dan RM30.00 untuk kanak-kanak. Biasanya pelancong mestilah telefon terlebih dahulu kerana pelancong terlalu ramai terutama pada masa cuti.

Hotel, homestay atau chalet disediakan untuk untuk mereka yang ingin menginap tetapi mestilah juga ditempah awal-awal . Jika tidak, siaa-sia sahaja rancangan percutian anda.