Kampong Gelam, Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kampung Glam)
Lompat ke: pandu arah, cari
Masjid Sultan dan Bazar Bussorah yang terletak di Kampong Gelam.
Istana Kampong Gelam yang terletak di Kampung Glaem

Kampong Gelam (Jawi: كمڤوڠ ڬلم) merupakan sebuah kawasan kejiranan yang terletak di negara Singapura, di utara Sungai Singapura. Suatu ketika dahulu, kampung ini menjadi penempatan awal masyarakat Bugis dan Jawa dari Indonesia. Kampong Gelam mendapat namanya sempena nama pokok 'gelam' yang terdapat diseluruh Singapura hingga kini. Masjid Sultan, Istana Kampong Gelam, Taman Warisan Melayu dan perkampungan tradisional Melayu merupakan antara lokasi menarik yang menyimpan 1,000 rahsia khazanah sejarah awal pembentukan Singapura.

Semua tempat ini, yang dibina ketika zaman pemerintahan British telah dibaik pulih dan diselenggara pemerintah Singapura dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Singapura (STB) selepas ia dikenal pasti dapat menjadi produk pelancongan.

Tarikan[sunting | sunting sumber]

Makanan[sunting | sunting sumber]

Restoran Tepak Sireh, Tambuah Mas Indonesi dan Hajah Maimunah menjadi pilihan ramai berikutan tiga restoran ini mampu memenuhi cita rasa pelanggan, selain seni bina dan hiasan dalaman premis restoran itu yang antik memberi mood sesuai dengan tema hidangan. Hidangan Jawa, Bugis dan Nyonya ada disediakan.

Restoran Tambuah Mas terkenal dengan hidangan istimewa kari kepala ikan, asam pedas dan tauhu telur, manakala Restoran Hajah Maimunah pula popular dengan masakan rumah seperti siput sedut, ayam kailasan, ikan pari bakar dan urap-urap.

Restoran Tepak Sireh bukan sekadar menjadi tempat orang ramai dan tetamu khas yang bertandang ke majlis perkahwinan bersantap, malah muzium khas yang mempamerkan sejarah dan latar belakang pemilik restoran itu. Hidangan istimewa seperti nasi tumpang, nasi kuning, nasi rawan dan sayur lodeh.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Lembaga Warisan Negara (2006), Discover Singapore – Heritage Trails, ISBN 981-05-6433-3
  • G. Byrne Bracken (2004), A Walking Tour: Singapore, Times Editions, edisi ke-2, ISBN 981-232-630-8

Pautan luar[sunting | sunting sumber]