Kampung Gunung Mesah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kampung Gunung Mesah terletak di Gopeng, Perak. Kampung ini terletak di tepi jalan utama dari Gopeng ke Kampar.

Gunung Mesah merupakan bukit batu kapur yang mewujudkan gua-gua batu kapur yang cantik, indah dan menawan. Terbentuk statagtik dan stalagmit d dalam gua. Namun begitu gua-gua di Gunung Mesah belum lagi dimajukan kecuali Gua Tempurung, juga di Gopeng, Perak.

Kampung Gunung Mesah ini diduduki oleh orang Melayu. Ramai daripada mereka berketurunan Rawa, iaitu nama sebuah kawasan di Sumatera, Indonesia.

"Istilah Rawa merujuk kepada satu etnik suku bangsa Melayu daripada perkataan Rao – sebuah kacamatan di dalam Kabupaten Pasaman di Sumatera Barat. Negeri Rao di sebelah utara berjiran dengan Tapanuli yang didiami Mandailing manakala di sebelah Selatan bersempadan dengan Sumatera Barat yang majoriti penduduknya; Minangkabau. Di sebelah barat Rao ialah Selat Mentawai dan timur pula bersempadan dengan Riau. Perkataan Rawa hanya popular di Makkah dan Malaysia. Ia kurang dikenali di Rao. Wan Mohd Shaghir Abdullah (Utusan Malaysia: 19.3.2007) berpendapat bahawa istilah Rawa di Malaysia bermula daripada Haji Abdullah Nordin al-Rawi yang mengasaskan syarikat percetakan dan penerbit Persama Press tahun 1921 di Lebuh Aceh, Pulau Pinang. Anak beliau bernama Haji Yusuf bin Abdullah tersohor dengan gelaran Yusuf Rawa (1922-2000) yang pernah menjadi wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sebagai duta ke Iran, Iraq, Afghanistan dan Turki. Pada asalnya disebut ar-Rawi mengikut istilah Arab yang bermaksud dibangsakan kepada ”Rao” tetapi lama kelamaan menjadi ar-Rawa yang menunjukkan asal seseorang itu iaitu dari Negeri Rao di Sumatera. Namun demikian, tidak terdapat dalam sejarah yang menceritakan orang-orang Rawa yang menuntut atau menetap di lain-lain negeri atau negara menggunakan perkataan Rawa atau Rawi dicantumkan pada akhiran nama mereka. Penggunaannya juga dianggarkan bermula di sekitar awal abad ke-19 khususnya sewaktu aktiviti pengajian Islam sedang berkembang pesat di Makkah. Juga tidak dapat dipastikan penggunaan ar-Rawa pada akhir nama itu seseorang itu bermula di Tanah Melayu atau Makkah. Walau bagaimanapun, mengikut catatan sejarah terdapat seorang syeikh terakhir di Makkah di kalangan orang Rawa bernama Syeikh Jamal Rawa yang menggunakan perkataan tersebut".

Menurut Ketua Kampung, Kampung Gunung Mesah mendapat namanya daripada peristiwa kehilangan seorang ibu dan anaknya di Gunung Mesah. Cerita bermula ketika Mesah pergi ke gunung untuk mencari kayu api, tetapi Mesah tidak pulang-pulang hingga hari bertukar malam membuatkan ibunya risau lalu mencari Mesah keesokan harinya. Ibu Mesah mencarinya ke kaki gunung tetapi tidak juga bertemu dengan Mesah. Keesokan harinya, penduduk kampung mendengar cerita kehilangan dua beranak itu. Lalu, berusahalah mereka mencari kedua beranak itu. Walau bagaimanapun usaha mereka tidak berhasil. Mereka juga tidak pasti sama ada dua beranak itu masih hidup ataupun telah meninggal dunia, ada juga yang beranggapan mereka telah diculik oleh orang bunian. Semenjak peristiwa itu, kampung ini dikenali dengan nama Kampung Gunung Mesah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]