Kampung Jalan Pantai Lama / Pasir Gedabu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Jalan Pantai Lama / Pasir Gedabu terletak di dalam pentadbiran mukim Tanjung Piandang, negeri Perak. Kampung ini sebenarnya dua kampung yang digabungkan pentadbirannya iaitu Kampung Jalan Pantai Lama dan Kampung Pasir Gedabu, kerana kedua-dua kampung ini kecil dan terletak berdekatan. Ia disatukan supaya senang untuk mentadbirkannya. Penduduk kampung ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. 85% penduduknya adalah Melayu, 10% adalah penduduk Cina, manakala selebihnya adalah kaum India.

Ketua Kampung En. Sharif bin Mat Nayan p.j.k
Mukim Tanjung Piandang
Kampung yg ditadbir Jalan Pantai Lama / Pasir Gedabu
Poskod 34250

Sumber pendapatan[sunting | sunting sumber]

Sumber pendapatan utama penduduk di sini ialah mengerjakan sawah padi, Sawah padi merupakan punca pendapatan dan hasil penduduk disini. Selain itu, ada juga beberapa orang penduduk kampung bekerja sebagai nelayan, menternak ikan dan kerja sendiri, tetapi jumlahnya adalah sedikit. Sawah padi disini mengalami proses penanaman padi sebanyak 2 kali setahun.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Kemudahan untuk penduduk kampung disini adalah pada taraf selesa, maknanya penduduk tidak susah untuk meminjam atau membeli keperluan di luar terutamanya untuk majlis kenduri. Ini kerana surau-surau di kampung ini mempunyai peralatan untuk majlis perkahwinan seperti meja, kerusi, periuk, khemah dan lain-lain lagi. Berikut adalah kemudahan yang terdapat di kampung Jalan Pantai Lama / Pasir Gedabu termasuklah peralatan perkahwinan.

  • Surau - Surau Pak Kassim, Surau Pasir Gedabu
  • Kedai makan
  • Kedai runcit
  • Stor (peralatan memasak, kerusi, meja dan khemah untuk majlis perkahwinan)