Kampung Kepayang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Kepayang
Kampung
Taman Herba, Kampung Kepayang
Taman Herba, Kampung Kepayang
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriNegeri Perak
Daerah Kinta
KampungKampung Kepayang
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
31350
Kod kawasan+605
Lokasi Kampung Kepayang di Peta Google

Kampung Kepayang merupakan sebuah "pekan hantu" dan juga sebuah perkampungan Melayu yang masih ada, terletak di selatan Simpang Pulai, berhampiran dengan bandar raya Ipoh, Perak,Malaysia. Kampung ini terletak di sepanjang Laluan Persekutuan 1. Terdapat dua baris rumah kedai yang hampir semua telah terbiar, dengan cuma dua atau tiga buah rumah kedai sahaja yang masih digunakan. Penduduk asal mengusahakan dusun buah-buahan seperti durian, rambutan, nangka, langsat ,manggis,pisang dan lain-lain. Pada masa dahulu, dangau akan dibina pada musim durian tengah 'gegak'.

Nama Kepayang ialah dari nama pokok Kepayang. Sungai Raya yang kecil mengalir dari kawasan berhampiran ke selatan ke Sungai Kinta, seterusnya ke Sungai Perak.

Disebabkan jalan besar menjadi sibuk, akibatnya sepanjang jalan raya kekurangan tempat letak kereta, oleh itu kedai-kedai di sepanjang jalan terjejas perniagaannya, dan terpaksa gulung tikar.

Walaupun Kampung Kepayang telah menjadi sebuah pekan hantu, namun alamat-alamat bagi kawasan itu yang berposkod 31300, termasuk Simpang Pulai, masih bertulis "Kampung Kepayang" sebagai nama pekan atau bandar. Ini adalah kerana mel yang dihantar ke kawasan ini adalah ditangani oleh Pejabat Pos Kampung Kepayang yang kini telah berpindah ke Simpang Pulai.

Kini terdapat sebuah kawasan perumahan yang baru di seberang Sungai Kepayang, bernama Taman Seri Raya.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Kepayang, Perak ialah 31300.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]