Kampung Kuala Seraya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Kuala Seraya
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 6°24′N 100°41′E / 6.400°N 100.683°E / 6.400; 100.683Koordinat: 6°24′N 100°41′E / 6.400°N 100.683°E / 6.400; 100.683
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
MukimBatang Tunggang Kiri
Kawasan parlimenPadang Terap
Kawasan negeriKuala Nerang
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Padang Terap
 • Ahli Parlimen (Padang Terap)Nurul Amin Hamid (PN)
Aras
150 m (490 ft)
Penduduk
 • Jumlah0 orang
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
06300 Kuala Nerang
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanK

Kampung Kuala Seraya (Jawi: كامڤوڠ كوالا سرايا), juga dikenali sebagai Kampong Kuala Seraya merujuk kepada sebuah kampung yang ditinggalkan di dalam kawasan pentabdiran Mukim Batang Tunggang Kiri, di utara Daerah Padang Terap, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Poskod bagi Kampung Kuala Seraya ialah 06300 Kuala Nerang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Kuala Seraya telah dilakukan pada September 1928 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (F.M.S. Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan di Kampung Kuala Seraya telah dimulakan sejak tahun 1920-an. Nama "Kampung Kuala Seraya" turut dipaparkan dan diterbitkan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di rujukan grid RG4289 (dengan nama Kg. K. Seraya).[3][4] Kedudukan koordinat mengenai Kampung Kuala Seraya pula direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Pejabat Hidrografik Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°24′N 100°41′E / 6.400°N 100.683°E / 6.400; 100.683.[2]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Kuala Seraya secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Batang Tunggang Kiri, iaitu mukim di kawasan pedalaman Daerah Padang Terap.[5]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Bentuk muka bumi[sunting | sunting sumber]

Mengikut topografi kawasan setempat, Kampung Kuala Seraya terletak di kawasan pedalaman Daerah Padang Terap yang bergunung-ganang dan berbukit-bukau, dengan ketinggian dari atas min aras laut mencecah 150–76 meter (492.1–249.3 ka).[1] Kampung Kuala Seraya merupakan kawasan perkampungan dalam kawasan perhutanan dipterokarpa pamah dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Koh Mai. Bukit Goh Lembu dan Bukit Nguan masing-masing merupakan gunung dan bukit yang berhampiran dengan kampung ini. Sungai yang berhampiran dengan Kampung Kuala Seraya ialah Sungai Seraya yang mengalir di sepanjang kawasan perkampungan Kampung Kuala Seraya, dan Charok China yang merupakan anak sungai bagi Sungai Seraya. Sumber bagi Charok Dama (atau Charok Damar) dan Charok Airut (atau Charok Aut) terletak di sebelah barat laut Kampung Kuala Seraya.[5][3][4]

Lokalti berhampiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Kuala Seraya terletak dengan petempatan lain, seperti:[1][5]

Klimatologi[sunting | sunting sumber]

Iklim di sekitar kawasan Kampung Kuala Seraya ialah iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di Kampung Kuala Seraya untuk tahun 2000 ialah 27.2 °C (81.0 °F). Bulan yang paling panas ialah Mei dengan suhu mencecah 27.8 °C (82.0 °F) dan bulan paling sejuk ialah Januari dengan suhu 26.4 °C (79.5 °F).[6][7] Purata pembentukan kerpasan iaitu air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,434 milimeter (95.8 in) pertahunnya. Bulan Oktober merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 314.1 milimeter (12.4 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Julai dengan 101.0 milimeter (4.0 in).[6][7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Kampung Kuala Seraya, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 27 Februari 2023. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  2. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. m/s. 70. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  3. ^ a b Survey Department, Federated Malay States (1945) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Kepingan 2 E/11. Malaysia.
  4. ^ a b Survey Department Federated Malay States, Great Britain War Office General Staff Geographical Section (1949) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Peta). 1:63,360. GSGS 4203: Kepingan 2E/11. Malaysia.
  5. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
  6. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2021). "ClimateCharts.net – Kampung Seraya, Kedah, Malaysia (2000)". International Journal of Digital Earth (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. 14 (3): 338–356. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  7. ^ a b Ian C Harris; Philip D. Jones; Tim Osborn; Climatic Research Unit (2021). "CRU TS4.05: Climatic Research Unit (CRU) Time-Series (TS) version 4.05 of high-resolution gridded data of month-by-month variation in climate (Jan. 1901- Dec. 2020)" (dalam bahasa Inggeris). NERC EDS Centre for Environmental Data Analysis. Dicapai pada 10 Februari 2023.