Kampung Kuau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Kuau
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Kuau
Mohor rasmi Kampung Kuau
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriKelantan Darul Naim
Daerah Bachok
KampungKampung Kuau
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
16300
Kod kawasan+609

Kampung Kuau merupakan sebuah kampung yang terletak di Bachok, dalam negeri Kelantan Darul Naim, iaitu sebuah negeri di utara Malaysia. Kelantan merupakan sebuah negeri di utara Malaysia, dengan keluasan lebih kurang 14,922 km². Ia terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

Kampung Kuau Bachok mendapat nama sempena Pokok Kuau yang jarang dapat dilihat pada masa sekarang, begitu juga dengan kampung bersebelahan dengan kampung ini mendapat nama daripada sejenis pokok iaitu Keluat.

Kampung ini sangat unik kerana penduduknya mempunyai wajah seakan akan sama. Dikatakan setiap ahli keluarga adalah saudara mara terdekat yang berkembang dari generasi ke generasi.

Kedudukan geografi yang di kelilingi oleh Sungai Kemasin seolah membentuk sebuah pulau, Kegiatan utama penduduk adalah Pertanian, rupa mukabumi yang sesuai untuk Tanaman Padi, dan tanaman kontan lainnya, seperti sayur-sayuran berbuah seperti tembikai. Dengan ada nya projek Saliran Pengairan Kemasin-Semerak membolehkan Tanaman padi dilakukan 2 kali setahun.

Pokok Kuau[sunting | sunting sumber]

Pokok Kuau merupakan sejenis pokok yang berdaun lebar dan merimbun. Kayunya boleh dijadikan perabot dan ukiran. Daunnya dikatakan boleh dijadikan ubat sakit perut dengan menggumpalkannya dan ditampal pada perut. Manakala, air rebusan daunnya juga boleh diminum untuk menjarakkan kelahiran anak.[1]


Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Kebangsaan Chantum
  2. Tadika Kemas

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

  1. Masjid Ar-Rahim

Kemudahan dan Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

  1. Balairaya
  2. Anjung Komuniti

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Kuau, Bachok, Kelantan adalah 16300.[2]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • [ Lokasi Kampung Kuau di Peta Google]