Kampung Long Loyang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Long Loyang

Kampung Long Loyang (juga dieja sebagai Kampung Long Luyang) terletak di tepi tebing Sungai Tinjar. Kampung Long Loyang berhampiran dengan Ulu Tinjar di dalam daerah Baram. Pengangkutan utama ialah pacuan empat roda dan bot kecil. Pengangkutan darat mengambil masa selama 5 jam menggunakan pacuan empat roda dari miri melalui Berluru,Bakong dan Pekan Lapok. Manakala pengangkutan air pula mengambil masa 8 jam dari Marudi menggunakan ekspres melalui Sungai Baram hingga ke Pekan Lapok menaiki bot kecil melalui Sungai Tinjar.

Penduduk[sunting | sunting sumber]

Kampung Long Loyang merupakan sebuah kampung yang sedang membangun. Secara umumnya, penduduk kampung berbangsa Sebob, Kayan dan Kenyah yang ramai menetap di kampung ini. Walaupun begitu, terdapat juga penduduk dari bangsa Melayu, Cina, Penan, dan Berawan juga menetap di kampung ini.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Ekonomi utama penduduk di sini ialah menoreh getah, mengutip buah kelapa sawit dan menanam padi. Selain itu, terdapat juga penduduk yang menanam buah-buahan secara kecil-kecilan seperti Buah Durian, Buah rambutan, Buah Salak dan Buah Langsat.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Kampung Long Loyang mempunyai kemudahan seperti kedai, gereja, tadika, perpustakaan desa, dan sekolah. Sekolah Kebangsaan Long Loyang teletak di sebelah kampung ini juga mempunyai kemudahan seperti padang bola sepak, pentas dan gelanggang serbaguna. Penduduk kampung dari Kampung Long Luyang, Kampung Long Batan, Kampung Apau Gon dan Kampung Long Aya menghantar anak mereka ke sekolah tersebut. Manakala Tadika pula hanya penduduk dari Long Loyang dan Long Batan sahaja yang menghantar anak mereka ke tadika tersebut.

Penempatan berjiran termasuk:[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Laman Kampung Long Loyang http://119.110.105.60/kampunglongloyang/index.php/en/general-information.html[pautan mati kekal]