Kampung Lumut
Kampung Lumut
کامڤوڠ لوموت | |
|---|---|
| Koordinat: 4°39′54″U 114°26′48″T / 4.664922°U 114.446724°T | |
| Negara | Brunei |
| Daerah | Belait |
| Mukim | Liang |
| Poskod | KC4335 |
Kampung Lumut ialah sebuah kawasan pesisir pantai di Lumut iaitu sebuah petempatan di Daerah Belait, Brunei. Ia secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam Mukim Liang,[1] dan juga sebahagian kawasan Kampung Lumut I (Satu).[perlu rujukan] Poskod bagi Kampung Lumut ialah KC4335.[2]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Kampung Lumut ialah petempatan 'asal' yang mana Lumut, sebagai sebuah kelompok petempatan di Mukim Liang yang merangkumi petempatan ini dan beberapa petempatan di sekitarnya, diambil nama daripadanya.[perlu rujukan] Kampung Lumut berjiran dengan Kampung Sungai Bakong di bahagian selatan dan Kampung Sungai Taring di bahagian barat daya.[3] Ia juga merupakan salah satu petempatan yang terletak di pesisir pantai dengan Laut Cina Selatan.
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Kawasan Kampung Lumut secara rasmi merupakan sebuah kampung iaitu pembahagian pentadbiran peringkat ketiga dan dan terbawah di Brunei.[1] Walau bagaimanapun, penduduk Kampung Lumut adalah di bawah tanggungjawab ketua kampung bagi Kampung Lumut I.[perlu rujukan]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 "Daerah Belait" (PDF). www.information.gov.bn. m/s. 31–32. Dicapai pada 10 Jun 2018.
- ↑ "postcodes". post.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Jun 2018.
- ↑ "Geoportal - Survey Department". survey.gov.bn. Dicapai pada 10 Jun 2018.