Kampung Melayu Raya, Segamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kampung Melayu Raya adalah sebuah kawasan perkampungan yang terletak dalam daerah Segamat, Johor. Ia sebuah kampung tradisional dalam Mukim Pogoh. Kampung ini dibuka dengan rasminya pada 4 November 1952. Nama ”Melayu Raya” diberi sempena nama En. Ali bin Raya yang merupakan Pegawai Daerah Segamat ketika itu.[1]

Kampung Melayu Raya terletak lebih kurang 15km dari bandar Segamat, dengan majoriti penduduk berbangsa Melayu. Dengan jumlah keluasan 1887 ekar, Kampung Melayu Raya mempunyai lebih 1000 orang penduduk*. Kampung ini juga termasuk dalam Gerakan Daya Wawasan Daerah Segamat.

Kampung Melayu Raya adalah kampung induk yang mempunyai 3 buah kampung rangkaian iaitu Kampung Genuang Baru, Kampung Sri Dagang dan Kampung India Genuang Baru. Rangkaian ini ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pogoh 4.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Melayu Raya ditadbir dibawah pentadbiran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di bawah kuasa seorang ketua kampung. Ketua Kampung ketika ini adalah Encik Ab. Razak bin Ab. Rahman

Prasarana[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

  • Dewan Terbuka
  • Balairaya
  • Klinik Desa
  • Masjid Jamek Naemah Kampung Melayu Raya
  • Surau An-Nur Ithnin Budi Jalan No. 3
  • Surau Jalan No 2

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • 2009 - Johan, Anugerah Desa Cemerlang, Peringkat Daerah Segamat
  • 2009 - Naib Johan, Anugerah Desa Cemerlang, Peringkat Negeri Johor

Tokoh[sunting | sunting sumber]