Mengabang Telipot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kampung Mengabang Telipot)

Mengabang Telipot adalah sebuah perkampungan nelayan Terengganu di Malaysia yang terletak 18 Kilometer dari Kuala Terengganu melalui Jambatan Sultan Mahmud yang terletak di Jalan Pantai menuju ke Kampung Batu Rakit. Kampung ini di percayai berusia lebih kurang 100 tahun, dan mempunyai sebuah masjid, iaitu Masjid Mengabang Telipot, yang dibina pada awal tahun 1920-an, namum struktur asal masjid ini telah dirobohkan pada tahun 2015 untuk memberi ruang kepada pembinaan masjid baru di atas tapak asal masjid ini.

Kejayaan penduduk-penduduk Mengabang Telipot terbukti sejak tahun 1970 lagi. Ada di antara anak jatinya yang telah berjaya melanjutkan pelajaran mereka sehingga ke United Kingdom, walaupun pada ketika itu, kampung mereka hanyalah kampung yang terpencil di Terengganu. Ini juga membangkitkan semangat penduduknya yang lain yang telah mengikut jejak-jejak mereka yang berjaya, walaupun hanya ke peringkat institusi-institusi pengajian tempatan.

Selain itu, salah sebuah sekolah rendah yang tertua di Terengganu, iaitu Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot, telah banyak melahirkan graduan, tokoh politik, pensyarah, penulis novel, ahli sukan, seniman, dan juga "pencipta revolusi pemuzik bebas di Malaysia".

Kampung ini amat terkenal dengan ikan dan sotong celup tepung yang terletak di pantai kolam.

Mengabang Telipot berhadapan dengan ancaman hakisan ombak. [1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kini, Mengabang Telipot mempunyai Maktab Rendah Sains MARA dan juga beberapa institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Terengganu (dahulunya KUSTEM), KUSZA (kini Universiti Sultan Zainal Abidin), dan sebuah Institut Pendidikan Guru Malaysia. Anak-anaknya juga pernah mengisi tempat di setiap institusi pengajian ini dan juga berkhidmat di sini.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]