Kampung Mukut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Balai Polis Kampung Mukut
Jeti Kampung Mukut
Masjid Kampung Mukut
Sekolah Kebangsaan Kampung Mukut

Kampung Mukut terletak di 86800 Pulau Tioman, Pahang, Malaysia . Pantainya menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara Malaysia. Namanya berasal dari cerita 'Nenek Semukut' yang diceritakan turun temurun oleh penduduk kampung di sini. Kampung ini sebahagian dari kawasan Dewan Undangan Negeri Tioman , dalam parlimen Rompin.

Antara tarikan menarik di sini ialah adanya Air terjun Kampung Asah dan juga membekalkan air bersih kepada penduduk Pulau Tioman. Kawasan ini pernah menjadi lokasi penggambaran filem Hollywood . Antara aktiviti menarik ialah mendaki gunung,mandi pantai dan jalan-jalan di dalam hutan hujan tropika.