Kampung Orang Asli Sungai Berjuang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Orang Asli Sungai Berjuang merupakan sebuah kampung orang asli suku Jahut yang penuh dengan pokok dan kehijauan. Kehidupan suku etnik berkenaan, senario kehidupan mereka tidak ada bezanya iaitu menjadikan kawasan hutan sebagai tempat mencari rezeki seperti gaharu, rotan, ubat-ubatan herba dan kegiatan pemburuan.

Mengikut bancian Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Pahang, jumlah Orang Asli paling ramai di negeri iaitu kira-kira 64,000 orang diikuti Perak seramai 42,841 orang. Komuniti mereka pula dibahagikan kepada beberapa suku atau etnik utama iaitu Senoi, Negrito, Jahut, Semai, Bateq, Temetong dan Melayu Proto yang mana setiap daripada suku itu mempunyai dialek tersendiri.

Bantuan kerajaan[sunting | sunting sumber]

Pihak kerajaan sentiasa menggalakkan penyertaan Orang Asli sektor pertanian, penternakan serta keusahawanan industri kecil dan sederhana.[1] Selain itu, kerajaan menggalakkan kecemerlangan pendidikan serta membantu meringankan beban ibu bapa Orang Asli dalam membiayai persekolahan dan pengajian anak-anak mereka melalui Skim Galakkan Pendidikan Pelajar Orang Asli.[2]

Pleajar dari masyarakat Orang Asli turut dibantu sehingga mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi di luar Negara. Sejak program penghantaran pelajar Orang Asli ke luar Negara bermula pada 2010, seramai 23 pelajar masyarakat itu berjaya mendapat peluang berkenaan di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam pelbagai bidang.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kerajaan sedia bantuan usahawan untuk orang asli - Tajuddin
  2. ^ "Garis Panduan Skim Galakkan Pendidikan Pelajar Orang Asli". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-22. Dicapai pada 2015-10-07.
  3. ^ Kerajaan bantu pelajar Orang Asli lanjut pelajaran.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]