Kampung Padang Hangus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Padang Hangus
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Padang Hangus
Mohor rasmi Kampung Padang Hangus
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Kuala Terengganu
KampungKampung Padang Hangus
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
21060
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Padang Hangus di Peta Google

Kampung Padang Hangus merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Terengganu, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.

Kampung Padang Hangus berada dalam lingkungan DUN Tepoh dan berada dalam daerah Kuala Nerus dengan menggunakan poskod 21060 sebagai poskod. Kampung ini berdekatan dengan kawasan perindustrian gong badak serta berhampiran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) juga berada berdekatan dengan Kampung Padang Hangus dalam kira-kira 15 minit perjalanan.

Kampung Padang Hangus mempunyai dua buah surau dan sebuah masjid. Sekolah utama bagi penduduk Kampung Padang Hangus ialah Sekolah Kebangsaan Rendah Bukit Nanas (SKBN). Bagi sekolah menengah pula, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong (SMKBG) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kemunting menjadi pilihan penduduk.

Mitos kampung[sunting | sunting sumber]

Kampung Padang Hangus mendapat nama kerana keadaan geografi kampung yang selalu terbakar hangus. Kejadian ini disebabkan akar pokok serta kayu-kayu yang berada di dalam tanah terbakar. Setiap tahun, Kampung Padang Hangus banjir bilamana air bertakung di bahagian paya, belukar serta beberapa bahagian rumah penduduk.[perlu rujukan]

Terdapat mitos yang mengatakan di bawah tanah Kampung Padang Hangus tidur seekor naga yang berkebolehan menghembus api. Dikatakan apabila naga ini bangun daripada tidur iaitu sekali setahun, naga ini akan mengeluarkan api dari mulutnya ke atas gua. Daripada haba dan pecikan api inilah akar-akar kayu atau kayu yang kering tertimbus dalam tanah mula terbakar. Kayu-kayu yang terbakar seolah-olah menunjukkan tanah yang terbakar. Oleh sebab itu, di permukaan tanah boleh dilihat tanah kehitaman kesan haba api naga itu. Walaupun setelah beberapa hari, tanah masih berasap walaupun tiada kayu atau daun di permukaan tanah.[perlu rujukan]

Mengikut kata orang tua,[nyatakan menurut siapa?] jika berlaku gempa bumi di kampung padang hangus ini. naga yang menghuni dan tidur di bawah tanah kampung itu akan berhijrah ke tempat lain. Oleh kerana naga itu terlalu besar, akan berlaku penolakan ke atas atap gua yang menyebabkan permukaan terasa bergegar atau sebahagian mungkin runtuh,[perlu rujukan]

Masjid Padang Hangus

Kod : MY-11-KTR-00467
latitud :
longitud :
Zon: Kuala Terengganu, Marang
Aktiviti/program Semasa
Kuliah Maghrib

Tempat: Masjid Nur Iman, Kg Padang Hangus, Tepuh, K.tRG

Hari: Khamis (9/4/2015)

Daerah : Kuala Nerus
Alamat : Kg. Padang Hangus,

Kuala Nerus

Sejarah :
Binaan :
Kemudahan :
Istimewa :
Lokasi :
Rasmi :
Kapasiti :  
Keluasan : 0.00
Peta :

Aktiviti kampung[sunting | sunting sumber]

Thursday, October 22, 2009

Padang Hangus juara pelita Raya Kampung Padang Hangus telah diumumkan sebagai johan dalam pertandingan pelita raya DUN Tepoh yang membawa hadiah wang tunai RM700. Tempat kedua ialah Kampung Raja Tepoh (RM500) dan ketiga dimenangi Kampung Pagar Ubi (RM300).[perlu rujukan]

Seramai 188 peserta dari lima kampung yang menyertai pertandingan seperti Kampung Tokeng dan Kampung Baru Tepoh di mana pertandingan ini diadakan untuk mengembalikan tradisi memasang pelita setiap kali menjelang bulan Ramadan. Menteri Besar, Datuk Ahmad Said kelmarin menyampaikan hadiah. Beliau menyarankan aktiviti pertandingan pelita raya ini turut diadakan di kawasan lain. Ini kerana ia memperlihatkan semangat bergotong royong dan kerjasama kalangan penduduk kampung yang terbabit di samping menjadikan suasana kampung ceria dan meriah sepanjang bulan Ramadan.[perlu rujukan]

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Padang Hangus, Kuala Terengganu, Terengganu adalah 21060.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]