Kampung Paloh, Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Tok Ku
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Tok Ku
Mohor rasmi Kampung Tok Ku
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Kuala Terengganu
KampungKampung Paloh
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
20050
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Paloh di Peta Google

Kampung Paloh berlokasi bersebelahan Sungai Terengganu, anggaran 6 km dari Bandaraya Kuala Terengganu. Sekitar tahun 1970an asas pekerjaan majoriti penduduknya adalah berasaskan kepada pertanian. Dilingkungi oleh kebun-kebun getah kepunyaan pekebun-pekebun kecil telah menjana pekerjaan kepada penduduk setempat dengan pembukaan Rumah Asap Getah (sekarang lokasinya Muzium Negeri Terengganu) iaitu sebuah kilang pemproses getah mentah sehingga ianya berkahir perkhidmatan sekitar tahun 1980 sebelum tapaknya dibangunkan Muzium Negeri Terengganu.

Sinonimnya Kampung Paloh adalah nama terkenal merangkap penasihat Agama kepada pemerintah Sultan Zainal Abidin III Terengganu iaitu Ulama' Syed Abdul Rahman bin Muhammad al-Idrus (Tok Ku Paloh). Tanda mercu sinonim di Kampung Paloh boleh dilihat sehingga sekarang seperti Masjid Tok Ku Kampung Paloh (lokasi sebelah Muzium Negeri) dan berhampirannya Makam Tok Ku Paloh.

Pembangunan Infrastruktur Kampung Paloh seperti kemudahan pendidikan dengan Sekolah Kebangsaan Paloh telah membantu keperluan asas seterusnya sedikit sebanyak meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Kebangsaan Paloh

Tempat Tumpuan[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua buah Masjid/Surau (Masjid Tok Ku Paloh & Masjid Jamek Paloh), tiga buah kedai runcit, beberapa buah kedai kopi dan sebuah tanah perkuburan (Makam Tok Ku Paloh). Manakala dalam tahun 2017 sebuah jambatan utama menghubungkan antara Lebuh Raya LPT2 (Kuala Terengganu) ke Kampung Bukit Losong melintasi Pulau Sekati (Jambatan Pulau Sekati) telah siap dan digunakan sehingga sekarang.

Penduduk Kampung Paloh kebanyakannya bekerja dalam pelbagai bidang-bidang antaranya perniaga, pekerja swasta dan kerajaan dan serta sendiri. Namun begitu masih ramai memilih profesion pekerjaan sendiri seperti bidang-bidang pertukangan, woksyop dan ketua-kerja kampung. Pengaruh kedudukan lokasinya berhampiran Bandaraya Kuala Terengganu kebanyakan pemuda-pemudinya memilih pekerjaan makan gaji di Bandar Kuala Terengganu.


Kawasan Geografi[sunting | sunting sumber]

Kampung Paloh terletak bersebelahan Sungai Terengganu dan juga dahulunya kawasan perkebunan kecil getah yang banyak. Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai jenis tanaman seperti pohon-pohon duku/langsat (awal tahun 1980an buah berkualiti), durian, padi, dusun-dusun kecil dan seumpamanya.

Hal ini disebabkan oleh faktor bentuk muka buminya yang rata (tanah pamah) dan tanahnya yang sangat subur serta sesuai untuk penanaman pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan. Antara kegiatan ekonomi yang ada termasuklah pertanian,perkhidmatan dan penternakan. Sebagai bukti, penduduknya amat aktif dalam kegiatan kegiatan tersebut . Dahulu, kegiatan ekonomi utama bagi kampung ini ialah pertanian. Penduduk mengusahakan pelbagai tanaman seperti sayur sayuran dan buah buahan. Selain itu, penduduk juga bergiat cergas dalam kegiatan penternakan. Antara haiwan yang diternak adalah lembu dan sebagainya. Akan tetapi, kegiatan kegiatan ini semakin berkurang. Antara faktor yang menyumbang kepada berkurangnya kegiatan sebegini adalah faktor penduduk berhijrah ke kawasan kawasan yang lain. Di samping itu, proses pembandaran juga adalah antara punca menyebabkan berlakunya hal sedemikian.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

http://www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur/article/view/87

https://www.unisza.edu.my/icic2017/images/09_Norzahiah_Engku_Ibrahim_Syed_Hadzrullathfi_Sumbangan_Tok_Ku_Tuan_Besar_Dalam_Pemerkasaan_Pemikiran_Akidah_Ulama_Nusantara.pdf

http://mygeoname.mygeoportal.gov.my/exportpdf00.jsp?kodnegeri=11

http://www.tatiuc.edu.my/assets/files/ICTM19-Papers/ICTM-87.pdf

https://www.facebook.com/kg.paloh/

https://www.facebook.com/photo/?fbid=873126852769770&set=a.328170277265433

Pautan luar[sunting | sunting sumber]