Pergi ke kandungan

Kampung People (musim 3)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung People
Musim 3
Dibintangi
oleh
Negara asalMalaysia
Bil. episod13
Keluaran
RangkaianTV3 & Disney+ Hotstar
Tarikh siaran18 November –
10 Disember 2022
Kronologi musim
← Sebelumnya
Musim 2

Musim ketiga Kampung People, juga dikenali sebagai Kampung People 3 memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 bermula 18 November 2022 sehingga 10 Disember 2022 menggantikan Sentuhan Najwa dan digantikan oleh Budak Tebing 3.[1][2]

Setelah Razif sekeluarga dan beberapa orang kampung yang lain ditidurkan selama dua tahun akibat pandemik Covid-19, mereka semua telah dikejutkan semula dengan identiti diri yang baharu untuk mengaburi mata geng Cengkih Manis yang masih lagi mengancam keselamatan mereka. Demi keselamatan yang lebih terjamin, mereka semua kini mendiami sebuah perumahan flat di sebuah bandar.

Untuk menyembunyikan kesilapan Pacerat sendiri, Agen Shukrinah dan Agen 1 terpaksa berbohong kepada Laila yang mengatakan bahawa otak Jaafar terpaksa dipindahkan ke dalam badan Badrul bisu. Namun, Razif dan Laila sekeluarga dapat membongkar agenda kedua-dua agen Pacerat ini dan mula mengatur strategi untuk mengenakan mereka semula.

Berpindah ke kawasan yang baharu ini bukannya sesuatu yang mudah. Razif turut menghadapi masalah dengan penduduk flat itu. Sejak kehilangan Jaafar, Laila mengalami kemurungan yang berpanjangan namun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari Jaafar. Dapatkah Razif sekeluarga dan orang kampung menempuh segala cabaran dan ujian yang bakal dihadapi mereka? Adakah geng Cengkih Manis akan muncul dan mengancam keselamatan mereka lagi?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Hun Haqeem yang melakonkan watak Jekfer dalam 2 musim terdahulu menarik diri daripada membintangi Kampung People musim ketiga sekaligus wataknya itu dimatikan.[3][4][5]

  1. ^ "Drama Kampung People 3". My Infotaip. 16 November 2022. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  2. ^ Nur Amirah Abdul Rani (17 November 2022). "Kecoh drama santai komedi Kampung People musim ketiga kembali". Berita Harian. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  3. ^ Ain Norman (24 November 2022). "Ramai tanya mana Jekfer? Hun Haqeem terpaksa kunci mulut, sedih tak dapat berlakon dalam 'Kampung People 3'". mStar Online. Dicapai pada 16 Mac 2022.
  4. ^ "Kampung People 3 tiada Jekfer, ramai kecewa". Kosmo!. 20 November 2022. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  5. ^ Affan Rostam (14 Disember 2022). "'Jekfer' tiada, Kampung People bagaikan hilang seri". Berita Harian. Dicapai pada 16 Mac 2023.