Kampung People (musim 3)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kampung People 3)
Kampung People
Musim 3
Dibintangi
oleh
Negara asalMalaysia
Bil. episod13
Keluaran
RangkaianTV3
Tarikh siaran8 November –
10 Disember 2022
Kronologi musim
← Sebelumnya
Musim 2

Musim ketiga Kampung People, juga dikenali sebagai Kampung People 3 memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 bermula 18 November 2022 sehingga 10 Disember 2022 menggantikan Sentuhan Najwa.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Setelah Razif sekeluarga dan beberapa orang kampung yang lain ditidurkan selama dua tahun akibat pandemik Covid-19, mereka semua telah dikejutkan semula dengan identiti diri yang baharu untuk mengaburi mata geng Cengkih Manis yang masih lagi mengancam keselamatan mereka. Demi keselamatan yang lebih terjamin, mereka semua kini mendiami sebuah perumahan flat di sebuah bandar.

Untuk menyembunyikan kesilapan Pacerat sendiri, Agen Shukrinah dan Agen 1 terpaksa berbohong kepada Laila yang mengatakan bahawa otak Jaafar terpaksa dipindahkan ke dalam badan Badrul bisu. Namun, Razif dan Laila sekeluarga dapat membongkar agenda kedua-dua agen Pacerat ini dan mula mengatur strategi untuk mengenakan mereka semula.

Berpindah ke kawasan yang baharu ini bukannya sesuatu yang mudah. Razif turut menghadapi masalah dengan penduduk flat itu. Sejak kehilangan Jaafar, Laila mengalami kemurungan yang berpanjangan namun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari Jaafar. Dapatkah Razif sekeluarga dan orang kampung menempuh segala cabaran dan ujian yang bakal dihadapi mereka? Adakah geng Cengkih Manis akan muncul dan mengancam keselamatan mereka lagi?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

  • Rashidi Ishak sebagai Razif / Koci / Rodzi Aeril Mikael
  • Elly Mazlein sebagai Mona / Meringue / Moni Segamat
  • Riena Diana sebagai Laila / Lempeng / Lili Angel Lorita
  • Kamarul Eqifshah sebagai Imran / Yummy / Donut / Rahim

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu / Danial Eric Ashman
  • Haeriyanto Hassan sebagai Norbik / Danish Rayyan
  • Nazeri Md Isa sebagai Tok Imam / Pak Kyle Aiden
  • Shahril Sarjen sebagai Badrul Bisu / Jaafar
  • Haidar Hasanudin sebagai Ejen 111
  • Lizart Rashid sebagai Ejen 1 / En. Broery
  • Fadlan Hazim sebagai Tuan Suhaimy Muda
  • Sharifah Sakinah sebagai Ejen Syukrinah
  • Kismah Johar sebagai Madam Mah
  • Aniq Suhair sebagai Darwish

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Hun Haqeem yang melakonkan watak Jekfer dalam 2 musim terdahulu menarik diri daripada membintangi Kampung People musim ketiga sekaligus wataknya itu dimatikan.[3][4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Kampung People 3". My Infotaip. 16 November 2022. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  2. ^ Nur Amirah Abdul Rani (17 November 2022). "Kecoh drama santai komedi Kampung People musim ketiga kembali". Berita Harian. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  3. ^ Ain Norman (24 November 2022). "Ramai tanya mana Jekfer? Hun Haqeem terpaksa kunci mulut, sedih tak dapat berlakon dalam 'Kampung People 3'". mStar Online. Dicapai pada 16 Mac 2022.
  4. ^ "Kampung People 3 tiada Jekfer, ramai kecewa". Kosmo!. 20 November 2022. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  5. ^ Affan Rostam (14 Disember 2022). "'Jekfer' tiada, Kampung People bagaikan hilang seri". Berita Harian. Dicapai pada 16 Mac 2023.