Kampung Peria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Peria atau juga dikenali Kampung Sungai Peria (Jawi: ڤريا) merupakan sebuah kampung atau mukim (Mukim Peria) dalam daerah Olak Jeram di jajahan Kuala Krai, Kelantan. Kampung Peria berada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai. Kampung Peria terletak di antara Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Lumpur dan jalan utama Kuala Krai - Gua Musang. Jarak antara Kampung Peria ke Bandar Kuala Krai ialah 17 km melalui lebuh raya Kuala Krai - Gua Musang atau laluan alternatif melalui jalan Peria - Mengkebang - Batu Balai sejauh 23 km, 86.7 km ke Kota Bharu, 105 km ke Gua Musang dan 359 km ke Kuala Lumpur. Majoriti penduduk Kampung Peria ialah Melayu dan beragama Islam. Ekonomi atau pekerjaan utama penduduk ialah penoreh getah, buruh, peniaga, pekerja ladang kelapa sawit dan bekerja sendiri.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan di Kampung Peria ialah:

  1. Pasaraya SN Store
  2. Sekolah Kebangsaan Peria
  3. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Darussalam Sungai Peria
  4. Tadika Haji Adam
  5. Tanah Perkuburan Islam Sungai Peria.
  6. PASTI Ar Ridhuan
  7. Klinik Desa Peria
  8. Masjid Mukim Sungai Peria
  9. Pejabat KESEDAR
  10. Kemudahan Jejantas
  11. Pasar Malam (Setiap hari isnin)
  12. Kedai Keropok Lekor Seri Peria
  13. Menara Telekomunikasi
  14. Gelanggang Sukan

Kedai-kedai runcit, kedai makan, workshop dan cybercafe juga terdapat di kampung ini. Jika penduduk ingin mendapatkan barangan yang tiada di kampung ini, mereka boleh ke bandar Kuala Krai yang hanya 17 km dari kampung. Selain itu, stesen minyak Caltex juga berada berdekatan iaitu 1.5 km di Lepan Jenut, Manek Urai. Stesen Minyak Petron sedang dalam pembinaan juga di Lepan Jenut. Kedudukan Kampung Peria boleh dikatakan agak strategik kerana berada pada laluan utama lebuh raya Kuala Krai - Gua Musang dan berdekatan dengan bandar Kuala Krai yang sedang membangun.

Blok-Blok[sunting | sunting sumber]

Kampung Peria terbahagi kepada beberapa blok untuk memudahkan penyediaan alamat dan urusan awam. Kebanyakkan nama blok diambil berdasarkan nama tempat di Kota Bharu. Antaranya ialah:

  1. Blok Kadok
  2. Blok Sering
  3. Blok Pangkal Kalung
  4. Blok Limbat
  5. Blok Kota Bharu

*Kampung Peria Baru terletak 3 km ke arah Mengkebang.

*Kampung Kongsi, Peria ( Bukit Akil) 3 km ke arah Pahi.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk Kampung Peria tidak spesifik dan kekurangan sumber untuk diketahui tapi jika dilihat melalui jumlah pengundi semasa Pilihan raya kecil Manek Urai 2009 , saluran di kampung ini yang berpusat di SK Peria adalah yang teramai di kawasan DUN Manek Urai.

Berikut ialah 9 pusat pengundian :

  1. SK Temalir (983 orang)
  2. SK Peria (2,019)
  3. SK Manek Urai (1,890)
  4. SK Manek Urai Baru (1,093)
  5. SK Sungai Sok (980)
  6. SK Chuchoh Puteri (1,517)
  7. SK Lata Rek (1,094)
  8. SK Kampung Karangan (1,049)
  9. SMK Laloh (1,643)

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan utama penduduk di kampung ini adalah kereta,motorsikal,bas sekolah dan van. Pengangkutan utama penduduk untuk ke bandar Kuala Krai boleh diakses dengan bas henti-henti CityLiner menggunakan laluan Gua Musang - Kuala Krai [1]. Penduduk juga boleh menggunakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan stesen terdekat Manek Urai untuk ke stesen Kuala Krai [2]

Peristiwa-Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan peristiwa-peristiwa yang terjadi di kampung Peria dengan liputan meluas.

Tragedi Bah Kuning[sunting | sunting sumber]

Disember, 2014

Banjir besar atau bah kuning pada Disember 2014 di Kelantan turut hampir menenggelam kampung ini. Ramai penduduk mencari tempat perlindungan di kawasan yang lebih tinggi seperti kawasan bukit dan sekolah. Segala harta benda dan rumah dibawa arus banjir. Ada yang menggelarkan bencana ini sebagai Tsunami Banjir.[3] Ramai dari NGO dan pelbagai komuniti datang memberi bantuan dari segi makanan dan pakaian. Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri masing-masing membantu meringankan beban penduduk yang terjejas seperti pembinaan semula rumah untuk mangsa banjir dan bantuan wang.[4][pautan mati kekal][5][pautan mati kekal]

Pembunuhan Kejam Suami Isteri[sunting | sunting sumber]

Oktober 16, 2008 

Lelaki yang ditahan dalam keadaan khayal bagi membantu siasatan pembunuhan pasangan suami isteri rakyat Thailand dengan kejam di Kampung Peria, Kuala Krai Selasa lalu, mengaku bertanggungjawab membunuh ke dua-dua mangsa dengan golok. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) ACP Mazlan Lazim berkata lelaki berusia 21 tahun mengaku membunuh dengan menyembelih kedua-dua mangsa sebaik sedar daripada khayalan akibat pengambilan dadah kepada polis semalam. "Dia buat pengakuan membunuh kedua-dua mangsa menggunakan golok (parang) dengan menyembelih mangsa sehingga hampir putus leher," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini, hari ini. Selasa lepas, polis menemui dua mayat pasangan suami isteri warganegara Thailand, satu di dalam tong plastik setinggi semeter dan satu lagi di dalam perigi berdekatan rumah mangsa dipercayai dibunuh kira-kira pukul 6.30 pagi. Mayat mangsa lelaki dikenali Anuar Dahman, 27 dan mayat wanita dikenali sebagai Asmah berusia 18 tahun yang bekerja sebagai penoreh getah di kampung itu masing-masing dengan jarak kira-kira 200 meter. Mazlan berkata polis turut menemui sebilah golok yang digunakan oleh suspek sebagai barang bukti suspek menggunakan senjata itu untuk menyembelih kedua-dua mangsa dengan kejam. "Siasatan awal polis mendapati punca disebabkan dendam lama berpunca dari perbalahan kedua-dua pihak," katanya. Menurutnya siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum gantung mati mandatori. Mayat mangsa yang dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat diserahkan kepada keluarga mereka semalam.-- BERNAMA

Bas Sekolah Terbalik Dirempuh Treler[sunting | sunting sumber]

10 Mac 2015

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, bas tersebut bukan sahaja terbalik ke bahu jalan malah remuk dihempap treler tersebut. Difahamkan, bas yang dipandu Abdul Halim Mohd. Noor, 56, telah berhenti di sebelah kiri bahu jalan dipercayai untuk mengambil pelajar sebelum sebuah treler hilang kawalan, lalu melanggar bahagian belakang bas itu.Ketua Polis Daerah, Superintenden Ab. Rahim Che Ghani berkata, akibat pelanggaran kedua-dua kenderaan itu telah terbalik ke kiri bahu jalan. “Bagaimanapun, pemandu treler, Mohd. Nordin Md. Nor, 43, dan pemandu bas serta 11 pelajar yang menaiki bas itu hanya cedera ringan,” katanya. Ab. Rahim memberitahu, penumpang yang terbabit dalam kemalangan berkenaan terdiri daripada pelajar tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pahi, SMK Sultan Yahya Petra 1 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Peria. Katanya, bas itu dalam perjalanan menghantar pelajar terbabit ke sekolah masing-masing manakala lori treler dari arah sama ke bandar Kuala Krai. Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. “Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk menerima rawatan,” katanya.[6]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.mdkkrai.gov.my/ms/pelawat/pengangkutan
  2. http://m.utusan.com.my/berita/nasional/4-kawasan-bina-300-rumah-kekal-dikenal-pasti-1.113559[pautan mati kekal]
  3. http://www.kelantan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=260:pembinaan-bantuan-rumah-kekal-mangsa-mangsa-banjir-negeri-kelantan-tahun-2014&catid=25&Itemid=231&lang=en[pautan mati kekal]
  4. http://www.mdkkrai.gov.my/ms/mdkk/profil/latar-belakang
  5. http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=365036&cat=tm
  6. http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/bas-sekolah-terbalik-dirempuh-treler-1.68147