Kampung Perol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Perol
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Perol
Mohor rasmi Kampung Perol
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriKelantan Darul Naim
Daerah Kota Bharu
KampungKampung Perol
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
16010
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Perol di Peta Google

Kampung Perol merupakan sebuah kampung yang terletak di Kota Bharu, dalam negeri Kelantan Darul Naim, iaitu sebuah negeri di utara Malaysia. Kelantan merupakan sebuah negeri di utara Malaysia, dengan keluasan lebih kurang 14,922 km². Ia terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.pada masa dahulu majoriti penduduk menjalankan kegiatan ekonomi dengan menanam Padi.

Sejarah awal kampung perol ialah telah dibuka oleh Tok Dat atau nama sebenarnya Dahak (Senopati Dahak) seorang kesatria Mataram di zaman Amangkurat. Sikap pemerintah Mataram, Amangkurat yang banyak beralah dengan Belanda menyebabkan beliau amat kecewa dan menyertai gerakan menentang Belanda. Sikap permusuhannya menyebabkan ia diburu oleh belanda. Untuk menyelamatkan dirinya, senopati Dahak meninggalkan tanah leluhur (Jawa Barat) berkelana sehingga ke Patani yang pada masa itu tersohor sebagai pelabuhan Islam yang makmur.Setibanya di Pattani beliau disambut oleh Raja Mas Kelantan, Raja Pattani pada masa itu. Khidmatnya diminta kerana Pattani sedang bermusuh dengan kerajaan Siam Ayuthia. Beliau mengahwini anak pembesar tersebut dan dikurnia beberapa putera dan puteri. Pada tahun 1960-an Ayuthia menyerang Pattani secara besar-besaran dengan mendapat bantuan kerajaan Islam Senggora.

Dahak bersama perwira Pattani berjuang habis-habisan tetapi kemaraan tentera Siam yang disertai dengan perpecahan dalaman menyebabkan Pattani tewas. Raja Mas kelantan ditawan. Akibatnya ramai pejuang dan ulama’ Pattani menjadi tempat perlindungan di negeri Kelantan dan tidak terkecuali Dahak dan keluarganya. Dahak bersama keluarga dan beberapa orang pembantu menyeberangi Sungai Tak Bai, terus ke Tumpat dan berhenti di Kota Kubang Labu (pusat pemerintahan Kelantan pada masa itu). Kota kubang Labu juga tidak stabil akibat perebutan takhta antara Long Deraman, anak Raja Legeh dengan Long Yunus, anak Long Sulaiman.

Dahak berasa tidak betah dengan keadaan tersebut lalu terus mengembara ke daerah selatan (hulu).Ketika pengembaraannya, Dahak mencari tempat tinggal yang kekal. Beliau menemui sebuah kawasan kampung yang di hadapannya (matahari naik) sungai, di belakangnya matahari jatuh) kawasan tanah rendah yang berair. Dahak memilih tempat tersebut sebagai tempat kediaman oleh kerana tanahnya rata, subur dan senang mencari rezeki. Pondok dibangunkan di kawasan hulu Masjid Tahfiz yang ada sekarang. Kawasan hutan berair di sebelah matahari jatuh dijadikan sawah. Oleh sebab banyak pokok Perol tumbuh di kawasan sawah, kampung yang baru dipugar itu dinama KAMPUNG PEROL. Sungai yang merentang di sebelah matahari naik digelar SUNGAI JAWA mengambil sempena nama tanah leluhurnya. Keadaan air sawah yang agak bertakung menyebabkan Dahak berikhtiar menggali parit untuk mengalirkan air ke sungai. Parit sepanjang lebih 1.5km itu dapat dilihat sehingga ke hari ini. Parit ini kemudiannya diperbaiki pada zaman pemerintahan British sekitar tahun 1930-an.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  1. terdapat sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Perol

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

  1. Terdapat sebuah Masjid dan lebih kurang 5 buah Surau

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Perol, Kota Bharu, Kelantan adalah 16010.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]