Kampung Perpindahan Berakas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Perpindahan Berakas
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 4°55′55″N 114°55′56″E / 4.931962°N 114.932156°E / 4.931962; 114.932156Koordinat: 4°55′55″N 114°55′56″E / 4.931962°N 114.932156°E / 4.931962; 114.932156
NegaraBrunei
DaerahBrunei-Muara
MukimBerakas 'A'
Ditubuhkan1954
Sub-kawasan

Kampung Perpindahan Berakas ialah sebuah kampung dan kawasan kejiranan di Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei. Ia merangkumi Kampung Jaya Bakti dan Kampung Jaya Setia yang juga merupakan antara kampung-kampung di bawah Mukim Berakas 'A' di Daerah Brunei-Muara.[1][2] Kampung Perpindahan Berakas ditubuhkan pada tahun 1954 sebagai salah sebuah kawasan perumahan di bawah skim perpindahan ke darat bagi penduduk Kampong Ayer.[3]

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Kampung Perpindahan Berakas mempunyai sebuah sekolah rendah kerajaan iaitu Sekolah Rendah Amar Pahlawan. Sekolah ini mula dibina pada tahun 1961 dan dibuka pada tahun berikutnya dengan kemasukan seramai 50 orang murid.[perlu rujukan]

Terdapat juga sebuah sekolah ugama iaitu Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah. Ianya mula dibina pada tahun 1987 dan dibuka pada tahun berikutnya.[perlu rujukan] Sekolah ini diberi nama sempena salah seorang puteri Sultan Hassanal Bolkiah.

Kampung Perpindahan Berakas juga mempunyai sebuah masjid iaitu Masjid Sufri Bolkiah. Ia mula dibina pada tahun 1994 dan siap dalam dua tahun.[4] Masjid ini dapat menampung kira-kira 2,000 jemaah.[4] Ia diberi nama sempena Pengiran Muda Sufri Bolkiah iaitu salah seorang adinda Sultan Hassanal Bolkiah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sejarah Ringkas". www.mod.gov.bn. Dicapai pada 26 Oktober 2018.
  2. ^ Md. Zain, Norliah (21 November 2015). "Menyelusuri sejarah Kampung Jaya Bakti / Jaya Setia". Pelita Brunei. Dicapai pada 26 Oktober 2018.
  3. ^ "Jabatan Kemajuan Perumahan - Sejarah Perpindahan Tahun 1950an". www.mod.gov.bn. Dicapai pada 26 Oktober 2018.
  4. ^ a b "SenaraiMasjid - Masjid Sufri Bolkiah, Perpindahan Berakas". www.kheu.gov.bn. Dicapai pada 26 Oktober 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]