Kampung Pulau Kerengga (Kedah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Pulau Kerengga
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Pulau Kerengga
Mohor rasmi Kampung Pulau Kerengga
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriKedah Darul Aman
Daerah Alor Setar
KampungKampung Pulau Kerengga
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
05150

Kampung Pulau Kerengga merupakan sebuah kampung yang terletak di Daerah Kota Setar. Kampung ini berdekatan dengan tempat tarikan pelancong iaitu Gunung Keriang yang terletak kira-kira 13 kilometer dan mengambil masa selama 15 minit untuk sampai ke sana.

Terdapat beberapa buah kampung yang berjiran dengan Kampung Pulau Kerengga iaitu, Kampung Bohor, Kampung Seberang Batas, Kampung Bukit Pulau Kerengga, Kampung Selarong Batas dan juga Kampung Sungai Baru.

Rata-rata penduduk di kampung ini menjalankan aktiviti pertanian sawah padi bersesuaian dengan jolokan negeri Kedah, iaitu negeri Jelapang Padi. Terdapat juga landasan keretapi disana yang mana menghubungkan negeri-negeri di utara dengan negeri-negeri di selatan. Stesen keretapi yang terdekat dengan perkampungan ini ialah Stesen Keretapi Anak Bukit.

Terdapat 2 buah sekolah rendah kebangsaan yang berdekatan dengan kampung ini iaitu, Sekolah Kebangsaan Kota Rentang dan juga Sekolah Kebangsaan Taman Aman.

Alor Setar, dalam negeri Kedah Darul Aman, iaitu negeri di utara di Malaysia, dan yang bersempadan dengan negara Thailand di timur lautnya, dan bersempadan dengan negeri Perak di tenggara, Pulau Pinang di barat daya dan Perlis di bahagian utara.

Negeri Kedah merupakan sebuah negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri pertanian yang maju di Malaysia, terutamanya sebagai pengeluar padi terbesar, menghasilkan 70% pengeluaran hasil padi.2017 .[1] Salah satu makanan tradisi istimewanya adalah laksa Kedah.[2]

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA RENTANG

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN AMAN

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

SURAU KAMPUNG PULAU KERENGGA

MASJID KAMPUNG SUNGAI BARU

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Pulau Kerengga, Alor Setar, Kedah adalah 05150.[3]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pengenalan Hari Muzium Antarabangsa 2016". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-01. Dicapai pada 2017-12-06.
  2. ^ Laksa Kedah
  3. ^ Carian Poskod

Pautan luar[sunting | sunting sumber]