Kampung Pulau Tempurung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kampung Pulau Tempurong)
Kampung Pulau Tempurung
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Pulau Tempurung
Mohor rasmi Kampung Pulau Tempurung
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Daerah Kemaman
MukimChukai
KampungKampung Pulau Tempurung
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
24000
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Pulau Tempurung di Peta Google

Kampung Pulau Tempurung merupakan sebuah kampung yang terletak di Chukai, daerah Kemaman dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur. Kampung ini dikelilingi oleh sebatang sungai yang melingkari kampung tersebut lantas menberikan cirinya yang unik dan membentuk seakan sebuah pulau. Kampung ini mempunyai 3 jalan masuk dan keluar utama dimana 2 jalan tersebut masih dapat dilihat menggunakan binaan jambatan sementara satu jalan masuk lagi iaitu daripada jalan raya utama menggunakan ciri struktur saliran kekotak konkrit.


Kepadatan penduduk adalah sederhana dan kawasan tanah kebanyakan dipenuhi dengan tanaman kelapa sawit dan tanaman kontan.

Kampung Pulau Tempurung amat terkesan ketika musim monsoon pantai timur (musim banjir) kerana kawasannya mudah ditenggelami air banjir. Limpahan daripada sungai utama menyebabkan kampung ini terdedah kepada masaalah tersebut. Salah satu jalan utama iaitu lebih dikenali sebagai 'Jambatan Monyet' (kerana terdapat sekumpulan monyet liar yang menjadikan kawasan berhampirannya sebagai tempat kediaman dan mencari makanan) menjadi tumpuan sesetengah masyarakat yang selalu memberikan 'juadah' kepada monyet-monyet tersebut. Manakala satu lagi jambatan di bahagian lain menghubungkan kampung ini ke perkampungan Pasir Minal, Chukai dan jambatan ini dikenali dengan nama 'Jambatan Senget' kerana kerosakan struktur besi dan konkrit yang berlaku sejak daripada struktur asal dirobohkan (jambatan kayu).

Hidupan liar yang ada dikampung ini termasuklah daripada spesis White Face Monkey, Slow Loris, Tenggiling, Babi hutan, Tapirus Indicus, spesis kelawar, hornbill dan daripada spesis monyet dan kera yang lainnya.

Cuaca kawasan sekitar adalah khatulistiwa dengan pergerakan angin dapat dicapai dari semua arah kerana tanah tinggi terdekat adalah kawasan sekitar Bukit Mentok Chukai (2 KM).


Map: https://www.bing.com/maps?q=kampung+pulau+tempurung&FORM=HDRSC6

Kemudahan Kampung Pulau Tempurung terdiri daripada jalan raya bertar, kemudahan air dan elektrik, sistem jalur internet, kemudaha sukan seperti gelanggang sepak takraw dan bola baling.

Institusi Surau : Kampung Pulau Tempurung mempunyai Surau Nurul Iman dan mempunyai jawatankuasa yang mentadbir.

Terengganu merupakan sebuah negeri yang mempunyai sultan dan salah sebuah negeri yang membentuk negara Malaysia. Ia juga dikenali dengan gelaran Terengganu Darul Iman. Terdapat banyak pulau peranginan yang terletak berhampiran pantai Terengganu, seperti Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Tenggol.[1]. Terengganu terkenal dengan hidangan nasi dagang,[2] dan keropok lekor.[3]

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Sukan dan riadah

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Pulau Tempurung, Chukai, Terengganu adalah 24000.[4]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pulau peranginan jadi tumpuan pelancong". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-25. Dicapai pada 2018-01-04.
  2. ^ "Pengusaha nasi dagang tidak ketinggalan memperkenalkan makanan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-23. Dicapai pada 2018-01-04.
  3. ^ "Rekod baharu keropok lekor terpanjang dihasilkan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-23. Dicapai pada 2018-01-04.
  4. ^ Carian Poskod

Pautan luar[sunting | sunting sumber]