Kampung Segangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Segangan
Negara Malaysia
Negeri Sabah
DaerahLahad Datu
MukimSilabukan
KampungKampung Segangan
Zon waktuWaktu Piawai Malaysia

Kampung Segangan ialah salah sebuah Kampung yang terdapat di Mukim Silabukan, Daerah Lahad Datu, Sabah, Malaysia.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Latar Belakang dan Sejarah Penubuhan Kampung Segangan Diwujudkan.


BAGAIMANA KAMPUNG SEGANGAN MENDAPAT NAMA

Sewaktu orang-orang suku kaum Idahan meneroka di segangan, pada mulanya ialah dipenuhi oleh hutan belantara dengan kayu balak, kayu-kayan, bakau dan lain-lain lagi. Bermulanya terokaan besar-besaran di kampung segangan ialah sewaktu kehadiran penjajah asing iaitu orang Belanda yang telah banyak menebang kayu balak dan sebagainya yang telah di bantu oleh orang tempatan pada ketika itu, yang dimana orang Belanda sangat memerlukan banyak kayu untuk di bawa ke Negara asal mereka sebagai untuk sumber keuntungan dan keperluan mereka.


Malah bagaimana Kampung Segangan mendapat nama bermulanya ketika mereka iaitu memulakan bercucuk tanaman seperti ahli-ahli keluarga yang jauh datang seperti dari Kampung Sapagaya, Kampung Terusan, Kampung Segama, Kampung Binuang, ][Kampung Bikang]], Kampung Segangan sendiri dan Kampung Silabukan telah mengamalkan budaya ketika waktu itu supaya berkumpul atau bersama-sama dengan mengunakan bahasa suku kaum Idahan yang ketika itu digunakan sebagai maksudnya “ Segengon ” untuk bersama-sama menebang dan menanam padi bukit, sewaktu musim menuainya bermula dan segala hasil diperolehi akan dibahagikan bersama-sama dengan setiap ahli keluarga yang telah bersama-sama atau “ Segengon ” menolong segala setiap pekerjaan penat lelah diusahakan setiap ahli keluarga suku kaum Idahan yang berpengang dengan prinsip atau adat yang diamalkan dari dulunya supaya setiap ahli keluarga dapat berjumpa atau mengamalkan sifat ziarah-menziarahi pada ketika waktu itu sebelum mereka pulang ke tempat asal mereka setelah selesai bercucuk tanaman.

Bermulanya nama Kampung Segangan ialah seperti berikut ialah sewaktu penjajahan orang asing British selepasnya perang dunia ke-dua setelah tentera orang Jepun menyerah kalah, Tuan DO daerah pekan lahad datu pada ketika waktu itu ialah orang asing iaitu Tuan DO Bakling telah memangil setiap wakil kampung melantik ketua mereka supaya mendaftar nama kampung yang telah diwujudkan oleh mereka di pejabat pekan daerah lahad datu. Maka bermulanya cerita mendaftar Kampung Segangan di mana ada wakil dari penduduk mereka telah menyuruh supaya mendaftar dan menulis nama kampung “Segengon” kepada pekerja asing di pejabat pekan daerah lahad datu. Tetapi di sebabkan oleh kesilapan dari segi sebutan dan abjad atau bunyinya, maka pekerja yang berkenaan iaitu orang asing telah membuat kesilapan menulis nama kampung yang disuruh iaitu asalnya nama “ Segengon “ kepada Segangan sehinggalah sekarang disebut-sebut oleh orang ramai sebagai Kampung Segangan di daerah lahad datu di negeri Sabah.

Kampung Segangan


Kampung Segangan dibuka pada tahun sebelum 1900 sebelum merdeka ketika zaman pemerintahan penjajahan asing yang di kenali sebagai perpiagam borneo di negeri Sabah. Kampung Segangan merupakan salah sebuah perkampungan di daerah Lahad Datu, mukim Silabukan dan di dalam DUN N.49 Zon Tungku. Terletak di tepi jalan laluan utama kawasan antara jalan simpang ke pusat Bandar Lahad Datu dan tempat ke simpang ke kawasan laluan tempat lain iaitu ke kawasan Daerah Kecil Tungku dan menuju ke kawasan Bandar Sahabat FELDA. Cara perhubungan di kampung ini menggunakan jalan darat. Jarak Kampung Segangan dengan pusat Bandar daerah lahad datu yang berhampiran iaitu dalam 16 km dan jarak dari Kampung Segangan ke kawasan Bandar Sahabat FELDA iaitu dalam 40 km lebih. Kampung segangan terdiri dari pelbagai rangkaian iaitu Kampung Long Danau, Kampung Segangan Hulu, Kampung Peneroka Rancangan Peringkat 1 dan Kampung Remang.