Kampung Serembang, Debak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Serembang, 95500 Daerah DEBAK[sunting | sunting sumber]

Kampung Serembang Debak merupakan sebuah kampung di dalam Daerah Debak yang terletak di kawasan berhampiran laluan jalanraya Daerah Debak antara kampung Tuie Debak, Bungin Debak dan berdekatan Mangut untuk ke Daerah Debak. Hampir semua pekan di bawah seliaan Daerah Debak terletak di kawasan berbukit. Ia mempunyai dua buah jalan apabila mahu ke Pekan Debak iaitu melalui jalan bangkit rembai melalui suri seterusnya ke Debak iaitu laluan lama. Bagi Laluan baharu Daerah Debak adalah jalan dari Kampung Bungin Debak melalui kampung serembang dan seterusnya laluan pintas ke Pekan Debak memudahkan akses pentadbiran dan kemudahan asas bagi Daerah ini. Lazimnya Sekolah-sekolah seliaan dibawah Daerah Debak sememangnya menjadikan SMK SARIBAS sebagai destinasi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. ( SK Bungin, SK Tuie, SK Serembang Debak)

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Debak adalah ditadbir terus oleh pentadbiran Pejabat Daerah Debak. Terdapat banyak kampung-kampung dan kawasan baharu telah dimasukkan didalam pemetaan baharu Daerah ini bagi menjadikan Debak sebagai sebuah Daerah penuh tidak lama lagi. Bagi melicinkan pentadbiran beberapa agenda pembangunan telah dirancangkan khasnya oleh DUN N35 Saribas dibawah rancangan BDDA untuk memajukan Betong.