Kampung Sungai Samak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kampung Sungai Samak terletak di Mukim Hutan Melintang di Daerah Bagan Datoh, iaitu daerah ke-12 di negeri Perak.

Kampung Sungai Samak bersempadan dengan Daerah Sabak Bernam, Selangor. Kebanyakan penduduknya orang Melayu berketurunan Jawa. Terdapat beberapa buah kampung yang berdekataan dengan Kampung Sungai Samak iaitu Kampung Bagan Lalang, Kampung Sungai Manila 1 & 2 serta Kampung Sungai Bugis. Kegiatan ekonomi penduduk Kampung Sungai Samak dan kampung sekitarnya lebih tertumpu kepada kegiatan pertanian khususnya tanaman kelapa sawit.

Mempunyai taburan penduduk dengan anggaran sejumlah 1725 orang. Terdiri daripada 716 orang lelaki dan 1009 orang perempuan. Pecahan penduduk ialah Melayu, 97%; India, 2%; Cina 1%.