Kampung Tabuan, Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Tabuan
Kampung Tabuan, Kedah is located in Bumi
Kampung Tabuan, Kedah
Kampung Tabuan, Kedah (Bumi)
Koordinat: 6°22′N 100°42′E / 6.367°N 100.700°E / 6.367; 100.700Koordinat: 6°22′N 100°42′E / 6.367°N 100.700°E / 6.367; 100.700
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
MukimBatang Tunggang Kiri
Kawasan parlimenPadang Terap
Kawasan negeriKuala Nerang
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Padang Terap
 • Ahli Parlimen (Padang Terap)Nurul Amin Hamid (PN)
Aras
78 m (256 ft)
Penduduk
 • Jumlah0 orang
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
06300 Kuala Nerang
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanK

Kampung Tabuan (Jawi: كامڤوڠ تابوان), juga dikenali sebagai Kampong Tabuan merujuk kepada sebuah kampung yang ditinggalkan di dalam kawasan pentabdiran Mukim Batang Tunggang Kiri, di utara Daerah Padang Terap, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Poskod bagi Kampung Tabuan ialah 06300 Kuala Nerang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Tabuan telah dilakukan pada September 1928 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (F.M.S. Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan di Kampung Tabuan telah dimulakan sejak tahun 1920-an. Nama "Kampung Tabuan" turut dipaparkan dan diterbitkan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di rujukan grid RG4387 (dengan nama Kg. Tabuan).[3][4] Kedudukan koordinat mengenai Kampung Tabuan pula direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Pejabat Hidrografik Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°22′N 100°42′E / 6.367°N 100.700°E / 6.367; 100.700.[2]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Tabuan secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Batang Tunggang Kiri, iaitu mukim di kawasan pedalaman Daerah Padang Terap.[3][4]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Bentuk muka bumi[sunting | sunting sumber]

Mengikut bentuk muka bumi kawasan setempat, Kampung Tabuan terletak di kawasan tanah pamah Daerah Padang Terap, dengan ketinggian dari atas min aras laut mencecah 76 meter (249.3 ka).[1] Kampung Tabuan terletak berhampiran dengan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Koh Mai dan HSK Padang Terap. Bukit Balek Angin dan Bukit Nguan masing-masing merupakan gunung dan bukit yang berhampiran dengan kampung ini. Ada sebuah bukit tanpa nama di Kampung Tabuan dengan ketinggian 127 meter (416.7 ka) dari aras laut di sini. Sungai yang berhampiran dengan Kampung Tabuan ialah Sungai Durian Burong di barat kampung, Charok Sena di tenggara kampung dan Charok Tebun (atau Charok Tabuan) yang di mana mengalir di sepanjang kampung tersebut. Nama kampung ini diambil sempena sungai itu.[3][4]

Lokalti berhampiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Tabuan terletak dengan petempatan lain, seperti:[1]

Klimatologi[sunting | sunting sumber]

Iklim di sekitar kawasan Kampung Tabuan ialah iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di Kampung Tabuan untuk tahun 2000 ialah 27.2 °C (81.0 °F). Bulan yang paling panas ialah Mei dengan suhu mencecah 27.8 °C (82.0 °F) dan bulan paling sejuk ialah Januari dengan suhu 26.4 °C (79.5 °F).[5][6] Purata pembentukan kerpasan iaitu air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,434 milimeter (95.8 in) pertahunnya. Bulan Oktober merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 314.1 milimeter (12.4 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Julai dengan 101.0 milimeter (4.0 in).[5][6]

Kependudukan[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga buah rumah yang dianggarkan dalam kawasan Kampung Tabuan, dengan pola petempatan berjenis petempatan berpusat, dalam peta F.M.S Survery. Disebabkan terletak di kawasan lembah sungai Charok Tebun, terdapat beberapa kawasan dijadikan sebagai kawasan penanaman sawah padi (atau bendang) yang ditanam oleh penduduk setempat.[3][4] Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Tabuan perkilometer perseginya, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[7][8] Kawasan perkampungan Kampung Tabuan kini dilitupi oleh kawasan tanah yang dicampur kegunaannya iaitu industri pertanian seperti buah-buahan dan kelapa sawit, petempatan manusia, kawasan perhutanan, dan padang ragut.[9][10]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Kampung Tabuan, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 27 Februari 2023. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  2. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. m/s. 70. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  3. ^ a b c d Survey Department, Federated Malay States (1945) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Kepingan 2 E/11. Malaysia.
  4. ^ a b c d Survey Department Federated Malay States, Great Britain War Office General Staff Geographical Section (1949) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Peta). 1:63,360. GSGS 4203: Kepingan 2E/11. Malaysia.
  5. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2021). "ClimateCharts.net – Kampung Peng Pak Tani, Kedah, Malaysia (2000)". International Journal of Digital Earth (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. 14 (3): 338–356. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  6. ^ a b Ian C Harris; Philip D. Jones; Tim Osborn; Climatic Research Unit (2021). "CRU TS4.05: Climatic Research Unit (CRU) Time-Series (TS) version 4.05 of high-resolution gridded data of month-by-month variation in climate (Jan. 1901- Dec. 2020)" (dalam bahasa Inggeris). NERC EDS Centre for Environmental Data Analysis. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  7. ^ "NASA Earth Observations: Population Density" [Pemerhatian Bumi NASA: Kepadatan Penduduk]. NASA/SEDAC (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  8. ^ Center for International Earth Science Information Network; Columbia University (2015). "Gridded Population of the World, Version 4 (GPWv4): Population Density" [Populasi Dunia Bergrid, Versi 4 (GPWv4): Kepadatan Penduduk]. Sosioeconomic Data and Application Center (SEDAC), NASA (dalam bahasa Inggeris). NASA. doi:10.7927/H49C6VHW. Dicapai pada 21 Februari 2023.
  9. ^ "NASA Earth Observations: Land Cover Classification" [Pemerhatian Bumi NASA: Klasifikasi Penutup Bumi] (dalam bahasa Inggeris). NASA/MODIS. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  10. ^ Ellis; E.C.; K.K. Goldewijk; S. Siebert; D. Lightman; N. Ramankutty (2000). "Anthropogenic Biomes of the World, Version 2" [Bioma Antropogenik Dunia, Versi 2] (dalam bahasa Inggeris). Socioeconomic Data and Applications Center (SEDAC), NASA. doi:10.7927/H4D798B9. Dicapai pada 12 Februari 2023. Cite journal requires |journal= (bantuan)