Kampung Tambatuon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Tambatuon terletak di kaki Gunung Kinabalu, Sabah. Ketua Kampung Tambatuon ialah Singkui Tinggi .Penduduknya seramai 900 orang. Kampung lain berdekatan ialah Kampung Bundu Paka dan Kampung Lingkubang.

Bantah pembinaan empangan[sunting | sunting sumber]

Penduduk mendapat maklumat dan pelan pembangunan daripada Pejabat Daerah Kota Belud bahawa empangan setinggi 340 meter akan dibina di situ. Empangan untuk pengairan jelapang padi dan projek agropolitan padi komersial di daerahKota Belud.

Taman Kinabalu dan sekitarnya yang merupakan kawasan Tapak Warisan Dunia akan terjejas teruk. Malangnya penduduk tidak diajak berunding.[1]

Kg. Tambatuon yang terletak 27KM daripada Daerah Kota Belud merupakan kawasan yang sangat strategik dan usia kampung tersebut telah menjangkau lebih daripada 200 tahun. Penduduk Kg. Tambatuon adalah berbangsa Dusun dan kegiatan utamanya adalah bercucuk tanam dan menoreh getah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]