Kampung Tebauk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Tebauk
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Tebauk
Mohor rasmi Kampung Tebauk
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Kuala Terengganu
KampungKampung Tebauk
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
21200
Kod kawasan+609

Kampung Tebauk merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Terengganu, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.

Kampung Tebauk terletak dalam daerah Kuala Nerus kira-kira 5 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Sebuah kampung tradisional 100% penduduknya kaum Melayu beragama Islam. Dulu kampung ini dikenali dengan nama Kampung Haji Abd Hamid, sempena nama seorang ulama tersohor yang membuka kampung ini.

Sejarah nama[sunting | sunting sumber]

Sejarah asal nama Tebauk diperolehi tidak dapat disahkan dengan jelas daripada versi cerita asal-usul nama tersebut diperolehi. Dari keterangan dan cerita orang tua, kononnya pada masa dahulu terdapat orang yang tinggal di kampung ini yang menyimpan janggut dan misai yang "membauk" di bahagian pipi, dagu, dan muka. Daripada perkataan "membauk" itulah lahirnya perkataan "Tebauk" yang digunakan sehingga ke hari ini. Nama Kampung Haji Abdul Hamid mulai lenyap dari satu generasi ke generasi. Kesahihan cerita ini perlulah disahkan dari versi-versi cerita yang lain.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kampung ini dihubungkan dengan Jambatan Sultan Mahmud melalui Pulau Duyung merentasi Sungai Terengganu ke pusat bandar. Terletak di antara Kampung Pengkalan Arang di utara dan Kampung Bukit Tunggal di selatan. Di sebelah baratnya mengalir sebuah sungai dikenali dengan nama Sungai Nerus yang menjadi nadi kegiatan ekonomi tahun-tahun 70an dan sebelumnya. Di timurnya Kampung Pak Katak dipisahkan dengan sawah-sawah padi.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Penduduk di kampung ini sebahagian besarnya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal kira-kira 0.8 km jaraknya dan menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal yang tidak jauh dari sekolah rendah. Sebelum terbinanya SMK Bukit Tunggal, penduduk di kampung ini melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Seberang Takir dikenali juga dengan nama "Sekolah Menengah Bukit Tok Beng" (kemudian ditukarkan namanya kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri (SIF) dalam tahun 1975 bagi mengenang jasa YAB Tan Sri Ibrahim Fikri bekas Menteri Besar Terengganu). Bagi keluarga yang mampu mereka menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu atau dikenali dengan nama singkatan "SS". Sebahagiannya juga ada yang mendapat pendidikan di sekolah aliran Arab di Kampung Tok Jiring dan Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu.

Kegiatan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kegiatan ekonomi penduduk di kampung ini terdiri dari pelbagai kegiatan iaitu pertanian, perniagaan, perdagangan, industri pembuatan, buruh dan kakitangan kerajaan dan swasta. Kini kampung ini berkembang pesat dengan pelbagai aktiviti perniagaan. Dalam tahun 80an dan sebelumnya kebanyakan hasil mahsul penduduk di kampung ini dipasarkan sekitar Pekan Batu Enam, Tepuh, Manir dan Kuala Terengganu menggunakan jalan air (Sungai Nerus) dan darat. Kini jaringan jalan raya telah bertambah baik (dua lorong sebelah) menghubungi kawasan sekitarnya. Bekalan elektrik dan air bersih dinikmati sepenuhnya oleh penduduk kampung. Lampu-lampu jalan di dalam kampung menerangi segenap ruang pada malam hari.

Trivia[sunting | sunting sumber]

Kampung ini pernah melahirkan seorang ulama terkenal bernama Haji Abd Hamid. Beliau seorang ulama yang disegani dan melahirkan ramai tokoh-tokoh agama. Banyak anak murid beliau yang mendirikan pondok-pondok pengajian di kampung tersebut. Diantaranya ialah Hj Abdul Rahman, Haji Omar dan Haji Ali. Di kampung ini terdapat sebuah surau diberi nama "Surau Haji Ali". Dalam tahun 1960-an dan 1970-an masih terdapat peninggalan sejarah yang tidak ternilai iaitu beberapa buah telaga yang dibina daripada batu bata dan rumah-rumah kediaman lama yang diperbuat daripada kayu yang bernilai tinggi iaitu cengal. Disebabkan oleh arus pemodenan yang menghimpit setiap inci tanah yang ada, semua peninggalan itu telah tinggal kenangan dimana telaga-telaga telah ditimbus dan rumah-rumah telah dirobohkan oleh generasi pewaris.

Dalam bidang kerjaya, ramai dikalangan penduduk Kampung Tebauk yang berjaya di dalam karier masing-masing. Antaranya ada yang menjadi doktor, jurutera, arkitek, akauntan, peguam, guru, tokoh agama dan tidak ketinggalan pegawai-pegawai kanan dalam perkhidmatan kerajaan.


Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Tebauk, Kuala Terengganu, Terengganu adalah 21200.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • [ Lokasi Kampung Tebauk di Peta Google]