Kampung Telaga Mas, Rantau Panjang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Telaga Mas, Rantau Panjang, Kelantan, Malaysia
gambar di ambil di kawasan parit air Kampung Telaga Mas, Rantau Panjang.
Maklumat'
StatusLokaliti
BandarRantau Panjang
Asal namaN/A
Poskod17200
NegeriKelantan
DaerahJajahan Pasir Mas
PenghuluAmran bin Mat Soh
Keluasan6 km persegi

Kampung Telaga Mas (jawi: ﻛﺎﻣﭭﻮڠ ﺗﻼڬ ﻣﺲ ) merupakan salah satu kampung atau lokaliti yang terdapat di Rantau Panjang,Kelantan.Kampung ini terletak kira-kira 6 Kilometer dari pekan Rantau Panjang. Bilangan penduduk di Kampung Telaga Mas adalah lebih kurang 700-1000 orang lebih iaitu 98 peratus Melayu dan 2 peratus dari keturunan Siam. Kegiatan utama penduduk di sini ialah memajukan sektor pertanian iaitu tanaman seperti padi,getah,dankelapa sawit. Selain itu, kegiatan penternakan ayam daging juga diusahakan oleh penduduk kampung. Manakala, terdapat juga penduduk kampung mengusahan sektor ekonomi melalui perniagaan iaitu seperti kedai runcit, kedai makan dan menjual hasil tanaman dan perladangan. Hasil tanaman yang dijual kepada pembekal menjadikan penduduk kampung ini lebih proaktif dalam menghasilkan produk bagi meningkatkan taraf hidup.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kampung ini dipercayai mendapat nama daripada perkataan "telaga" dan "emas/mas". Penduduk kampung mendakwa terdapat telaga yang berkedudukan agak terpencil dari kawasan kediaman penduduk kampung iaitu dalam semak samun yang agak tebal. Mengikut cerita mitos penduduk kampung, di dalam telaga itu terdapat emas namun dipercayai ada penunggu yang menjaga emas itu.Oleh sebab yang demikian, tiada siapa pun yang berani untuk pergi mencari emas tersebut. Disebabkan oleh kekaguman penduduk kampung tentang perkara ini, maka mereka pun bersepakat untuk menamakan kampung ini sebagai "Kampung Telaga Mas".

Penduduk yang mula mendiami kampung ini adalah orang Melayu yang kebanyakannya berasal dari Pasir Mas dan Selatan Thailand iaitu dari wilayah Narathiwat dan Pattani .Penghijrahan mereka ini dipercayai berlaku pada lewat 1940-an.Ini adalah kerana kawasan di Kampung Telaga Mas merupakan kawasan tanah hutan yang belum diusahakan. Usaha mereka membuahkan hasil apabila hutan yang tebal itu dapat ditebang dan menjadi kawasan kediaman mereka .Sebahagiannya menjadi kawasan bagi pertanian.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Bentuk muka bumi di Kampung Telaga Mas adalah berbentuk tanah landai dan berhampiran dengan sungai iaitu Sungai Golok, kawasan kampung ini sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian khususnya padi sawah. Sumber air untuk mengairi sawah padi di kawasan kampung ini diperolehi dari Empangan Bukit Kwong yang disalirkan melalui tali air.Jarak Empangan Bukit Kwong dari kampung ini ialah lebih kurang 3.5 Kilometer.

Banjir sering berlaku di kawasan kampung ini oleh kerana mempunyai tanah yang landai dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok. Banjir selalunya berlaku pada hujung tahun iaitu pada November hingga Disember kadangkala Februari.Penduduk selalunya berwaspada dengan bencana ini dengan memindahkan barangan berharga ke kawasan selamat seperti memindahkan kereta ke tempat yang lebih tinggi.Jikalau air telah menenggelami rumah, penduduk akan berpindah ke pusat pemindahan iaitu di Sekolah Kebangsaan Kok Pauh.

Tokoh[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]