Kampung baru Cina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Rencana ini mengenai penempatan yang dibuat pada zaman darurat. Klik di sini untuk Kampung baru (laman nyahkekaburan).
Kampung baru Cina Gombak

Kampung baru (Bahasa Cina: 新村; Bahasa Inggeris: Chinese New Villages) ialah penempatan yang dicipta pada era pemerintahan British bermula tahun 1950.[1] Kampung baru merupakan sebahagian daripada Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney bagi menghalang gerakan Min Yuen daripada penyokongnya dalam kalangan rakyat awam semasa Darurat Tanah Melayu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tujuan asal penubuhan perkampungan ini ialah untuk memisahkan penduduk kampung berbangsa CIna daripada mempunyai hubungan dengan Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang diterajui Parti Komunis Malaya. Ia menjadi sebahagian daripada Rancangan Briggs, sebuah rancangan ketenteraan yang direka oleh Sir Harold Briggs secara ringkas selepas dilantik sebagai Pengarah Operasi Tentera British di Tanah Melayu pada 1950.

Rancangan ini bertujuan untuk menumpaskan TPRM, yang kebiasaannya bergerak di kawasan luar bandar sebagai gerakan gerila, dengan mencantas ketersampaian mereka kepada bekalan dan sokongan yang terdapat pada penduduk luar bandar. Akhirnya, program besar-besaran untuk menyusun semula penduduk luar bandar dilakukan, dengan hampir 500,000 orang (dalam 10% penduduk Tanah Melayu ketika itu) telah dipindahkan daripada penempatan asal dan ditempatkan dalam kem yang dikawal yang dipanggil "Kampung Baru". Kampung-kampung ini biasanya dikelilingi dengan wayar berduri dan mempunyai pos kawalan. Dalam sesetengah kes, sekatan keluar 22 jam dikuatkuasakan.

Menurut sejarawan tentera Britain John Newsinger, penduduk yang dipaksa untuk tinggal di kampung baru telah "secara efektif dilucutkan semua hak sivil".[2]

Perkembangan semasa[sunting | sunting sumber]

Dalam perkembangan selepas kemerdekaan, sesebuah Kampung Baru Cina diselia di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan[3] dengan melantik seorang ketua kampung bagi mengetuai sebuah jawatankuasa kampung sama seperti kampung tradisional bagi masyarakat Melayu iaitu Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Kampung baru di Malaysia mempunyai tiga kategori iaitu kampung baru yang diwujudkan semasa darurat bagi mengatasi ancaman komunis, kampung baru rangkaian iaitu penempatan masyarakat Cina di pinggir bandar dan kampung bagan atau kampung nelayan yang menempatkan masyarakat Cina yang bekerja sebagai nelayan[4].

Populasi[sunting | sunting sumber]

Semasa darurat, 450 buah penempatan telah ditubuhkan dan anggaran 470,509 penduduk, 400,000 daripadanya berbangsa Cina, telah dilibatkan dalam program penempatan semula ini. Persatuan Cina Tanah Melayu pada awalnya ditubuhkan sebagai mengambil berat mengenai masyarakat dan kebajikan penduduk di Kampung Baru.[5]

Penempatan kampung baru yang terkenal[sunting | sunting sumber]

Peta Kampung Baru Cina di Malaysia

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Peng, Chin; Ward, Ian; Miralor, Norma (2003). Alias Chin Peng: My Side of History (dalam bahasa Inggeris). Singapore: Media Masters. m/s. 268. ISBN 981-04-8693-6.
  2. ^ Newsinger, John (2013). The Blood Never Dried: A People's History of the British Empire (dalam bahasa Inggeris). London: Bookmarks Publications. m/s. 219. ISBN 978-1-909026-29-2.
  3. ^ Fakrusy Syakirin Ahmad Sabri (2 November 2020). "UMNO, Bersatu Anggota Baharu JPKK Terengganu". TRDI. Dicapai pada 22 Februari 2020.
  4. ^ Bernama (7 Oktober 2021). "RM84 juta untuk pembangunan Kampung Baru Cina". Sinar Harian. Dicapai pada 23 Februari 2022.
  5. ^ Ooi Keat Gin (11 May 2009). Historical Dictionary of Malaysia. Scarecrow Press. m/s. lvii, 185. ISBN 978-0-8108-6305-7. Dicapai pada 16 February 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • (versi Cina)
  • 50 Years of Chinese New Village in Malaysia (Bahasa Cina: 馬來西亞華人新村50年 作者:林廷輝、宋婉瑩) ISBN 983-9673-65-3