Kampus UiTM Bandar Kota Bharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
frames

Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Penubuhan kampus ini bermula daripada cetusan idea Menteri Pengajian Tinggi , Dato' Seri Naib Canselor UiTM dan juga Rektor kampus bagi meningkatkan jumlah kemasukan pelajar.Penubuhan UiTM Kampus Kota telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Mustapa Mohamad pada 18 Oktober 2006 dan sesi pertama pengajiannya telah bermula pada Julai 2007. Penubuhan Kampus Kota mengambilkira beberapa kriteria antaranya ialah lokasinya berada di kawasan bandar Kota Bharu dan mestilah strategik bagi tujuan penonjolan imej.

Susulan dari pengumuman itu, sebuah Jawatankuasa Penubuhan Kampus Kota yang dipengerusikan oleh Pengarah Kampus telah dibentuk. Jawatankuasa ini dianggotai oleh ketua-ketua bahagian serta unit di UiTM Kelantan.Wisma KUB yang mempunyai 4 tingkat dengan keluasan lantai keseluruhan 24,522.75 kaki persegi telah dipilih sebagai kampus sementara UiTM Kampus Kota atau nama rasminya Universiti Teknologi MARA Kelantan,Kampus Kota Bharu.

Pada tahun 2008, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif, Universiti Teknologi MARA Malaysia seterusnya meluluskan penyewaan 2 blok bangunan 3 tingkat dengan keluasan lantai keseluruhan 19,200 kaki persegi yang telah beroperasi pada Julai 2009.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadikan sebuah Kampus Negeri yang unggul dan peneraju dalam semua bidang profesional dan kesarjanaan akademik.

Misi[sunting | sunting sumber]

Mengukuhkan Pengurusan dan Pembangunan Organisasi didalam menyediakan Pendidikan Berkualiti, Kepakaran dan Perundingan, Khidmat Masyarakat, Penyelidikan dan Inovasi dengan berteraskan nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

Objektif[sunting | sunting sumber]

Secara khusus UiTM Kelantan menggariskan LIMA objektif berikut:

Mencapai 40% daripada bilangan pelajar penuh masa tamat pengajian dengan HPNG sekurang- kurangnya 3.00.

Mencapai nisbah 20 pelajar penuh masa bagi setiap staf akademik pada tahun 2015.

Memastikan sekurang-kurangnya 20 penyelidikan dan perundingan yang berdaftar setiap tahun.

Mencapai penglibatan staf akademik dalam bidang penulisan atau penerbitan ilmiah pada kadar satu per staf akademik setiap tahun.

Dasar[sunting | sunting sumber]

UiTM Kelantan komited untuk mengendalikan Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang berkualiti demi melahirkan graduan bumiputera profesional dan beretika yang global serta sentiasa memenuhi keperluan pelanggan.

UiTM Kelantan akan melaksanakan sistem pengurusan profesional, cekap, berkesan dan bertanggungjawab ke atas perancangan, perlaksanaan program dan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi sebuah universiti bertaraf dunia.


Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

Piagam Pelanggan UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu

Pelajar

Menyediakan sistem pendidikan dan pengajaran yang berkualiti dan inovatif bagi memenuhi keperluan pasaran guna tenaga tempatan dan global. Menyediakan peluang ke arah pembangunan sahsiah dan perkembangan minda yang sihat agar mempunyai daya saing dan daya juang yang tinggi serta berusaha membentuk insane yang beriman, berilmu dan beramal dengan penerapan nilai ilmu dan agama yang diredhai dan diberkati. Berjanji akan membentuk dan melahirkan para graduan yang cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai pemangkin,, pembangunan negara dan sentiasa memberikan layanan yang terbaik berlandaskan konsep “Mesra Pelajar” setiap masa di mana jua.

Staf

Menyediakan kemudahan dan kebajikan serta suasana kerja yang kondusif dan menjanjikan peluang kerjaya yang terjamin dan ganjaran yang berpatutan. Memberi peluang untuk perkembangan ilmu dan kerjaya profesional ke arah melahirkan sumber manusiayang amanah, cekap dan berkesan. Memberikan layanan dan kerjasama denganpenuh keadilan dan tanggungjawab ke arah mewujudkan warga yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Ibubapa

Berjanji untuk mendidik, membina dan melahirkan graduan Bumiputra yang dinamis, profesional dan bertaraf dunia yang mempunyai daya saing dan daya juang yang tinggi dengan memberikan layanan ikhlas, mesra, cepat dan tepat sepanjang masa. Berjanji menyediakan suasana persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selamat yang menjadi sangga pertumbuhan peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Industri

Menyediakan sumber tenaga manusia yang mempnyai kemahiran dan kepakaran profesional bertaraf dunia bagi memenuhi kehendak pasaran tempatan dan global. Menawarkan para graduan yang mempunyai jati diri, akhlak mulia, berketrampilan, berdisiplin, beretika dan daya juang yang tinggi. Berjanji akan memberi layanan yang ikhlas, mesra, cekap dan tepat setiap masa.

Masyarakat

Memberi sumbangan kepakaran, bimbingan dan peluang pendidikan dalam melahirkan masyarakat berpengetahuan. Menjanjikan khidmat perunding dan kepakaran yang berkualiti.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]