UiTM Kampus Puncak Perdana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kampus UiTM Puncak Perdana)
UiTM Kampus Puncak Perdana
Logo UiTM Kampus Puncak Perdana
MotoUiTM di Hatiku
JenisIPTA
Ditubuhkan pada2005
PengarahProf Dr. Sharifah Aishah Syed Abdul Kadir
Lokasi, ,
PenggabunganInstitut Teknologi MARA (UiTM)
Laman sesawanghttp://puncakperdana.uitm.edu.my/

Kampus UiTM Puncak Perdana ialah sebuah kampus Universiti Teknologi MARA yang terletak di Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor. Kampus ini ditubuhkan pada tahun 2005.

Direka sebagai 'kampus pintar', kampus ini mempunyai persekitaran moden yang sesuai untuk memupuk aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kampus satelit UiTM Puncak Perdana yang terletak di Shah Alam, Selangor merupakan kampus terbaru Universiti Teknologi MARA. Fakulti Pengurusan Maklumat merupakan pelopor di kampus ini. Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media juga telah dipindahkan ke sini. Bukan semua pelajar baru dan lama akan masuk di sini walaupun sebelum ini para pelajar baru akan dihantar ke kampus Arau selama 1 semester. Pada awal 2005, kampus ini telah menerima pelajar-pelajar dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi (dahulu Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik) walaupun lokasi pembelajaran mereka terletak di Seksyen 13 (Stadium Shah Alam). Fakulti tersebut telahpun berpindah sepenuhnya ke Puncak Perdana sekaligus menjadikan bangunan blok 6 sebagai fakulti rasmi mereka. Kini, hanya sebuah fakulti yang ada di UiTM Puncak Perdana iaitu Fakulti Pengurusan Maklumat yang menduduki kampus ini.

Fakulti[sunting | sunting sumber]

  • Fakulti Pengurusan Maklumat
  • Fakulti Filem, Animasi & Teater

Fasiliti[sunting | sunting sumber]

  • Kolej kediaman (4 kolej perempuan dan satu kolej lelaki) yang boleh menempatkan 4000 orang pelajar pada satu-satu masa.
  • Surau Ar Razzaq.
  • Dewan makan.
  • Dua buah dewan serba guna kolej
  • Beberapa buah gazebo dan meja batu untuk kegunaan pelajar.
  • Kedai serbaneka.
  • Perkhidmatan dobi.
  • Padang futsal, perkhidmatan gim, gelanggang bola keranjang, badminton dan bola jaring.
  • Kemudahan internet Wi-Fi.
  • Perkhidmatan kesihatan (Klinik Gigi UiTM, Pusat Kesihatan) dan kemudahan ambulans.
  • Pejabat kolej, pejabat ACIS (Academy of Contemporary Islamic Studies; Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU)), Pejabat TNC (Timbalan Naib Canselor).
  • Pos polis bantuan UiTM.
  • Perpustakaan.
  • Bilik belajar, bilik TV.
  • ATM Bank Islam.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Orang luar tidak dibenarkan masuk ke kampus tanpa kebenaran polis bantuan UiTM. Ibu bapa yang mahu memasuki kawasan kolej perlu mendapatkan pas masuk daripada polis bantuan terlebih dahulu.
  • Pelajar Uitm yang menduduki kolej harus masuk semula di kolej sebelum pukul 12 tengah malam. Sebarang kelewatan perlu dilaporkan kepada polis bantuan UiTM.
  • Tidak dibenarkan membuat bising selepas pukul 11 malam. Pihak kolej telah menguatkuasakan zon senyap pada pukul 11 malam sehingga pukul 6 pagi.
  • Lelaki tidak dibenarkan memasuki kawasan kolej perempuan.
  • Pelajar tidak dibenarkan meletakkan kereta di dalam kolej dan juga sepanjang jalan masuk ke kolej. Pihak kolej tidak bertanggungjawab jika kereta pelajar dikenakan tindakan oleh polis trafik atau Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
  • Pihak kolej mungkin akan melakukan semakan ke rumah pelajar sepanjang masa bagi memastikan pelajar mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kegagalan pelajar mematuhi peraturan bakal dikenakan tindakan tatatertib.
  • Terdapat medan selera (pelajar memanggilnya "kandang") berhampiran dengan kolej. Terdapat juga gerai-gerai menjual makanan di dalam kolej.
  • Perkhidmatan bas Rapid KL mudah didapati di sini. Terdapat juga perkhidmatan bas percuma mengikut waktu tertentu.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Alamat penuh:
UiTM Kampus Puncak Perdana
Lot 6, Jalan Pulau Angsa U10/14, Seksyen U10
40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Rujukan[sunting | sunting sumber]