UiTM Kampus Raub

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kampus UiTM Raub)
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Raub
UiTM Pahang Kampus Raub
MotoUsaha Taqwa Mulia
JenisUniversiti Awam
Ditubuhkan pada13 November 2015
CanselorAl-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Naib CanselorProf. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim
RektorProf. Tg. Ir. Muhamad Al-hafiz Mohd Ali Hanafiah
Siswazah2,654 (2019-2020)
Lokasi,
3°45′49.9″N 101°51′32.5″E / 3.763861°N 101.859028°E / 3.763861; 101.859028Koordinat: 3°45′49.9″N 101°51′32.5″E / 3.763861°N 101.859028°E / 3.763861; 101.859028
Laman sesawangwww.pahang.uitm.edu.my
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Raub merupakan salah satu daripada kampus kota Universiti Teknologi MARA yang terletak di Raub, Pahang Darul Makmur, Malaysia. Antara ketiga-tiga kampus UiTM di Pahang, kampus ini adalah yang terkecil.

UiTM Kampus Raub merupakan sebuah kampus yang terletak di Mukim Gali di daerah Raub, Pahang. Ianya didirikan melalui perancangan oleh pengurusan tertinggi UiTM bagi memberi lebih banyak peluang pembelajaran dan pendidikan kepada kaum bumiputera.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan.[1]

Misi[sunting | sunting sumber]

Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.[1]

Falsafah[sunting | sunting sumber]

Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara.[1]

Objektif[sunting | sunting sumber]

  1. Memperluas akses pendidikan tinggi
  2. Menyediakan Pendidikan bertaraf dunia
  3. Menawarkan program akademik yang memenuhi keperluan pasaran, memacu pembangunan negaradan kemakmuran global
  4. Menghasilkan graduan seimbang berciri keusahawanan yang kompetitif di peringkat global
  5. Mempertingkatkan penghayatan nilai melalui program pengukuhan.
  6. Melestarikan kecemerlangan organisasi melalui tadbir urus yang efektif dan efisien
  7. Menjuarai penyelidikan berimpak melalui ekosistem penyelidikan yang padu
  8. Memperkasa jaringan strategik dengan alumni dan industri
  9. Menyediakan ekosistem terkehadapan yang kondusif untuk kemajuan akademik
  10. Mengawal selia kewangan secara efektif ke arah kelestarian organisasi

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kampus ini telah dibina secara Private Financial Initiative (PFI) oleh Syarikat Konsesi Utusan Intelek Sdn. Bhd dengan keluasan 80.5 ekar dan keluasan yang digunakan untuk pembangunan adalah seluas 30.5 ekar. Pembinaan kampus ini telah bermula pada 1 November 2012. Majlis pecah Tanah kampus ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri  pada 4 Mei 2013. Kampus ini berjaya disiapkan pada 31 Oktober 2015. Kampus ini telah diserahkan sepenuhnya kepada UiTM Cawangan Pahang pada 13 November 2015 dan mula beroperasi secara rasmi pada 15 November 2015.

Pada awalnya terdapat tiga fakulti iaitu Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dengan lima program yang ditawarkan iaitu Diploma Pentadbiran Awam (AM110), Diploma Pengajian Perniagaan (BM111), Diploma Pengajian Perbankan (BM119), Diploma Sains Komputer (CS110) dan Diploma Statistik (CS111) dengan jumlah pelajar secara keseluruhan adalah 2898. Bilangan pensyarah yang bertugas di Kampus Raub adalah 104 orang yang dibantu oleh kakitangan sokongan seramai 57 orang.

Pada tahun 2020, terdapat seramai 2654 orang pelajar dengan jumlah pensyarah seramai 86 orang dan dibantu oleh seramai 81 orang kakitangan sokongan.

Senarai Program[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga (3) buah fakulti yang bernaung di bawah UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub ini, iaitu:

1)  Fakulti Sains Komputer dan Matematik

2)  Fakuti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi

3)  Fakulti Pengurusan dan Perniagaan

Kemudahan Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

1.   2 Blok Bangunan Akademik 7 tingkat yang boleh memuatkan 3000 orang pelajar. Bangunan ini juga menempatkan, bilik kuliah, dewan kuliah, bilik-bilik pensyarah, bilik perbincangan, makmal, Pusat Sumber, bilik untuk persatuan pelajar dan Gedung Buku.

2.   Bangunan Asrama

Terdapat 3 kolej kediaman di UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub iaitu Kolej Mat Kilau dan Kolej Tun Teja 1 & 2.

  • Kolej Mat kilau

Kolej ini telah mula beroperasi pada 16 November 2015. Secara umumnya kolej ini merupakan kolej PFI di bawah Syarikat Utusan Intelek Sdn. Bhd. Kolej Mat kilau menempatkan pelajar siswa peringkat pengajian diploma sepenuh masa.

KAPISITI BANGUNAN FASILITI
Mempunyai 151 buah rumah pelajar di bangunan 10 tingkat  bertaraf apartment.


Muatan asas adalah 1200 orang.

1.     Lif 3 unit

2.     Ruang serbaguna

3.     Stor

4.     Bilik Sakit

5.     Bilik Bacaan

6.     Bilik Tamu

7.     Ruang Dobi

8.     Bilik TV & Bilik Rekreasi

9.     Bilik TCR(siaraya)

10.   4 unit Rumah Staf Residen Kolej disetiap aras

11. Tempat pakir kenderaan SRK Tempat pakir pelawat

  • Kolej Tun Teja 1 & 2

Gugusan Kolej Tun Teja 1 & 2 mula beroperasi pada 16 November 2015. Sama seperti Kolej Mat Kilau, kolej ini merupakan kolej PFI yang di bawah Syarikat Utusan Intelek Sdn. Bhd. KOlej Tun Teja menempatkan pelajar siswi peringkat pengajian diploma sepenuh masa.

KAPISITI BANGUNAN FASILITI
Mempunyai 226 buah rumah pelajar di bangunan 8 dan 9 tingkat bertaraf apartment.


Muatan asas adalah 1800 orang.

1.     Lif 6 unit

2.     Ruang serbaguna

3.     Stor

4.     Bilik Sakit

5.     Bilik Bacaan

6.     Bilik Tamu

7.     Ruang Dobi

8.     Bilik TV & Bilik Rekreasi

9.     Bilik TCR(siaraya)

10.  8 unit Rumah Staf Residen Kolej disetiap aras

11.  Tempat pakir kenderaan SRK Tempat pakir pelawat

3.   Medan Selera dengan kapasiti 1500 orang

4.   Bangunan Pentadbiran dua tingkat ini menempatkan Pejabat Pentadbiran, BHEA, BPJI & A, ACIS, Pejabat Bendahari, Unit InfoTech dan Pejabat Penolong Rektor. Ia juga mempunyai tiga buah bilik mesyuarat.

5.   Perpustakaan Tun Abdul Razak & Persada Ilmiah yang mempunyai bilik pandang dengar, bilik seminar,bilik computer dan beberapa ruang asas bagi perpustakaan. Ia juga dilengkapi oleh system siaraya, kaunter system atas talian dan pintu keselamatan.

6.   Pusat Pelajar

7.   Dewan Titiwangsa dengan kapasiti 1500 orang yang dilengkapi dengan ruang makan VIP dan bilik persalinan bagi lelaki dan perempuan.

8.      Pusat Islam yang boleh memuatkan seramai 800 orang jemaah. Kemudahan yang disediakan adalah Pejabat Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), bilik memandikan jenazah, bilik imam, bilik bilal dan bilik menunggu.

9.    Unit Kesihatan

10.  Unit Sukan

11.  Bangunan-bangunan Sokongan iaitu:

  • Central Utilities Building
  • Pencawang Elektrik
  • Rumah Pam
  • Rumah Sampah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-21. Dicapai pada 2020-08-11.