UiTM Cawangan Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kampus UiTM Seri Iskandar)
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Perak
JenisAwam
Ditubuhkan pada1999 (1999)
CanselorSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Naib CanselorProfesor Datuk Dr Hajah Roziah Mohd Janor
RektorProfesor Madya Dr Nur Hisham Ibrahim
Lokasi,
Kampus
  • Seri Iskandar
  • Tapah
Laman sesawangperak.uitm.edu.my

UiTM Cawangan Perak ialah salah sebuah cawangan bagi Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di Perak, Malaysia. Ia ditadbir oleh seorang Rektor dan bertanggungjawab ke atas dua buah kampus UiTM di Perak iaitu Seri Iskandar dan Tapah.

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Tanggal 1 Januari 1985 bermulanya sejarah penubuhan Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak setelah dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak pada 1 Januari 1985. Kampus Cawangan ini merupakan kampus yang ke 8 dari 13 buah kampus ITM di seluruh negara termasuk kampus induk di Shah Alam.

Penubuhan kampus ini telah dijalankan dengan kerjasama sepenuhnya dari Kerajaan Negeri Perak. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah menyewakan beberapa buah rumah kedai serta rumah teres kepada ITM Cawangan Perak sebagai kampus sementara di Bandar Baru Seri Manjung yang terletak lebih kurang 86km ke barat Bandaraya Ipoh.

Di awal penubuhannya kampus sementara ini terdiri daripada 6 unit bangunan rumah kedai dua tingkat dan ditambah dari semasa ke semasa hingga menjadi 15 unit sebagai pejabat pentadbiran, bilik-bilik kuliah, asrama siswi, perpustakaan, surau, dewan makan dan stor. Di samping itu sebanyak 31 unit rumah teres setingkat telah disewa sebagai asrama bagi penempatan siswa. Pengambilan pertama seramai 200 orang pelajar itu pada Januari 1985 yang mengikuti kursus-kursus Diploma Perakaunan (DIA), Diploma Pentadbiran Awam (DPA), Diploma Pengajian Perniagaan (DBS), Diploma Perbankan (DIB) dan Diploma Sains Kesetiausahaan (DSS). Manakala, kakitangan perintis pula seramai 21 orang kakitangan akademik dan 45 orang kakitangan pentadbiran.


Dalam usaha untuk mempertingkatkan kemudahan dan bersesuaian dengan sebuah pusat pengajian tinggi, Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukkan kawasan seluas 285.5 ekar di Bandar Baru Seri Iskandar sebagai tapak kampus tetap ITM Cawangan Perak. Kerja-kerja awal fasa 1 Kampus Seri Iskandar yang terdiri dari Bangunan Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU) dan bangunan asrama telah dirasmikan oleh Y.A.B. Menteri Besar Perak pada 3 April 1995. Pada 21 Julai 1998 majlis perasmian Kampus Seri Iskandar telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mewakili Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.


Selain Kampus Seri Iskandar, Kampus Bandaraya Ipoh yang terletak di Station 18, Jalan Pengkalan, Ipoh telah mula beroperasi pada bulan Jun 2002 yang menumpukan kepada pengajian luar kampus. Perkembangan ini diikuti dengan beroperasinya Kampus Tapah telah pada Oktober 2010 yang memfokuskan kepada bidang ICT. Kini, secara keseluruhannya Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak mempunyai kekuatan seramai lebih 12,000 pelajar, 673 kakitangan akademik dan 453 kakitangan pentadbiran serta didukung oleh lima fakulti, dua daripadanya di Kampus Seri Iskandar dan tiga lagi di Kampus Tapah.

Senarai Kampus[sunting | sunting sumber]

Kampus Lokasi Rujukan
Seri Iskandar Seri Iskandar,Perak Kampus UiTM Seri Iskandar
Tapah Tapah Road, Perak
Bandaraya Ipoh Ipoh, Perak


Seri Iskandar[sunting | sunting sumber]

Kampus Seri Iskandar terletak di Daerah Perak Tengah dengan keluasan kira-kira 392.36 ekar. Kedudukannya yang stategik bersebelahan dengan lebuhraya Ipoh-Lumut membantu memudahkan perhubungan bagi kedua-dua bandar Ipoh dan Lumut. Kampus ini telah beroperasi sejak 1 Januari 1999. Pembinaan kolej kediaman pelajar mampu menampung kira-kira 8,000 orang pelajar dalam satu masa. Sehingga kini, Kampus Seri Iskandar menempatkan 9,665 pelajar sepenuh masa dalam 30 program akademik dan 418 pelajar separuh masa dalam 7 program, 539 pensyarah tetap dan 359 kakitangan pengurusan dan staf sokongan.


Selain daripada bilik kuliah, fasiliti lain yang disediakan seperti 38 makmal komputer dengan lebih daripada 1,000 komputer, 10 bilik kuliah berteknologi (TEC), studio, makmal dan bengkel seramik, dewan serbaguna, perpustakaan dan pelbagai kemudahan sukan dan rekreasi disediakan untuk kemudahan warga kampus dan sewaan awam.


Tapah[sunting | sunting sumber]

UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah Fasa Pertama telah mula beroperasi pada 1 Disember 2010. Bangunan kampus Fasa 1 ini hanya terdiri daripada 6 unit bangunan iaitu Bangunan Pejabat Pentadbiran dan Akademik, Kolej Kediaman Pelajar Siswa, Kolej Kediaman Pelajar Siswi, Pejabat Pentadbiran Kolej dan 2 unit Rumah Pegawai Pembangunan Pelajar. Bagi pengambilan pertama, seramai 25 orang pelajar telah ditawarkan pengajian di UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah bagi program Diploma Sains Aktuari dan Pra Diploma (Sains) pada 26 Disember 2010.


Fasa Kedua mula dibina pada tahun 2011 dan siap pembinaan pada 18 Januari 2014. UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah Fasa 2 beroperasi sepenuhnya pada 21 April 2014 dengan kemampuan menampung kapasiti 5000 pelajar dan 2500 penginapan pelajar. Kemudahan lain merangkumi Kompleks Pentadbiran, Blok Fakulti, Perpustakaan, Pusat Pelajar, Pusat Islam, Bangunan Kafeteria, Unit Kesihatan, Kolej Kediaman, serta banyak lagi kemudahan bertaraf moden khusus bagi kemudahan dan keselesaan para pelajar. Kini UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah menawarkan tujuh (7) program akademik daripada tiga (3) fakulti (i) Fakulti Sains Komputer & Matematik, (ii) Fakulti Perakaunan dan (iii) Fakulti Sains Gunaan.


Kampus Bandaraya[sunting | sunting sumber]

Kampus Bandaraya merupakan salah satu kampus UiTM Cawangan Perak yang terletak di Station 18, Ipoh. Pengajian luar kampus merupakan fokus utama kampus ini yang mana sesi kuliah diadakan pada hujung minggu. Fasiliti lengkap untuk pengajaran dan pembelajaran serta penganjuran kursus/bengkel/seminar telah disediakan unutk kegunaan pengendalian program akademik yang ditawarkan dan sewaan fasiliti kepada awam.

Akademik[sunting | sunting sumber]

Program yang ditawarkan[sunting | sunting sumber]

Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

Dalam merealisasikan misi UiTM: “Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak” [UiTM Wiki], UiTM Cawangan Perak telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang penyelidikan melalui hasil kepakaran dan bidang tujahan yang dimiliki. Antara bidang kepakaran dan bidang tujahan UiTM Cawangan Perak khususnya di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) adalah:

1. Rekabentuk Senibina (Architectural Design)

2. Proses Pembinaan (Construction Process)

3. Rekabentuk Hijau (Green Design)

4. Kelastarian Pembangunan (Sustainable Development)

5. Pengurusan Pembinaan dan Projek (Project and Construction Management)

6. Pengurusan Kontrak dan Perolehan (Contract and Procurement Management)

7. Pengurusan Fasiliti (Facility Management)

8. Pengurusan Hartanah dan Estet (Estate Management and Property Management)

9. Senireka dan Senilukis (Art and Design)

10. Perancangan dan Rekabentuk Bandar dan Wilayah (Town and Regional Planning)

11. Senibina Landskap (Landscape Architecture)


UiTM Cawangan Perak merupakan kampus cawangan perintis yang mengukur prestasi penyelidikan menggunakan skor MyRA. Pihak pengurusan telah mengambil inisiatif kehadapan apabila menjadikan kampus ini sebagai kampus cawangan pertama yang mengukur prestasi staf akademik menggunakan sistem pengurusan MyRA bermula pada tahun 2015 dan diangkat sebagai salah satu elemen pengukuran utama. Sistem ini mengukur kompetensi staf akademik dalam pelbagai aspek seperti geran penyelidikan, penerbitan pelbagai peringkat dan beberapa lagi skor yang perlu dicapai bagi memastikan setiap hasil kerja diukur dan dinilai dalam sistem MyRA tersebut. Melalui inisiatif ini, UiTM Cawangan Perak telah mempertingkatkan PI i-UiTM supaya melebihi sasaran dan secara tidak langsung membantu mempertingkatkan skor MyRA seluruh sistem UiTM melalui kerjasama Pair2Publish dengan UiTM Cawangan Selangor.


UiTM Cawangan Perak juga telah meningkatkan kecemerlangan kesarjanaan akademia melalui pencapaian jumlah dana penyelidikan sebanyak RM1 juta yang telah melebihi sasaran Objektif Kualiti pada tahun 2018. Bagi meningkatkan kompentensi bagi penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan, PJIMA berfungsi mewujudkan pusat kecemerlangan penyelidikan dan penerbitan berimpak, PJIMA telah menggunakan pendekatan menganjurkan pelbagai aktiviti strategik seperti pembudayaan penyelidikan berkumpulan Special Interest Group (SIG) dan Research Interest Group (RIG) dengan memanfaatkan kemudahan Research Garden, program Go MyRA, Hunting for Research Group, perkongsian ilmu, taklimat penyelidikan dan lain-lain. Selain daripada itu, UiTM Cawangan Perak juga melaksanakan inisiatif Geran Khas Inisiatif Penyeliaan Perak (GKIPP) di mana geran ini membantu penyelia dalam tugas penyeliaan pelajar pasca siswazah dan membantu kepada peningkatan Graduate on Time (GOT) pelajar pasca siswazah. Selain itu, antara geran penyelidikan yang telah diperolehi adalah Geran Academic & Research Assimilation (ARAS), Geran Fundamental Research Scheme (FRGS), Geran Prototype Research Grant Scheme (PRGS), National Real Estate Research Coordinator (NAPREC) dan lain-lain.

Reputasi / Pencapaian / Pengantarabangsaan[sunting | sunting sumber]

Sistem penilaian kecemerlangan prestasi telah diaplikasi bagi menilai tahap pencapaian UiTM Cawangan Perak terhadap visi, misi, objektif, nilai dan sasara perancangan strategik yang telah digariskan oleh pihak pengurusan UiTM Cawangan Perak. Penilaian ini berdasarkan kepada lima (5) aspek iaitu (i) hasil daripada penyataan strategik, (ii) hasil daripada tumpuan pelanggan, (iii) hasil daripada tumpuan sumber manusia, (iv) hasil daripada proses dan (v) hasil prestasi pengurusan kewangan. Tahap pencapaian UiTM Cawangan Perak diperkukuhkan melalui perbandingan dengan pesaing yang relevan dalam tempoh masa tertentu dan analisa jurang antara pencapaian tertinggi dan terendah bagi petunjuk prestasi utama (PI) UiTM Cawangan Perak. Data semasa, arah alir pencapaian selama tiga (3) tahun, data perbandingan dan kepentingan penilaian tahap pencapaian terhadap organisasi turut dijelaskan kerana setiap agenda yang dilaksanakan adalah berdasarkan perancangan strategik yang sistematik. Unit Pengurusan Kualiti bertanggungjawab memantau dan menyelaras proses penilaian, seterusnya menyimpan maklumat hasil pencapaian UiTM Cawangan Perak untuk penelitian tahap pencapaian, kedudukan UiTM Cawangan Perak dalam pasaran dan berbanding pesaing serta meningkatkan kualiti bidang tumpuan utama dalam masa tertentu. Pada dasarnya, UiTM Cawangan Perak menilai dan mengukur prestasi berfokuskan keberhasilan, bermatlamatkan pelanggan dan berlandaskan aspirasi pemegang taruh demi memperkasa lonjakan transformasi yang dicanang oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) (PPPM(PT)).

Alumni[sunting | sunting sumber]

Alumni UiTM Cawangan Perak telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang dan telah berkhidmat di pelbagai institusi baik di sektor awam, swasta mahupun menjadi usahawan terkenal dan berjaya. Sehingga September 2020, seramai 59,961 alumni telah dilahirkan oleh UiTM Cawangan Perak sepanjang sejarahnya yang merangkumi dari kampus Seri Iskandar dan kampus Tapah.


Hubungan UITM Cawangan Perak dengan para Alumni diuruskan oleh Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni yang berperanan untuk mengekalkan dan mengemas kini pangkalan data alumni dengan kerjasama fakulti, menggalakkan hubungan strategik, memaksimumkan modal sosial dan untuk mempromosikan penjanaan pendapatan melalui aktiviti keusahawanan dengan alumni.


Persaudaraan dikalangan alumni terus ditingkatkan dengan penubuhan Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak pada 9 November 2016. Persatuan ini dinaungi Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA Malaysia yang merupakan persatuan induk kepada semua persatuan alumni di UiTM keseluruhannya. Matlamat utama penubuhan persatuan ialah menyatukan semua alumni dan bekas pelajar UiTM Cawangan Perak daripada pelbagai bidang kepakaran serta mewujudkan saluran komunikasi antara universiti dengan alumni dan bekas pelajar.


Persatuan Alumni menyediakan platform bagi para alumni untuk berberi sumbangan sebagai contoh sumbangan/dana kepada program-program universiti, sumbangan kepada pelajar asnaf, sumbangan kelengkapan studio dan sumbangan pembinaan solar work bench di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Perak. Selain itu, pelbagai aktiviti persatuan yang telah dijalankan setiap tahun. Antaranya Mesyuarat Agung Tahunan, Majlis Makan Malam, Penganugerahan Ikon Alumni, Program sukan seperti pertandingan bowling & golf dan beberapa program komuniti seperti CSR di perkampungan orang asli & pembersihan pantai.


Ahli Jawatankuasa PAUiTM Perak 2019/2020

Pengerusi : Muhammad Anas Othman

Naib Pengerusi : Mohammad Hasif Abdul Latib

Setiausaha : Aida Haryani Harun

Penolong Setiausaha : Adnin Syaza Jaafar

Bendahari : Suzaina Ismail

Biro Pembangunan Ekonomi : Muhammad Syawal Abd Halim

Biro NGO dan Kerajaan : Ahmad Subhi Zolkafly

Biro Komunikasi, Media dan ICT : Muhammad Asri Azuddin

Biro Wacana, Latihan dan Pendidikan : Nur Syahirah Rashdi

Biro Tanggungjawab Sosial : Mohamad Zaidi Sulaiman

Biro Sukan : Muhammad Zulkarnain Abd Kadir


Beberapa alumni terkenal termasuk yang berikut:

1. Mohd Hafizi Radzi Woo, Seni Reka Fesyen

2. Norazam Ab Samah, Senibina, MERCY MALAYSIA

3. Norshafina Ibrahim, Senireka Dalaman

4. Johar Bahar Abdullah, Ukur Bahan

5. Mohammad Fahmi Alias, Perancangan Bandar & Wilayah

6. Mohamed Faizullah Mohamed Najib, Senibina

7. Muhammad Hatta Dolmat, Seni Reka Fesyen

8. Zery Zamry, Seni Reka Fesyen

9. Rizman Nordin, SeniReka Fesyen, Usahawan

10. Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil, SeniReka Fesyen, Usahawan

11. Abdul Rahim Abdul Aziz, Sains Aktuari

12. Ar. Muhammad Azimin Shafie, senibina

13. Mohd Azim Hafifz Zaini, Grafik

14. Amin Yusoff, Senibina Dalaman

15. Jamilah Jamal, Senibina Dalaman

16. Muhammad Hafidzuddin Yahaya, Sains Aktuari

17. Nik Mohd Shafriman Nik Hasan, Pengurusan Hartanah

18. Datuk Seri Ahmad Sukimi Ibrahim, Perancangan Bandar dan Wilayah, Usahawan

19. Mohd Syazwan Anuar, Grafik

20. Shahrul Izwan Md Hassan, Pengurusan Perniagaan

21. LAr. Muhammad Zaedi Mohd Asri, Senibina Landskap

22. Norli Atan, Senibina Dalaman

23. Zubir Azhar, Perakaunan

24. Mohd Zamri Husin, Perancangan Bandar dan Wilayah

25. Norshuhani Zamin, Sains Komputer

26. Azura Mazaruddin,Senireka Fesyen, Usahawan

27. Mohd Faeez Zainal Ariff, Ukur Bangunan

28. Muhammad Azimin Shafie, Senibina

29. Adriana Adnan, Perakaunan

30. Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil @ Alha Alfa, Senibina Dalaman

Rujukan[sunting | sunting sumber]