Kamsiah M. Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kamsiah M. Ali
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1960-an

Kamsiah M. Ali, anak kelahiran Taiping, Perak, merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.[1]

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran. Kamsiah M. Ali sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan The Siglap Boys, kumpulan The Tornadoes, dan kumpulan The Mods. Beliau mencipta nama dengan lagu Sayang Selintas.

Kamsiah M. Ali telah mendirikan rumahtangga bersama Mohmmed Ali, iaitu abang kepada penyanyi M. Osman dalam tahun 1963. Kini, penyanyi ini menetap di Air Kuning, Taiping.[2]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Batik Malaysia (1969)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Sayang Selintas
  • Joget Burung Senja
  • Pertanyaanku

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abd Hamid, Ahmad (2019-12-05). "Kamsiah M Ali terus diminati hingga kini". Bebas News. Rare Media Sdn Bhd. Dicapai pada 2022-04-29.
  2. ^ Abd Hamid, Ahmad (2020-10-17). "Suara Kamsiah M Ali dirindui! Kenangan lalu terpahat di hati". Kita Reporters. Dicapai pada 2022-04-29.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]