Kan Kukejar Cinta Kamu (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kan Kukejar Cinta Kamu
Umum
PengarangFauziah Asyari
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik, keluarga
Penerbitan
PenerbitIntens Idea International
Tarikh penerbitan
Januari 2012
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman795
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789675289194

Kan Kukejar Cinta Kamu ialah novel 2012 oleh penulis novel Malaysia, Fauziah Asyari[1] terbitan Intens Idea International.[2] Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh Astro Ria pada 2018.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

"Hisy! Aku nak kena mulakan. ke? Hmmm...buat muka selenge. Eh! Tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat. Ya lah cuba goda dia. Eh...eh... nanti dulu. yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat. kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut. sopan-santun? Lagi bosan kot. Argh! Tak boleh jadi ni! " - Alma.

Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air. Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan).

Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa." Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler! Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan. “Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan." Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler...

Adaptasi drama[sunting | sunting sumber]

Kan Kukejar Cinta Kamu dikeluarkan pada 2012 oleh Intens Idea. Pada tahun 2018, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot MegaDrama bermula 17 Disember 2018 di Astro Ria, dibintangi oleh Fendy Bakry dan Amyra Rosli.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Haryani Ismail (15 Januari 2019). Novelis Fauziah Ashari cetus fenomena menerusi 'Kan Kukejar Cinta Kamu' Berita Harian Singapura. Dicapai pada 13 Februari 2019.
  2. ^ Kan Kukejar Cinta Kamu Intens Books (18 Disember 2011). Dicapai pada 13 Februari 2019.
  3. ^ Kan Kukejar Cinta Kamu by Fauziah Asyari Goodreads. Dicapai pada 13 Ferbuari 2019.
  4. ^ "Drama Kan Kukeja Cinta Kamu". MyInfotaip. 16 Disember 2018.