Kang Daniel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kang Daniel
강다니엘
Kang looks right against a blue background
Kang Daniel pada bulan Jun 2018
Kelahiran
Kang Eui-geon

(1996-12-10) 10 Disember 1996 (umur 27)
Busan, Korea Selatan
PendidikanUniversiti Kyung Hee Cyber
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • usahawan
Tahun aktif2017–Sekarang
Kerjaya muzik
GenreK-pop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
MMO Entertainment
YMC Entertainment[A]
Swing Entertainment[A]
LM
Konnect Entertainment
Nama Korea
Hangul다니엘
Perumian SemakanGang Daniel
McCune–ReischauerKang Taniel
Nama lahir
Hangul강의건
Perumian SemakanGang Ui-geon
McCune–ReischauerKang Ŭikŏn
Laman web rasmidanielk.konnectent.com

}}

Kang Daniel (Hangul강다니엘; lahir Kang Eui-geon [강의건]; pada 10 Disember 1996) lebih dikenali sebagai Daniel, ialah seorang penyanyi, penulis lagu, penari dan usahawan Korea Selatan. Namanya melonjak naik selepas memenangi tempat pertama dalam Produce 101 (season 2) dan merupakan bekas anggota kumpulan Korea Selatan, Wanna One[2]. Semasa kumpulan tersebut aktif selama setahun setengah, mereka mencapai kejayaan di mana keempat-empat album mereka mendapat tempat pertama dalam Gaon Album Chart dan kelima-lima single utama berada di kedudukan tiga teratas di Korea Selatan Gaon Digital Chart.[3]

Selepas pembubaran Wanna One, beliau mengambil masa 6 bulan 'hiatus' daripada industri hiburan dan mengambil alih pengurusan kariernya sendiri dengan membina syarikatnya sendiri iaitu KONNECT Entertainment dan debut dengan album mini pertama, Colour On Me[4]. Album mini tersebut mencatat kejayaan apabila ia memecahkan rekod yang dipegang oleh artis solo dalam sejarah South Korea's Hanteo Chart.[5]t[6]. Ia juga berada di tangga teratas Gaon Album Chart[7][8]

Karier[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal dan pra-debut[sunting | sunting sumber]

Nama sebenar beliau adalah Kang Eui-geon (강의건) dan dilahirkan di Busan, Korea Selatan. Beliau merupakan anak tunggal dalam keluarga[9]. Beliau membuat keputusan untuk menukar namanya secara rasmi selepas mendapati ramai yang sukar menyebut nama asalnya[10]. Atas saranan daripada seorang guru, beliau mula menari. Semasa menjadi bintang tamu dalam program Hello Counselor, beliau mengungkapkan bahawa beliau telah dibuli kerana rupa parasnya dan mula menari untuk membina kepercayaan diri. Sebelum muncul dalam Produce 101 Season 2, beliau telah menjalani latihan selama dua tahun dan sebulan. Pada awalnya, beliau menjadi pelatih di B2M Entertainment dan seterusnya di MMO Entertainment. Salah satu momen yang dikenali semasa tahun pelatihannya adalah penampilannya dalam Her Secret Weapon, di mana beliau menjadi penari latar untuk Cao Lu daripada Fiestar dan Sihyun daripada Spica semasa mereka membuat persembahan dengan lagu Invitation oleh Uhm Jung-Hwa.

2017-2018 : Produce 101 Season dan Wanna One[sunting | sunting sumber]

Artikel utama: Produce 101 Season 2 dan Wanna One

Pada tahun 2017, Kang mewakili MMO Entertainment dalam Produce 101 Season 2 dan berjaya menyandang tempat pertama sekaligus menjadi center untuk kumpulan Wanna One dibawah pengurusan YMC Entertainment.

Beliau secara rasmi debut bersama Wanna One di Wanna One Premier Show-Con pada 7 Ogos 2017 di Gocheok Sky Dome dengan mini-album 1×1=1 (To Be One). Semasa persediaannya untuk debut, beliau juga telah dipastikan akan menyertai episod perintis (pilot season) It's Dangerous Beyond The Blankets diterbitkan oleh MBC yang ditayangkan pada 27 Ogos. Dalam bulan yang sama, beliau terpilih sebagai penghias muka depan untuk majalah Weekly Chosun, dengan salah satu artikel memfokuskan tetang popularitinya di mata masyarakat. Beliau juga merupakan selebriti lelaki pertama yang muncul sebagai penghias muka depan untuk majalah InStyle. Beliau telah menjadi ahli tetap untuk program dari SBS, Master Key dan beliau dianugerahkan Rookie Award (Variety Category) di 2017 SBS Entertainment Awards.

Pada tahun 2018, beliau terlibat dalam beberapa aktiviti individu dan yang paling dikenali adalah beliau menjadi pelakon dalam music video Days Without You yang dinyanyikan oleh Davichi. Beliau juga terpilih untuk menjadi ahli tetap untuk It's Dangerous Beyond the Blankets musim kedua. Beliau sekali lagi dianugerahkan Rookie Award (Variety Category) di 2018 MBC Entertainment Awards. Pada 2018 Mnet Asian Music Awards, bersama-sama dua lagi ahli Wanna One, Park Woojin dan Kim Jaehwan, mereka memenangi anugerah Best Unit Award seabagai anggota Triple Position. Walaupun kontraknya bersama Wanna One telah tamat pada 31 Disember, beliau masih bersama mereka membuat penampilan sehingga konsert terakhir mereka yang berlangsung pada 24 Januari sehingga 27 Januari 2019.

2019: Debut solo dengan Color on Me[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Januari 2019, telah dilaporkan bahawa beliau akan berpindah ke LM Entertainment selepas aktiviti bersama Wanna One telah tamat. Walaubagaimanapun, pada 21 Mac 2019, beliau telah memohon untuk menamatkan kontrak eksklusifnya dengan LM Entertainment. Wakilnya membongkarkan bahawa LM Entertainment telah menandatangani kontrak bisnes yang menjual kontraknya kepada pihak ketiga tanpa pengetahuannya. Pada 10 Mei, Mahkamah Daerah Seoul telah membantu Kang Daniel dan berjaya menamatkan kontraknya bersama LM Entertainment. Beliau akan menyambung kariernya sebagai selebriti tanpa campur tangan syarikat itu. Pada 10 Jun 2019, telah dilaporkan bahawa beliau menubuhkan syarikat hiburannya sendiri, KONNECT Entertainment.

Beliau dengan rasminya membuat debut sebagai artis solo pada 25 Julai 2019 dengan album mini pertama Color On Me. Merujuk Hanteo Chart, album mini tersebut telah mencipta rekod baru untuk artis solo. Kang Daniel telah berjaya mendapat kemenangan pertama dengan What Are You Up To di Music Bank pada 9 Ogos 2019. Beliau menjalankan promosi untuk EP tersebut dengan acara fansign di Korea Selatan pada 31 Julai hingga 3 Ogos. Selepas itu, beliau memulakan jelajah acara bertemu peminat dengan menjelajah ke 6 buah negara iaitu Singapura, Bangkok, Taipei, Kuala Lumpur dan Manila sebelum kembali ke Seoul dengan acara bertemu peminat selama dua hari. Di tengah penjelajahannya, beliau juga menjadi hos untuk acara radionya sendiri di NOW, perkhidmatan penstriman audio dalam talian milik Naver. Kang Daniel Show ditayangkan semasa perayaan Chuseok sebanyak empat episod daripada 11 September hingga 14 September. Dalam bulan yang sama, pelancaran siri pelancongan pertamanya yang dinamakan Colourful Daniel akan ditayangkan di saluran rasmi Youtube milik Konnect Entertainment. Beliau muncul kembali untuk kali pertama dengan melancarkan dua single terbaru iaitu Touchin dan Adulthood. Tidak seperti debutnya, Kang Daniel boleh mempromosikan Touchin dengan membuat persembahan di beberapa pertunjukan muzik dan memenangi trofi di The Show milik SBS MTV pada 3 Disember. Walaubagaimanapun, selepas seminggu mempromosikan lagu tersebut, Konnect mengumumkan bahawa Kang Daniel akan berehat daripada kariernya berikutan masalah kesihatan.

2020-sekarang: Comeback dengan Cyan dan Magenta[sunting | sunting sumber]

Kang Daniel di SBS Power FM untuk promosi lagu "2U", pada 7 April 2020.

Pada tahun 2020, Kang Daniel muncul kembali dengan rancangan realiti perjalanan Hello, Daniel yang ditayangkan pada 4 Mac. Selepas itu, beliau mengeluarkan album mini keduanya iaitu Cyan. Beliau memenangi beberapa trofi dengan single utamanya, 2U, di The Show, Music Bank, Show! Music Core, Show Champion dan M Countdown. Sebagai sebahagian daripada projek kolaborasi Pepsi dan Starship Entertainment yang bertajuk "For The Love of Korea", Kang Daniel dan Zico melancarkan single mereka "Refresh" yang juga diproduserkan oleh Steve Aoki pada 23 April. Beliau mengambil bahagian dalam festival dalam talian 88rising's Asia Rising Forever pada 6 Mei dan konsert dalam talian TikTok Stage pada 25 Mei. Beliau juga menyertai barisan penyanyi yang akan membuat persembahan di Pepsi Online Showcase yang bertajuk "For The Love of Korea" yang akan disiarkan pada 27 Jun. Pada 19 Jun, Kang Daniel mengeluarkan OST drama pertamanya menerusi drama oleh SBS, Backstreet Rookie.[11] Beliau juga menyertai barisan untuk KCON:TACT 2020 Summer and the Pepsi Online Showcase.[12][13] Untuk meraikan ulang tahun pertama debut solonya, Kang mengadakan perjumpaan peminat dalam talian pada 25 Julai.[14]

Album mini ketiga dari projek trilogi warnanya Magenta, telah dikeluarkan pada 3 Ogos.[15] Dengan keluaran ini, Kang Daniel melepasi satu juta album kumulatif yang terjual dalam masa 13 bulan sebagai debut artis solo.[16] Lagu dari Album mini bertajuk "Waves" yang menampilkan Simon Dominic dan Jamie telah pra-dikeluarkan pada 27 Julai.[17]

Kesan dan pengaruh[sunting | sunting sumber]

Beliau dikenali dengan pengiktirafan jenama dan kekuatan pemasarannya, setelah menduduki tempat pertama di "Male Model Brand Power Ranking" dan "Individual Boy Group Members Brand Power Ranking", yang diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Reputasi Korporat Korea. Beliau juga menjadi artis pertama dalam sejarah yang berada di puncak "Individual Boy Group Members Brand Brand Ranking" selama 13 bulan berturut-turut . Menjelang akhir tahun 2017, beliau dinobatkan sebagai idola kedua paling disukai dalam tinjauan yang dilakukan setiap tahun oleh Gallup Korea.

Untuk mempromosikan budaya Korea, beliau dipilih sebagai duta kehormat untuk pameran budaya khas di Olimpik Pyeongchang 2018. Pada Januari 2018, nama Kang dimasukkan dalam senarai tahunan Forbes Korea 2030 Power Leaders dalam hiburan. Senarai itu dipilih oleh enam panel pakar industri yang berunding dengan wartawan Forbes untuk menentukan barisan terakhir. Pada tahun yang sama, dia dinobatkan sebagai idola kelima yang paling disukai dalam tinjauan tahunan Gallup Korea.

Pada 3 Januari 2019, Guinness World Records mengumumkan bahawa Kang Daniel telah mencipta rekod baru untuk "Waktu terpantas untuk mendapatkan satu juta pengikut di Instagram", mencapai rekod baru dalam 11 jam dan 36 minit setelah mencipta akaun di platform media sosial tersebut dan memecahkan rekod 12 jam sebelumnya yang dipegang oleh Pope Francis. Forbes meletakkannya sebagai selebriti keempat terkuat dalam senarai Korea Power Celebrity 2019, menjadikannya satu-satunya individu di antara kumpulan dalam lima teratas. Pada akhir tahun yang sama, beliau terpilih sebagai model pengiklanan ketiga paling digemari oleh pengguna wanita pada usia 10-an dalam tinjauan yang dilakukan oleh Korea Broadcast Advertising Corporation. beliau juga tergolong sebagai idola ke-13 yang paling disukai dalam tinjauan tahunan Gallup Korea.

Sehingga Mei 2020, Kang telah menduduki tempat pertama di Idol Chart selama lebih dari 111 minggu berturut-turut, menjadikannya artis pertama dan satu-satunya yang melakukannya.

Kegiatan Lain[sunting | sunting sumber]

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Jun 2019, Kang menubuhkan dua syarikat yang berasingan namun berkaitan yang bernama Konnect Entertainment dan KD Corporation. Nama Konnect Entertainment adalah gabungan perkataan "Korea" dan "connect". Dia secara sah didaftarkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk kedua-dua syarikat. Kegiatannya dalam industri hiburan dikendalikan oleh Konnect dan semua aktiviti berkaitan perniagaan lain dikendalikan oleh KD Corporation. KD Corporation merancang untuk berkembang ke pelbagai cabang perniagaan pada masa hadapan. Pada Februari 2020, sebuah kafe yang terletak di tingkat pertama bangunan Konnect Entertainment di Seoul dibuka secara rasmi untuk memulakan aktiviti perniagaan. "Cafe De Konnect" mengadakan acara pembukaan pada 19 dan 20 Februari untuk peminat sebelum dibuka secara rasmi kepada umum pada 21 Februari. Acara ini membolehkan 100 peminat mendapat minuman percuma setelah menunjukkan kad keahlian mereka dari kelab peminat rasmi Kang Daniel.

Pengiklanan[sunting | sunting sumber]

Setahun selepas memulakan kerjayanya, Kang Daniel menjadi salah satu selebriti bernilai tinggi dalam industri pengiklanan di Korea Selatan, dilaporkan membuat kontrak 1 bilion won (US $ 860,000) setiap tahun. Dari tahun 2017 hingga 2018, beliau mendapat banyak tawaran pengiklanan, mulai dari kosmetik, pakaian, elektronik hingga kacamata.

Pada 12 Jun 2019, beliau dilantik sebagai duta kehormat Busan. Beliau dipilih melalui acara pada bulan April yang membolehkan warga Busan memilih orang yang mereka anggap paling sesuai untuk mempromosikan bandar tersebut. Upacara rasmi diadakan pada 9 Julai 2019 di Stadium Baseball Sajik di mana beliau mendapat mandat dari datuk bandar. Pada hari yang sama, beliau dipilih untuk menjadi pelempar pertama (ceremonial first pitch) untuk pertandingan Lotte Giants. Tidak lama selepas debut solonya pada bulan Julai 2019, Kang menjadi model untuk KT Corporation, syarikat telefon terbesar di Korea Selatan. Dianggap berjaya, kerjasama mereka menghasilkan penjualan 68,000 unit dan meningkatkan rekod pra-tempahan KT sebanyak 45%. Beliau juga menjadi model untuk restoran Mexicana Chicken. Pada 17 September, diumumkan bahawa beliau dipilih sebagai model jenama Givenchy Beauty. Dalam pemotretan untuk majalah Elle edisi Oktober, beliau memamerkan pelbagai gaya dengan menggunakan produk bibir dari jenama mewah Le Rouge. Pada 27 September, Subway Korea mengumumkan bahawa Kang Daniel akan menjadi model iklan baru yang mempromosikan Signature Wraps mereka. Tidak lama kemudian, beliau terpilih sebagai wajah baru Calvin Klein Jeans. Di samping itu, jenama bagasi premium, Rimowa, mendedahkan koleksi baru mereka dengan kerjasama Kang Daniel melalui gambar dan video di Elle dan Esquire.
Pada Januari 2020, diumumkan bahawa beliau dipilih sebagai duta baru untuk jenama pakaian sukan Jerman, Puma. Pada akhir bulan yang sama, produk kolaborasi pertama Puma dan Kang Daniel, "RS-X Cube", dilancarkan sebagai sebahagian daripada koleksi RS (Running System) Puma yang terkenal. Untuk meraikan kerjasama tersebut, Puma melancarkan acara promosi luar talian di gedung-gedung yang dinamakan "KD CUBE ROOM". Pengunjung dapat menikmati kandungan eksklusif seperti video yang belum diterbitkan, barang jualan baru, dan panggilan video maya dengan Kang Daniel. Pada Februari 2020, diumumkan bahawa beliau akan bekerjasama dengan perkhidmatan emoticon KakaoTalk, Kakao Friends. Sebelum ini Kang Daniel terkenal sebagai orang yang mirip dengan "Apeach". Beliau juga diberi julukan "Baby Peach" dan selalu dikaitkan dengan watak Apeach dari siri Kakao Friends Muzi. Direka oleh Kang sendiri, koleksi kolaborasi yang disebut "Apeach Kang Daniel Edition" memaparkan barang-barang yang termasuk dalam kategori mainan, fesyen, dan barang untuk peminat itu dilancarkan secara rasmi di Korea dan global pada 7 dan 21 Februari. Sebagai tambahan kepada barang-barang ini, KakaoFriends juga mengeluarkan menu minuman dan pencuci mulut edisi terhad, yang dijual di tiga kafe termasuk Cafe De Konnect milik Kang Daniel.

Fesyen[sunting | sunting sumber]

Pihak industri telah mengatakan "Walaupun industri fesyen berada dalam kemerosotan, Kang Daniel sebagai model masih dapat membuat orang lain membelanjakan wang", dengan menyatakan bahawa "Bayarannya adalah yang tertinggi di antara selebriti yang sedang meningkat naik". Selepas debutnya, beliau dengan cepat menjadi salah satu selebriti yang paling dicari di antara jenama mewah seperti Chanel, Louis Vuitton, Calvin Klein, dan Cartier dan menjadi model untuk mereka.

Pada bulan Januari 2018, dua bulan setelah Kang Daniel dilihat memakai jaket rekaan Los Angeles Project (LAP) di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, telah diumumkan bahawa beliau menjadi model rasmi jenama fesyen tersebut. Jurucakap jenama tersebut menyatakan, "Setelah Kang Daniel memakai jaket kami, sambutan yang kami terima sangat positif". Mereka menambahkan, "Produk itu habis terjual dan melalui tujuh kali pengeluaran yang membuatkan kami sebulat suara memilihnya sebagai model kami". LAP mempercayai kehadirannya yang berpengaruh dalam dunia fesyen dan melancarkan koleksi pakaian jalanan yang baharu bernama "Kang Daniel's Pick - Edition" agar lebih sesuai dengan gayanya. Kejayaan koleksi ini dilihat berjaya dan mendorong ke arah pembukaan kedai pop-up Daniel's Pick LAP di Jepun dan Korea. Pada bulan Jun 2018, beliau terpilih sebagai model terbaru Chanel Fine Jewelry. Beliau berkolaborasi dengan jenama mewah Perancis itu untuk majalah Elle edisi Julai yang terbukti berjaya kerana penjualan untuk terbitan ini mencapai tahap yang sangat mengagumkan.

Pada bulan Mac 2019, Kang Daniel sekali lagi menjadi penghias muka depan untuk majalah Elle yang mengiktiraf Louis Vuitton sebagai ikon gaya baru mereka. Beliau dan aktres, Bae Doona, dipilih untuk mempromosi beg tangan dari jenama Louis Vuitton, Twist. Promosi baru ini dilancarkan melalui gambar dan video di laman web rasmi jenama Elle seminggu menjelang pembukaan kedai pop-up Louis Vuitton Twist Bag di Seoul. Ini merupakan pertama kalinya Louis Vuitton membuka kedai pop-up di Korea. Pada bulan September 2019, Kang Daniel dipilih untuk menjadi penghias muka hadapan untuk majalah fesyen Arena Homme+ dan Vogue. Untuk dua versi muka hadapan Arena Homme +, beliau dilihat memodelkan beberapa pakaian dari koleksi Juste un Clou dari Cartier setelah dipilih sebagai ahli kumpulan duta untuk "Maison Cartier". Menurut majalah itu, mereka dapat merasakan "Kang Daniel Power" ketika penjualan pra-pesanan meningkat setelah berita bahawa beliau menjadi penghias muka hadapan diwar-warkan. Selain itu, Kang Daniel dipilih sebagai model iklan untuk Calvin Klein Jeans. Jenama fesyen antarbangsa itu menyatakan, "Calvin Klein menyambut ulang tahun ke-50 tahun ini, dan bersama-sama dengan Kang Daniel, kami berharap dapat memperingati 50 tahun yang bersejarah ini dengan cara yang bermakna." Kerjasama mereka dapat dilihat dalam majalah fesyen High Cut edisi Oktober 2019 kerana Kang Daniel adalah penghias muka depan untuk empat versi yang berbeza, dengan beliau memperagakan pakaian Calvin Klein Jeans.

Dermawan[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Jun 2018, beliau mengambil bahagian dalam Ice Bucket Challenge untuk mempromosikan kempen kesedaran ALS dan juga menyumbangkan 2 juta won ($ 1,730). Dua hari kemudian, Yayasan Harapan Seungil melaporkan laman web mereka 'crash' kerana terlampau ramai yang mengakses pada masa yang sama dan terdapat hampir seribu sumbangan sejak Kang Daniel mengambil bahagian dalam 'challenge' tersebut. Pada bulan November 2018, jurugambar, Cho Sei-hon memilih Jung Woo-sung dan Kang Daniel sebagai dua orang yang menurutnya mempunyai pengaruh positif di Korea Selatan untuk pameran terakhir Letter from Angels, kempen kesedarannya yang telah berlangsung selama 16 tahun.

Melalui Hope Bridge Disaster Relief, Kang Daniel telah menyumbangkan million 30 juta ($ 26,000) untuk didermakan kepada mangsa Kebakaran Goseong April 2019. Hope Bridge melaporkan telah melaporkan pada bulan Mei, sumbangan yang dibuat atas nama beliau mencapai angka ₩ 180 juta ($ 155,000). Pada awal Disember, Kang merakam nada dering dengan KT untuk orang yang mengalami masalah pendengaran atau pertuturan sempena Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa (IDPWD). Menjelang Krismas, Kang menyumbangkan 30 juta won atas nama kelab peminatnya kepada The Snail of Love, sebuah kumpulan kebajikan sosial untuk orang pekak dan kurang keupayaan pendengaran. Konnect juga menyumbang 31,000 briket melalui bank briket sebagai ucapan terima kasih kepada peminat kerana membantu mereka yang memerlukan pada hari ulang tahun Kang

Pada 28 Februari 2020, Kang memberikan sumbangan peribadi sebanyak 50 juta won ($ 41,000) kepada Hope Bridge Disaster Relief untuk digunakan untuk membeli barang seperti topeng kesihatan dan pembersih tangan untuk mencegah penyebaran COVID-19. [119] Setelah Konnect dihubungi untuk mengesahkan berita itu, Kang menyatakan melalui agensinya, "Saya ingin menghulurkan bantuan kepada kakitangan perubatan yang sedang berjuang". Pada 17 April, Kang Daniel pergi ke pejabat The Snail of Love untuk mengunjungi kanak-kanak pertama daripada sepuluh kanak-kanak yang akan menerima implan koklea di bawah namanya dan nama kelab peminatnya. Satu majlis diadakan kerana gabungan sumbangan mereka melebihi million 99 juta ($ 81,000).

Discography[sunting | sunting sumber]

Lihat juga : Diskografi Wanna One

Extended plays (EP)[sunting | sunting sumber]

Senarai extended plays, dengan kedudukan carta terpilih, jualan, dan sijil perakuan
Judul Info Terperinci Kedudukan carta tertinggi Jualan Sijil Perakuan
KOR
JPN
Color on Me
  • Dilancarkan: 25 Julai 2018
  • Label: Konnect Entertainment
  • Format: CD, 'digital download', 'streaming'
1 23
  • KOR: 500,134
  • JPN: 2,324 (Phy.)
  • KMCA: 2× Platinum
Cyan
  • Dilancarkan: 24 Mac 2020
  • Label: Konnect Entertainment
  • Format: CD, 'digital download', 'streaming'
1
  • KOR: 266,880
  • KMCA: Platinum


Singles[sunting | sunting sumber]

Senarai single dengan kedudukan di carta yang terpilih
Judul Tahun Kedudukan tertinggi di carta Album
KOR
KOR

Hot

What Are You Up To (뭐해) 2019 15 1 Color on Me
Touchin 71 Cyan
2U 2020 7 81
"—" menunjukkan single yang tidak tersenarai dalam carta atau tidak dilancarkan di negara tersebut.

Kolaborasi[sunting | sunting sumber]

Senarai kolaborasi dan kedudukan di carta yang terpilih
Judul Tahun Kedudukan tertinggi di carta Album
KOR
KOR Hot
Refresh(bersama Zico) 2020 113 Non-album single
"—" menunjukkan single yang tidak tersenarai dalam carta atau tidak dilancarkan di negara tersebut.

Penampilan lagu tema (OST)[sunting | sunting sumber]

Judul Tahun Kedudukan tertinggi di carta Album
KOR
KOR

Hot

TBA 2020 TBA Backstreet Rookie OST Part 1
"—" menunjukkan single yang tidak tersenarai dalam carta atau tidak dilancarkan di negara tersebut.

Lagu lain yang berada di carta[sunting | sunting sumber]

Senarai lagu lain yang berada di carta dengan kedudukan di carta yang terpilih
Judul Tahun Kedudukan tertinggi di carta Album
KOR
KOR

Hot

Color 2019 111 3 Color on Me
I Hope 110 2
Horizon 127
Intro (Through the Night) 139
"—" menunjukkan single yang tidak tersenarai dalam carta atau tidak dilancarkan di negara tersebut.

Pengkreditan Penulisan Lagu[sunting | sunting sumber]

Semua pengkreditan diambil dari Persatuan Muzik Hak Cipta Korea.

Tahun Artis Lagu Album
2018 Wanna One "Kangaroo" 1÷x=1 (Undivided)
2019 Kang Daniel "Color" Color on Me
"What Are You Up To" (뭐해)
"Horizon"
"I Hope"
"Adulthood" Cyan


Filemografi[sunting | sunting sumber]

Muzik Video[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Pengarah Ruj.
2019 "What Are You Up To" (뭐해) VM Project Architecture
"Touchin'" FantazyLab
2020 "Adulthood" N/A
"2U" VM Project Architecture
"Refresh"

(with Zico)

Pinklabel Visual

Rancangan televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Rangkaian Peranan Nota Ruj.
2017 Produce 101 Season 2 Mnet Peserta Menang tempat pertama
Master Key SBS Ahli Episod 1, 4–10
2017–18 It's Dangerous Beyond the Blankets MBC Musim 1 dan 2
2018 Produce 48 Mnet Pengacara Spesial Episod 1 (bersama Jeon So-mi)
2020 Hello, Daniel SBS F!L, SBS MTV Ahli Rancangan realiti individu

DVD[sunting | sunting sumber]

  • Hello, Daniel Travel Story in Portland & LA DVD

Anugerah dan Pencalonan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga: Senarai anugerah dan pencalonan yang telah diterima oleh Wanna One

Tahun Anugerah Kategori Karya yang dicalonkan Keputusan Ruj.
2017 3rd Fashionista Awards Best Fashionista (Rising Star) N/A Menang
CJ E&M America Awards Male Idol of the Year Menang
11th SBS Entertainment Awards Rookie Award (Variety) Master Key Menang
2018 Click! Star Wars Awards Popularity Award (Individual) N/A Menang
Hall of Fame Menang
10th MTN Broadcast Advertising Festival Grand Prize (Audience) Menang
Brand of the Year Awards Grand Prize (Male CF Model) Menang
Elle Style Awards Best Magazine Cover Award Menang
18th MBC Entertainment Awards Rookie Award (Variety) It's Dangerous Beyond the Blankets Menang
2019 1st The Fact Music Awards Fan N Star Choice Award (Individual) N/A Menang
Fan N Star Most Votes Award (Individual) Menang
Fan N Star Hall of Fame (Individual) Menang
Ten Asia Global Top Ten Awards Popularity Award (South Korea) Menang
Global Popularity Award Menang
4th Dong-A Pick Awards Long Term Winner Prize (Idol Pick) Menang
4th Asia Artist Awards Potential Award (Singer) Menang
Star15 Popularity Award Menang
Best Emotive Award (Singer) Menang
21st Mnet Asian Music Awards Best New Male Artist Tercalon
Artist of the Year Tercalon
Worldwide Fans’ Choice Top 10 Tercalon
11th Melon Music Awards Best Music Video "What Are You Up To" (뭐해) Menang
Hot Trend N/A Tercalon
2020 34th Golden Disc Awards Rookie of the Year Tercalon
Popularity Award Tercalon
29th Seoul Music Awards Main Award Color on Me Tercalon
Dance Performance Award "Touchin'" Tercalon
Popularity Award Color on Me Tercalon
K-Wave Award Tercalon
Ten Asia Global Top Ten Awards Popularity Award (South Korea) N/A Menang
Popularity Award (Singapore) Menang
Popularity Award (Vietnam) Menang
Global Popularity Award Menang
2nd The Fact Music Awards Fan N Star Choice Award (Individual) Menang
Fan N Star Most Votes Award (Individual) Menang
5th Brand Customer Loyalty Award Male Solo Singer Menang

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Sebagai ahli Wanna One sahaja.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jung, Kyung-won (May 31, 2018). "[공식입장] 워너원, 5월 끝으로 소속사 변경…YMC 떠나 전담회사 스윙엔터로". Osen (dalam bahasa Korea). Dicapai pada December 17, 2018.
  2. ^ http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20170618000297
  3. ^ https://www.sbs.com.au/popasia/blog/2018/08/07/8-incredible-achievements-wanna-ones-year-together
  4. ^ http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20190610000633
  5. ^ https://channels.vlive.tv/C7A6F1/vtoday/0.11589978
  6. ^ https://www.sbs.com.au/popasia/blog/2019/07/30/kang-daniel-sets-new-solo-artist-sales-record-south-korea
  7. ^ "Kang Daniel sets new solo artist sales record in South Korea". SBS. July 30, 2019. Dicapai pada December 20, 2019.
  8. ^ Osen (August 4, 2019). "Kang Daniel broke all-time record of 1st week album sales by soloists". V Live. Dicapai pada December 20, 2019.
  9. ^ http://entertain.naver.com/read?oid=311&aid=0000764312
  10. ^ https://www.youtube.com/watch?v=Ee6ejnDQtCk
  11. ^ "Kang Daniel to Sing His First-ever Drama OST for 'Backstreet Rookie'". SBS News. June 15, 2020. Dicapai pada June 20, 2020.
  12. ^ "KCON:TACT Artist Announcement – Kang Daniel". KCON USA. May 30, 2020. Dicapai pada June 21, 2020.
  13. ^ "'펩시 온라인 쇼케이스' 27일 개최…강다니엘→뉴이스트 황금 라인업 [공식]". Sports Donga (dalam bahasa Korea). June 5, 2020. Dicapai pada June 15, 2020.
  14. ^ "[Fan Meeting] KANG DANIEL Celebrates the 1st Solo Debut Anniversary with the Ontact Fan Meeting DAN1TYST". Hanteo News. June 30, 2020. Dicapai pada July 1, 2020.
  15. ^ "[단독] 강다니엘, 8월 3일 전격 컴백…다니티 모여라". XportsNews via Naver (dalam bahasa Korea). July 5, 2020. Dicapai pada July 5, 2020.
  16. ^ "[속보] 강다니엘(KANG DANIEL), 솔로 데뷔 이후 앨범 전체 누적 판매량 백만 장 돌파 (한터차트 공식)". Hanteo News (dalam bahasa Korea). August 6, 2020. Dicapai pada August 6, 2020.
  17. ^ "강다니엘, 'Waves' 티저 이미지 기습 공개..사이먼 도미닉-제이미 피처링". Herald Pop via Naver (dalam bahasa Korea). July 23, 2020. Dicapai pada July 23, 2020.