Kang Seul-gi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini memaparkan nama orang Korea; nama keluarganya Kang.
Kang Seul-gi
Kang Seul-gi at ORD Airport on April 30, 2018.jpg
Kang pada bulan April 2018
Nama asal강슬기
KelahiranKang Seul-gi
(1994-02-10) 10 Februari 1994 (umur 25)
Ansan, Gyeonggi, Korea Selatan
PekerjaanPenyanyi
Kerjaya muzik
GenreK-pop
InstrumenVokal
Tahun aktif2014–sekarang
Syarikat rakaman
SM Entertainment
Kegiatan berkaitan
Nama Korea
Hangul슬기
Hanja슬기
Perumian SemakanGang Seul-gi
McCune–ReischauerKang Sŭlki

Kang Seul-gi (lahir 10 Februari 1994), dikenali sebagai Seulgi, ialah seorang penyanyi wanita Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan wanita Korea Selatan, Red Velvet.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Kang lahir pada 10 Februari 1994 di Ansan, Gyeonggi.[1] Beliau belajar di Sekolah Menengah Ansan Byeolmang dan menghadiri Sekolah Seni Persembahan Seoul. Beliau boleh bercakap dalam Bahasa Korea dan Jepun.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Awal kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kang mula berlatih di SM Entertainment pada tahun 2007. Pada 2 Disember 2013, beliau merupakan salah seorang daripada tiga pelatih yang diperkenalkan kepada orang awam melalui projek pra-debut SM Entertainment, SM Rookies bersama Jeno dan Taeyong yang kini merupakan ahli NCT.[2][3] Pada bulan Julai 2014, beliau ditampilkan di dalam lagu Henry Lau, "Butterfly" dari album mini Fantastic. Beliau juga muncul di dalam video muzik lagu tersebut.[4] Pada 1 Ogos 2014, Kang membuat debut rasmi sebagai ahli Red Velvet.[5]

2015–sekarang[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Januari 2015, beliau membintangi sebuah teater muzikal, SM Entertainment School Oz dengan melakonkan watak utama, Dorothy.[6] Dari bulan April sehingga Mei, beliau merupakan sebahagian daripada rancangan aneka ragam JTBC, Off to School.[7]

Pada bulan Julai 2016, beliau mengeluarkan lagu "Don't Push Me" bersama Wendy sebagai sebahagian daripada runut bunyi drama KBS2, Uncontrollably Fond.[8] Pada bulan Oktober 2016, Kang muncul di dalam King of Mask Singer sebagai seorang peserta di bawah nama Cinema Heaven.[9]

Kang mengeluarkan lagu "You, Just Like That" yang digubah oleh Yoon Sang sebagai lagu tema Blade & Soul pada 18 November. Kang bersama Wendy dan artis-artis SM yang lain mengeluarkan sebuah lagu bertajuk "Sound of Your Heart" untuk SM Station pada 30 Disember.[10]

Pada bulan Januari 2017, beliau mengeluarkan lagu "You're the Only One I See" bersama Wendy untuk runut bunyi drama KBS2, Hwarang: The Poet Warrior Youth.[11] Beliau mengeluarkan sebuah lagu duet bertajuk "Darling U" bersama Yesung dari Super Junior pada 22 Januari sebagai sebahagian daripada SM Station.[12]

Pada bulan Februari 2018, Seulgi telah disahkan akan menyertai barisan ahli untuk Law of the Jungle in Mexico.[13] Pada bulan April, Seulgi telah disahkan akan menjadi sebahagian daripada rancangan aneka ragam JTBC, Secret Unnie bersama Sunmi.[14] Seulgi juga ditampilkan di dalam lagu solo Moonbyul, "Selfish", yang dikeluarkan pada 23 Mei 2018.[15]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Diskografi Red Velvet
Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Jualan Album
KOR CHN
Alibaba
Kolaborasi
"Sound of Your Heart"
(bersama Wendy / Sunny / Luna / Yesung / Taeil / Doyoung)
2016 N/A S.M. Station Musim 1
"Darling U"
(bersama Yesung)
2017
"Our Story"
(bersama Chiyeol)
28
  • KOR: 56,079+
Fall in, girl Vol. 3
"Doll"
(bersama Kangta dan Wendy)
N/A S.M. Station Musim 2
Penampilan runut bunyi
"Don't Push Me"
(bersama Wendy)
2016 25
  • KOR: 182,984+
Uncontrollably Fond OST
"I Can Only See You"
(bersama Wendy)
2017 80
  • KOR: 24,912+
Hwarang OST
"Deep Blue Eyes"
(sebagai Girls Next Door)
  • KOR: 16,514+
Idol Drama Operation Team OST
"You, Just Like That" N/A Blade & Soul OST
Sebagai artis duet
"Butterfly"
(Henry Lau feat. Seulgi)
2014
  • KOR: 14,070+
Fantastic
"Drop"
(Mark Lee feat. Seulgi)
2017 93
  • KOR: 46,443+
High School Rapper FINAL
"Heart Stop"
(Tae-min feat. Seulgi)
16 N/A Move
"Selfish"
(Moonbyul feat. Seulgi)
2018 84 N/A Selfish

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2015 SMTown: The Stage Diri sendiri Filem dokumentari SM Town

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran Peranan Nota
2016 Descendants of the Sun KBS2 Diri sendiri Kameo

Rancangan televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran Peranan Nota
2017 Idol Drama Operation Team
KBS
Ahli
2018 Law of the Jungle
SBS
Episod Mexico
Secret Unnie JTBC

Teater muzikal[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2014–2015 School Oz Dorothy Peranan utama

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2017 "Darling U"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kim Sung Joo (10 April 2015). Kim Sung Joo's Music Plaza (dalam bahasa Korea). KBS. KBS Cool FM. 
  2. ^ "'SM, 프리데뷔팀 'SMROOKIES(에스엠루키즈)' 런칭!!". SMTOWN (dalam bahasa Korea). 3 Disember 2013. Diarkibkan daripada asal pada 6 Mac 2016. Dicapai 29 November 2017. 
  3. ^ "'SM루키즈' 슬기, 미모+실력파 연습생…"제2의 태연"". dongA (dalam bahasa Korea). 3 Disember 2013. Dicapai 29 Oktober 2016. 
  4. ^ Choi Jin-sil (8 Ogos 2014). "8월의 특급 루키 소개서 ① 레드벨벳". 10asia (dalam bahasa Korea). Dicapai 29 Oktober 2016. 
  5. ^ Sohn Ji-young (28 Julai 2014). "SM Entertainment debuts new girl group Red Velvet". The Korea Herald. Dicapai 29 Oktober 2016. 
  6. ^ Lim Jeong-yeo (8 Januari 2015). "TVXQ, SHINee, EXO, f(x) to star in hologram musical 'School OZ'". K-Pop Herald. Dicapai 29 Oktober 2016. 
  7. ^ Yang So-young. '학교다녀오겠습니다' 레드벨벳 슬기에서 허각까지, 아쉬운 이별의 순간들 TV Daily, 6 Mei 2015. Dicapai 29 Oktober 2016.
  8. ^ Yang So-young (22 Julai 2016). "[실시간 음원차트] SM 'STATION' 에프엑스 'All Mine' 1위 자리 유지...'함부로애틋하게' OST 선전". Star Seoul TV (dalam bahasa Korea). Dicapai 29 Oktober 2016. 
  9. ^ Sun Mi-kyung. 레드벨벳 슬기 "'복면가왕' 출연 고심, 날 성장시킬 기회" Korea Daily, 3 Oktober 2016. Dicapai 29 Oktober 2016.
  10. ^ "SM스테이션 신곡 '너의 목소리' MV, 희망 담은 애니메이션으로 제작". Xportnews. 29 Disember 2017. Dicapai 6 Januari 2016. 
  11. ^ "레드벨벳 웬디·슬기 '화랑' OST 합류…'너만 보여' 음원 공개". Nate (dalam bahasa Korea). 2 Januari 2017. Dicapai 3 Januari 2017. 
  12. ^ "Super Junior's Yesung and Red Velvet's Seulgi to sing a duet for next 'SM Station' release!". Allkpop. 17 Januari 2017. Dicapai 25 Jun 2018. 
  13. ^ "WINNER's Lee Seung Hoon And Red Velvet's Seulgi Confirmed For "Law Of The Jungle"". Soompi. 22 Februari 2018. Dicapai 25 Jun 2018. 
  14. ^ "Watch: Sunmi And Red Velvet's Seulgi Show Their New Friendship And Increase Excitement For Reality Show". Soompi. 25 April 2018. Dicapai 25 Jun 2018. 
  15. ^ "MAMAMOO's Moonbyul Confirmed To Make Solo Debut With MV Featuring Red Velvet's Seulgi". Soompi. 10 April 2018. Dicapai 25 Jun 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]