Kangen Band

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kangen Band
KangenBandBaru.jpg
Kangen Band bersama vokalis terbaru mereka Reyhan (tengah).
Latar belakang
Berasal dariLampung, Indonesia
GenrePop
PekerjaanVokal/ Band
Tahun aktif2006 - sekarang
Syarikat rakaman
Warner Music Indonesia (2006-sekarang)
Pengkarya berkait
Berkumpulan
AhliReyhan (vokal)
Tama (gitar)
Baim (dram)
Rezka (gitar)
Dodhy (gitar)
Bebe (gitar bes)
Izzy (keyboard)
Bekas ahliAndika (vokal)
Lim (dram)

Kangen Band ialah sebuah kumpulan muzik dari Indonesia. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2005 di Lampung.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kangen Band ditubuhkan di Lampung pada tahun 2005 oleh Dodhy, Tama, Nory, Andika, Lim dan Barry. Pada tahun 2007 mereka mengeluarkan album sulung mereka berjudul Tentang Aku, Kau, Dan Dia. Dua lagu dalam album itu, Tentang Bintang dan Selingkuh menjadi hit dan popular di kalangan peminat. Selain itu, Kangen Band juga berjaya masuk sebagai band favorite pada SCTV Award 2007. Pada tahun yang sama, mereka berlakon sebuah sinetron berjudul Aku Memang Kampungan yang menceritakan tentang perjalanan karier mereka.

Pada tahun 2008, Kangen Band melancarkan dua album sekaligus iaitu Yang Sempurna merupakan repackage dari album pertama dan Bintang 14 Hari album baharu. Album Bintang 14 Hari menyajikan genre muzik yang berbeza dengan menampilkan unsur Melayu dan unsur Jawa. Di dalam album itu juga, Ka ngen Band menarik lagu Andi Bayau dengan backing vokal Eren.

Pada Mei 2009, Kangen Band merilis album ketiga mereka berjudul Pujaan Hati, dengan lagu hitnya ialah Terbang Bersamaku dan Pujaan Hati. Pada bulan Julai 2012, Andika mengundurkan diri dari Kangen Band kerana tidak mahu membayar denda Rp1 Million kepada Warner Music kerana bergerak solo di luar label Warner Music.

Selepas Andika keluar, akhirnya Kangen Band mencari vokalis baru untuk menggantikan kedudukan Andika. Setelah melakukan uji bakat dengan peserta sebanyak 5000. Akhirnya Kangen Band mendapatkan vokalis baru bernama Reyhan.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Tentang Aku, Kau & Dia (2007)
  • Yang Sempurna (Repackage) (2008)
  • Bintang 14 Hari (2008)
  • Pujaan Hati (2009)
  • Jangan Bertengkar (2011)
  • The Best of Kangen Band (2013)
  • Dahulu Memakai Nafsu (2014)

Single[sunting | sunting sumber]

  • Sudah Ku Bilang (2015)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

  • Minggu Pagi di Victoria Park (2010)

Drama televisyen[sunting | sunting sumber]

  • Aku Memang Kampungan (2007)

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada tarikh Mac 2011, semua anggota Kangen Band Dodhy, Andika, Tama, Lim, Nory dan Barry ditangkap atas tuduhan menggunakan dadah. Salah satu dari anggota Kangen Band bebas dari dadah berdasarkan test urine. Andika dan Izzy ditahan manakala anggota yang lain bebas dari tuduhan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]