Kanggaru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kanggaru[1]
Kanggaru Kelabu Timur betina dengan anaknya
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mamalia
Subkelas: Marsupialia
Order: Diprotodontia
Suborder: Macropodiformes
Keluarga: Macropodidae
Genus: Macropus

Macropus rufus
Macropus giganteus
Macropus fuliginosus
Macropus antilopinus

Kangaroo ialah sejenis marsupial yang tergolong dalam famili Macropodidae. Dalam kegunaan am istilah ini digunakan untuk menghuraikan spesis terbesar dalam famili tersebut, iaitu Kanggaru Merah, Kanggaru Antelop, dan Kanggaru Kelabu Timur dan Barat dalam genus Macropus. Famili tersebut juga merangkumi banyak spesis yang lebih kecil termasuk walabi, kanggaru pokok, walaroo, pademelon dan Quokka, iaitu jumlahnya 63 spesis yang hidup.[1] Kanggaru adalah endemik kepada benua Australia, manakala makropod yang lebih kecil ditemui di Australia dan New Guinea.

Secara amnya, kanggaru yang lebih besar lebih mampu menyesuaikan diri kepada perubahan yang dibawa ke landskap Australia oleh manusia, sementara kebanyakan saudaranya yang lebih kecil pula diancam kepupusan. Namun, timbul juga kontroversi mengenai penternakan kanggaru untuk dagingnya.

Kanggaru merupakan satu ikon negara Australia: haiwan ini sering ditampilkan pada jata Australia,[2] diadun pada sesetengah bentuk matawang,[3] dan juga digunakan oleh kebanyakan pertubuhan Australia, termasuk syarikat penerbangan Qantas.[4]

Istilah[sunting | sunting sumber]

Perkataan kanggaru (atau asalnya kangaroo dalam bahasa Inggeris) berasal daripada perkataan bahasa Guugu Yimidhirr gangurru yang merujuk kepada kanggaru kelabu.[5] Nama tersebut julung kalinya dicatat sebagai "Kangooroo or Kanguru" pada 4 Ogos 1770, oleh Leftenan (kemudian Kapten) James Cook di tepi Sungai Endeavour di atas tanah yang kini menjadi pekan Cooktown, apabila kapal HM Bark Endeavour berdarat selama hampir tujuh minggu untuk membaiki kerosakan yang dialami di atas Great Barrier Reef.[6]

Salah satu legenda terkenal mengenai nama kanggaru ialah bahawa perkataan tersebut berasal daripada ayat bahasa pribumi yang bermaksud "Saya tidak faham kamu." Menurut cerita ini, Kapten James Cook dan ahli alamiah Sir Joseph Banks sedang menerokai Australia apabila mereka menemui haiwan terbabit. Mereka menanya seorang tempatan berdekatan mereka apa nama makhluk itu. Orang tempatan itu menjawab "Kangaroo", yang bermaksud "Saya tidak faham kamu", lalu Cook mengambil apa yang didengarnya dari mulut orang tempatan itu menjadi nama haiwan ini.[perlu rujukan]

Tidak lama kemudian, Kangaroo diterapkan dalam perbendaharaan kata bahasa Inggeris di mana perkataan ini diberi erti mana-mana ahli famili keluarga dan walabi. Kanggaru jantan digelar buck, boomer, jack, atau old man; yang betina pula doe, flyer, atau jill, dan anak kanggaru dipanggil joey.[7] Kata nama kelompok bagi kanggaru ialah kawan dalam bahasa Melayu, dan mob, troop, atau court dalam bahasa Inggeris. Kanggaru sering digelar secara basahan sebagai roo.[8]

Kanggaru dalam budaya masa kini[sunting | sunting sumber]

Imej kanggaru sering ditemui pada syiling, jata dan logo yang berkenaan dengan Australia, serta juga dijadikan maskot. Banyak pasukan sukan Australia dinama sempena kanggaru. Kanggaru juga banyak ditemui dalam filem, televisyen, mainan dan cenderamata di seluruh dunia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Dawson, Terence J. 1995. Kangaroos: Biology of the Largest Marsupials. Cornell University Press, Ithaca, New York. Second printing: 1998. ISBN 0-8014-8262-3.
  • Flannery, Timothy Fridtjof, et al. 1996. Tree Kangaroos: A Curious Natural History. Reed Books, Melbourne. ISBN 0-7301-0492-3
  • Underhill D. 1993. Australia's Dangerous Creatures, Reader's Digest, Sydney, New South Wales, ISBN 0-86438-018-6
  • Weldon, Kevin. 1985. The Kangaroo. Weldons Pty. Ltd., Sydney. ISBN 0-949708-22-4

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Groves, Colin (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed.). ed. Mammal Species of the World (edisi ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 64 & 66. ISBN 0-801-88221-4. 
  2. Australia's coat of arms URL dicapai 6 Januari 2007.
  3. The Australian currency URL dicapai 6 Januari 2007.
  4. The Kangaroo symbol URL dicapai 6 Januari 2007.
  5. Etymology of mammal names URL dicapai 7 Januari 2007.
  6. "Kangaroo - Captain Cook's Journal". Project Gutenberg. http://www.gutenberg.org/files/8106/8106-h/8106-h.htm#ch8. Capaian 2006-12-31. 
  7. Animal Bytes: Kangaroo and Wallaby URL accessed January 7, 2007.
  8. "Roo". Compact Oxford English Dictionary. Ask Oxford.com. http://www.askoxford.com/concise_oed/roo?view=uk. Capaian 2006-12-31. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]