Tengku Zubaidah binti Tengku Norudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kangsadan Phiphitphakdi)
Tengku Zubaidah
Tengku Ampuan Mahkota Kelantan
Tempoh pemerintahan2004 – 2008
PendahuluTengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid (sebagai Tengku Ampuan Mahkota)
PenggantiChe Puan Sofie Louise Johansson Petra (sebagai Che Puan Mahkota)
KeputeraanKangsadal Pipitpakdee
1979 (umur 44–45)
Istana Jering, Pattani, Thailand
PasanganSultan Muhammad V (k. 2004; c. 2008)
KerabatKerabat Diraja Pattani
AyahandaWairot Phiphitphakdee (Tengku Norudin bin Tengku Muda)
BondaYaowalak Phiphiphakdi (Cik Jamilah binti Cik Abdullah)
AgamaIslam

Yang Mulia Tengku Zubaidah binti Tengku Norudin (Jawi: تڠکو زبيدة بنت تڠکو نورالدين) atau Kangsadal Pipitpakdee (Bahasa Thai: กังสดาล พิพิธภักดี) merupakan kerabat diraja Pattani yang berketurunan Melayu dari Thailand. Beliau adalah bekas isteri kepada Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan ke-29.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Tengku Zubaidah ialah anak ketiga kepada pasangan Wairot Phiphitphakdi (atau Tengku Norudin bin Tengku Muda) dan Yaowalak Phiphitphakdi (atau Cik Jamilah binti Cik Abdullah). Wairot merupakan bekas ahli politik Thailand dari Parti Thai Rak Thai dan pernah menjadi ahli Parlimen Pattani selama lima penggal[1]. Tengku Zubaidah dilahirkan pada 1979 di Istana Diraja Jering, Pattani.

Keluarga Tengku Zubaidah merupakan keturunan kerabat diraja Pattani yang pernah memimpin Pattani sebelum ditakluk Thailand pada 1902[2]. Bapanya, Wairot ialah anak kepada Phra Phiphitphakdi (Tengku Muda Abdul Putra) dan isteri ketiganya Sawas (dahulu Darachat), yang merupakan warga Thai berketurunan Cina dari Bangkok[3]

Tengku Zubaidah ialah sepupu kepada Tengku Anis, bonda Tengku Muhammad Faris Petra. Bapanya, Wairot ialah saudara tiri kepada bapa Tengku Anis, Tengku Abdul Hamid bin Tengku Muda Abdul Putra.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tengku Zubaidah melanjutkan pengajian di Sekolah Demonstrasi Universiti Prince of Songkla dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Mahidol, Bangkok pada 2003.[4][5]

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Tengku Zubaidah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Muhammad Faris Petra, Tengku Mahkota Kelantan[6] pada 15 November 2004. Semenjak itu, beliau memakai gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Ampuan Mahkota Kelantan. Pasangan bakal raja ini bercerai pada 2008 dan tidak dikurniakan cahaya mata[7].

Majlis perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Tengku Zubaidah dan Tengku Muhammad Faris Petra diijabkabulkan di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan. Perkahwinan mereka turut dihadiri Permaisuri Sirikit, Permaisuri Thailand, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dan Menteri Luar Negeri Thailand, Surakiart

Keturunan[sunting | sunting sumber]

[8].

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Anak ahli parlimen berkahwin dengan Putera Mahkota Kelantan". Dailynews Thailand (dalam bahasa Thai). เดลินิวส์. 22 Oktober 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2004. Dicapai pada 2 Ogos 2022.
  2. ^ "Kangsadal Pipitpakdee @ Tengku Zubaidah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-28. Dicapai pada 2010-08-22.
  3. ^ Chureerat Buakaew. Wang 7 Hua Muang (Pattani) (PDF) (PDF). Kampus Pattani: Pattani: Prince of Songkla University. m/s. 92.
  4. ^ "Kelantan abuzz with talk of royal wedding". The Star. 22 October 2004. Dicapai pada 13 May 2011.
  5. ^ "Last single Malaysian crown prince gets hitched". Taipei Times. November 17, 2004. Dicapai pada 2010-08-22.
  6. ^ เรื่องราวดุจเทพนิยายของ "เจ้าหญิง" กังสดาล แห่งรัฐกลันตัน
  7. ^ "Marriage on the cards for Sultan Kelantan". New Straits Times. 2011-05-05. Dicapai pada 2011-05-13.
  8. ^ "Malaysian prince marries Thai graduate". Sydney Morning Herald. November 17, 2004. Dicapai pada 2 Ogos 2022.