Kankuro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kankuro adalah salah satu watak dalam siri anime dan manga Naruto.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Kankuro ialah anak kedua bagi Kazekage Keempat. Maka, Kankuro ialah abang kepada Gaara dan adik kepada Temari. Kankuro dipaparkan sebagai seorang yang tidak menggemari kanak-kanak, seperti yang ditunjukkan dalam satu episod apabila dia mencemuh kehadiran budak-budak kecil di Konoha.

Karasu, salah satu boneka Kankuro dalam koleksinya

Kankuro mahir mengendalikan boneka dan sentiasa menambahkan koleksi bonekanya dari masa ke masa. Pada mulanya, Kankuro hanya memiliki sebuah patung, Karasu yang dikendong di belakang. Kankuro boleh bertukar tempat dengan Karasu bila-bila masa untuk mengelirukan pihak lawan. Karasu digunakan untuk menyerang pihak lawan dan telah dipasang dengan pelbagai senjata. Kemudian, Kankuro menambah dua boneka lagi kepada simpanannya iaitu Sanshuou dan Kuroari untuk berganding bahu dengan Karasu. Solekan pada mukanya mungkin berubah dengan perkembangan potensi dan keupayaan pertarungannya. Templat:Endspoiler

Sumber-sumber[sunting | sunting sumber]

  • Buku Data Rasmi Pertama (Jepun: 秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hepburn: Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Kedua (Jepun: 秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hepburn: Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (Jepun: 秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hepburn: Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (Jepun: 秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hepburn: Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.