Barah peparu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kanser paru-paru)
Barah peparu
Pengelasan dan sumber luaran
Keratan rentas paru-paru manusia. Kawasan putih dibahagian lobe atas adalah barah; kawasan hitam menunjukkan pesakit merupakan perokok.
ICD-10C33-C34
ICD-9162
P. Data Penyakit7616
MedlinePlus007194
eMedicinemed/1333 med/1336 emerg/335 radio/807 radio/405 radio/406
MeSHD002283
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Barah peparu, juga dikenali sebagai karsinoma paru-pari atau karsinoma pulmonari, adalah tumor mengancam (malignant tumour) pada paru-paru. Ia bercirikan pertumbuhan sel luar kawal pada tisu paru-paru. Sekiranya dibiarkan tanpa dirawat, pertumbuhan ini mampu merebak di luar paru-paru melalui proses metastasis pada tisu berhampiran atau bahagian lain badan. Kebanyakan barah yang bermula pada paru-paru, dikenali sebagai barah paru-paru utama, adalah carcinomas yang terhasil dari sel epithelial. Jenis paling utama adalah karsinoma paru-paru sel kecil (" small-cell lung carcinoma - SCLC ") dan karsinoma paru-paru sel bukan kecil (" non-small-cell lung carcinoma - NSCLC "). Simptom paling biasa adalah batuk (termasuk batuk berdarah), kehilangan berat badan, nafas pendek, dan sakit dada.[1] Paling biasa adalah bronchogenic carcinoma (sekitar 90%). Barah paru-paru adalah tumor mengancam yang paling bahaya di seluruh dunia, menyebabkan sehingga 3 juta kematian setahun.


Sebahagian besar kes barah paru-paru (80–90%) adalah disebabkan oleh pendedahan jangka panjang pada merokok tembakau.[1][2] Sekitar 10–15% kes berlaku pada orang yang tidak pernah merokok.[3] Kes-kes ini sering kali disebabkan oleh gabungan faktor genetik.[4] dan pendedahan pada gas radon,[4] asbestos,[5] atau bentuk lain pencemaran udara,[4] termasuk asap terpakai ("second-hand smoke").[6][7] Barah paru-paru boleh dilihat pada radiograf dada dan imbasan computed tomography (CT) scans. Diagnosis disahkan melalui biopsy[8] yang biasanya dilakukan dengan penggunaan bronchoscopi atau panduan-CT.


Rawatan dan kesan jangka panjang biasanya bergantung pada jenis barah, tahap (tahap merebak), dan kesihatan keseluruhan seseorang, diukur melalui status prestasi> Rawatan biasa termasuk pembedahan, chemotherapy, dan rawatan radiasi radiotherapi. NSCLC kadang kala dirawat melalui pembedahan, manakala SCLC biasanya bertindak balas lebih baik pada chemotherapy dan radiotherapi.[9] Keseluruhan, 16.8% dari orang di Amerika Syarikat di diagnosis dengan barah paru-paru masih hidup lima tahus selepas diagnosis,[10] sementara kesan pada purata adalah lebih buruk di dunia membangun. Di seluruh dunia, barah par-paru merupakan punca paling biasa bagi kematian berkait barah pada lelaki dan perempuan, dan bertanggung jawab bagi 1.56 juta kematian setiap tahun, pada 2012.[11]

Tanda dan simptom[sunting | sunting sumber]

Tanda dan simptom yang ungkin mencadangkan barah paru-paru termasuk:[1] Tanda-tanda biasa termasuk:

  • batuk darah atau bahan paru-paru
  • batuk teruk yang kronik
  • nafas bersiul
  • sakit dada
  • kehilangan berat badan atau kehilangan selera makan
  • pendek nafas.
  • Simptom pernafasa: batuk, batuk berdarah, nafas bersiul atau pendek nafas
  • Simptom sistemik: hilang berat badan, demam, kuku bentan ("Nail clubbing"), atau kelesuan.
  • Simptom akibat jisim barah menekan struktur berhampiran: sakit dada, sakit tulang, halangan superior vena cava, kesukaran menelan.

Sekiranya barah membesar pada laluan udara, ia mungkin menyekat aliran udara, menyebabkan kesukaran bernafas. Sekatan boleh mengakibatkan pengumpulan rembesan di belakang halangan, dan kecenderungan pada paru-paru berair.[1]

Bergantung pada jenis tumor, fenomena paraneoplastik—simptom yang tidak disebabakan oleh kehadiran barah tempatan—mungkin pada awalnya menarik perhatian pada penyakit tersebut.[12] Pada barah paru-paru, fenomena ini mungkin termasuk sindrom myasthenic Lambert–Eaton (kelemahan otot akibat masalah autoimmunisasi), hipercalcemia, atau syndrome of inappropriate antidiuretic hormone (SIADH, abnormally concentrated urine and diluted blood). Tumor pada puncak paru-paru, dikenali sebagai tumor Pancoast, mungkin menceroboh bahagian tempatan pada sistem saraf simpathetik, mendorong pada sindrom Horner (dropping of the eyelid and a small pupil on that side), termasuk juga kerosakan pada brachial plexus.[1]

Kebanyakan simptom barah paru-paru (hilang selera makan, hilang berat badan, demam, kelesuan) tidak khusus.[8] Bagi kebanyakan orang, barah telah pun merebak melampaui tapak asal menjelang masa mereka menunjukkan simptom dam mendapatkan rawatan perubatan.[13] Simptom mencadangkan kehadiran penyakit metastatik termasuk hilang berat badan, sakit tulang dan simptom neurologikal (sakit kepala, pitam, convulsions, atau lemah anggota).[1] Tapak biasa ia merebak termasuk otak, tulang, kelenjar adrenal, paru-paru bersebelahan, pericardium, dan buah pinggangs.[13] Sekitar 10% dari orang yang mengidap barah paru-paru tidak menunjukkan simptom ketika diagnosis; barah ini dijumpai secara tidak sengaja semasa radiografi dada biasa.[14]

Punca[sunting | sunting sumber]

Graf menunjukkan bagaimana peningkatan umum pada jualan barangan tembakau di USA pada empat abad pertama pada kurun ke- 20 (rokok bagi setiap orang setahun) mendorong pada peningkatan pantas kadar barah paru-paru semasa 1930s, '40-an dan '50-an (kematian barah paru-paru setiap 100,000 populasi lelaki setiap tahun)

Merokok[sunting | sunting sumber]

Keratan rintang paru-paru manusia: Bahagian putih di lobe atas adalah barah; bahagian hitam merupakan bertukar warna akibat merokok.

Merokok, terutamanya rokok, setakat ini merupakan penyumbang utama pada barah paru-paru.[15] Asap rokok mengandungi sekurang-kurangnya 73 karsinogen yang diketahui,[16] termasuk benzo[a]pyrene,[17] NNK, 1,3-butadiene dan isotop radioaktif bagi polonium, polonium-210.[16] Sepanjang dunia membangun, 90% kematian barah paru-paru pada lelaki sepanjang tahun 2000 disandarkan kepada tabiat merokok (70% bagi wanita).[18] Merokok merangkumi 80–90% kes barah paru-paru.[1]

Perokok pasif—menghidu asap dari asap rokok orang lain—merupakan punca barah paru-paru pada bukan perokok. Perokok pasif boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang duduk atau bekerja bersama perokok. Kajian dari US,[19][20][21] Eropahe[22] and the UK[23] secara berterusan menunjukkan peningkatan risiko ketara dikalangan mereka yang terdedah pada asap pasif.[24] Risiko mereka yang hidup bersama seseorang yang merokok meningkat sebanyak 20–30%sementara risiko mereka yang berada dalam persekitaran yang ada asap rokok pasif meningkat sebanyak 16–19%.[25] Penyiasatan pada asap aliran sisi ("sidestream smoke") mencadangkan bahawa ia adalah lebih merbahaya berbanding perokok langsung.[26] Asap pasif menyebabkan sekitar 3,400 kematian akibat barah paru-paru setiap tahun di Amerika Syarikat.[21]

Asap marijuana mengandungi kebanyakan karsinogen yang sama sebagaimana yang terdapat dalam asap tembakau.[27] Bagaimanapun kesan merokok ganja pada risiko barah paru-paru adalah tidak jelas.[28][29] Penilaian 2014 mendapati bahawa merokok cannabis menggandakan risiko barah paru-paru.[30]

Gas Radon[sunting | sunting sumber]

Radon adalah gas tanpa warna dan bau yang terhasil akibat penguraian radium radioaktif hasil penguraian uranium yang terdapat pada kerak Bumi. Hasil penguraian radiasi menghasilkan bahan genetik berion, menyebabkan mutasi yang kadang-kala menyebabkan barah. Radon merupakan punca kedua paling biasa penyebab barah paru-paru di Amerika Syarikat,[31] menyebabkan sekitar 21,000 kematian setiap tahun.[32] Risiko meningkat 8–16% bagi setiap 100 Bq/ peningkatan pada kepekatan radon.[33] Tahap gas Radon berbeza menurut keadaan tempatan dan komposisi tanah dan batu lapisan bawah. Sekitar satu dari 15 rumah di Amerika Syarikat memiliki tahap radon melebihi cadangan garis panduan bagi 4 picocurie setiap liter (pCi/l) (148 Bq/m³).[34]

Asbestos[sunting | sunting sumber]

Asbestos mampu menyebabkan pelbagai penyakit paru-paru, termasuk barah paru-paru. Merokok tembakau dan asbestos memiliki kesan sinergi synergistic pada pembentukan barah paru-paru.[5] Pada perokok bekerja dengan asbestos, risiko mendapat barah paru-paru meningkat 45-kali ganda berbanding populasi awam.[35] Asbestos turut mampu menyebabkan barah pleura, yang dikenali sebagai mesothelioma (yang berbeza berbanding barah paru-paru).[36]

Pencemaran udara[sunting | sunting sumber]

Pencemaran udara luar memiliki kesan kecil pada peningkatan risiko mendapat barah paru-paru.[4] Fine particulates (PM2.5) and sulfate aerosols, which may be released in traffic exhaust fumes, are associated with slightly increased risk.[4][37] Bagi nitrogen dioxide, peningkatan bertingkat 10 bahagian per sejuta meningkat risiko barah paru-paru sebanyak 14%.[38] Pencemaran udara luar dianggarkan bertanggungjawab bagi 1–2% barah paru-paru.[4]

Terdapat sedikit bukti yang menyokong peningkatan barah paru-paru akibat pencemaran udara dalaman berkait dengan membakar kayu, arang, najis atau sisa tanaman bagi memasak atau pemanasan.[39] Wanita yang terdedah pada asap arang batu dalaman memiliki dua ganda risiko dan sejumlah keluaran sampingan hasil pembakaran jisim bio diketahui atau disyaki sebagai karsinogen.[40] Risiko ini menjejaskan sekitar 2.4 bilion orang sejagat,[39] dan dipercayai bertanggung jawab bagi 1.5% kematian akibat barah paru-paru.[40]

Genetik[sunting | sunting sumber]

Sekitar 8% barah paru-paru disebabkan oleh faktor warisan.[41] Pada saudara pesakit barah paru-paru, risiko meningkat 2.4 ganda. Ini kemungkinannya disebabkan oleh gabungan gen.[42] Polymorphisms pada khromosome 5, 6 dan 15 diketahui sebagai menjejaskan risiko mengalami barah paru-paru.[43]

Punca lain[sunting | sunting sumber]

Pelbagai bahan lain, pekerjaan dan pendedahan persekitaran telah dikaitkan dengan barah paru-paru. Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Barah ("International Agency for Research on Cancer" - IARC) menyatakan bahawa terdapat "bukti mencukupi " bagi menunjukkan bahan berikut merupakan karsinogenik pada paru-paru:[44]

  • Sesetengah logam (hasilan aluminum, kadmium dan sebatian kadmium, sebatian khromium(VI), beryllium dan sebatian beryllium, besi dan logam asas ("founding"), sebatian nikel, arsenik dan sebatian arsenik bukan organik, lombong hematit bawah tanah)
  • Sesetengah hasil bagi pembakaran (pembakaran tidak sempurna, arang batu (keluaran dalam rumah hasil pembakaran arang batu rumah), penggasan arang batu, minyak tar-arang batu, penghasilan kok, jelaga, eksos enjin diesel)
  • Radiasi mengionkan (radiasi-X, radiasi gama, plutonium)
  • Sesetengah gas toxik (methyl ether (gred tekhnikal), Bis-(chloromethyl) ether, sulfur mustard, MOPP (vincristine-prednisone-nitrogen mustard-procarbazine mixture), wap dari cat)
  • Pengeluaran getah dan habluran debu silika

Pathogenesis[sunting | sunting sumber]

Sama seperti baran yang lain, barah paru-paru dimulakan oleh pengaktifan onkogene atau nyahaktif gen pemendam tumor.[45] Bahan karsinogen menyebabkan mutasi pada gen ini yang mencetuskan perkembangan barah.[46]

Mutasi pada K-ras proto-oncogene adalah bertanggung jawab bagi 10–30% adenocarcinomas paru-paru.[47][48] About 4% of non-small-cell lung carcinomas involve an EML4-ALK tyrosine kinase fusion gene.[49]

Perubahan epigen—seperti perubahan pemetilan DNA , perubahan ekor histon, atau peraturan microRNA —mungkin mendorong pada nyahaktif gen penindas tumor.[50]

Penerima faktor pertumbuhan epidermis (epidermal growth factor receptor-EGFR) mengawal pertumbuhan sel, apoptosis, angiogenesis, dan serangan tumor.[47] Mutasi dan penguatan EGFR adalah biasa pada sel barah paru-paru bukan kecil-dan menyediakan asas bagi rawatan dengan penindas EGFR. HER2/neu jarang terjejas.[47] Gen lain yang sering bermutasi atau dikuatkan adalah c-MET, NKX2-1, LKB1, PIK3CA dan gen BRAF [47]

Lapik sel asal tidak difahami sepenuhnya.[1] Mekanisme ini mungkin melibatkan pengaktifan tidak normal sel tunjang. Di dalam saluran pernafasan proksimal, sel tunjang yang menggambarkan keratin 5 lebih berkemungkinan terjejas, biasanya membawa kepada sel skuamus karsinoma paru-paru. Di dalam saluran pernafasan pertengahan, sel tunjang terjejas termasuk sel kelab dan sel neuroepithelial yang menonjolkan uteroglobin-protein yang menghasilkan sel kelab. Sel kecil-carcinoma paru-paru boleh diperolehi dari lapisan sel ini [51] atau sel neuroendokrin,[1] dan boleh menonjolkan CD44.[51]

Metastasis barah paru-paru memerlukan peralihan dari epitelium kepada jenis sel mesenchyme. Ini boleh berlaku melalui pengaktifan isyarat laluan seperti Protein kinase B/GSK3B, MAPK/laluan ERK, Penerima Fas, dan Par6.[52]

Diagnosis[sunting | sunting sumber]

Imbasan CT menunjukkan tumor barah pada paru-paru kiri.

Barah peparu adalah tumor mengancam (malignant tumour) pada paru-paru. Paling biasa adalah bronchogenic carcinoma (sekitar 90%). Barah paru-paru adalah tumor mengancam yang paling bahaya di seluruh dunia, menyebabkan sehingga 3 juta kematian setahun.

Pendedahan kepada karsinogen, seperti yang hadir dalam asap tembakau, serta-merta menyebabkan perubahan kecil pada selaput tisu pada bronkus di paru-paru (bronchial mucous membrane). Kesan ini terhimpun, dan pendedahan berpanjangan akan menyebabkan lebih banyak tisu rosak sehingga tumor terbentuk. Jika tumor membesar ke dalam ia mungkin menghalang laluan udara menyebabkan kesukaran bernafas. Paru-paru mungkin runtuh dan jangkitan berlaku, menyebabkan bisul paru-paru - lung abscess. Pesakit akan mula batuk bahan lendir berdarah. Bagaimanapun jika tumor membesar ke luar paru-paru, pesakit mungkin tidak menyedarinya sehingga ia mula menjangkiti bahagian tubuh yang lain.

Tanda-tanda biasa termasuk:

  • batuk darah atau bahan paru-paru
  • batuk teruk yang kronik
  • nafas bersiul
  • sakit dada
  • kehilangan berat badan atau kehilangan selera makan
  • pendek nafas.

Barah paru-paru didapati lebih kerap terjadi di kalangan penduduk bandar berindustri yang sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk pencemaran.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua jenis utama barah paru-paru dikelaskan menurut saiz sel malignan yang dilihat melalui mikroskop: sel barah paru-paru kecil dan tidak kecil. Pengkelasan ini walaupun berasaskan kriteria mudah patomorfologi mempunyai implikasi penting kepada pengurusan dan prognosis penyakit.

Jenis sel kecil[sunting | sunting sumber]

Carcinoma sel kecil (juga dikenali sebagai carcinoma sel oat) adalah bentuk barah paru-paru jarang, membentuk 20% kes. Ia cenderung bermula disaluran pernafasan besar dan membesar dengan pantas menjadi agak besar.

Jenis sel tidak kecil[sunting | sunting sumber]

Epidermoid carcinoma (atau Squamous cell carcinoma) juga bermula di saluran pernafasan besar tetapi membesar lebih perlahan bererti saiz tumor berbeza apabila ia didiagnoskan.

  • Adenocarcinoma (atau untuk bentuk pertumbuhan tumur lebih perlahan sel barah alveolar) adalah bentuk yang bermula berhampiran permukaan paru-paru.
  • Sel besar carcinoma adalah bentuk cepat tumbuh yang tumbuh berhampiran permukaan paru-paru

Jenis disenaraikan merangkumi 90% semua kes barah paru-paru. Bentuk lain termasuk carcinoid, cylindroma, mucoepidermoid dan malignant mesothelioma.

Punca[sunting | sunting sumber]

Terdapat empat punca utama kenapa seseorang mendapat barah paru-paru (atau barah secara umum):

Pengambilan tembakau terutamanya rokok dipercayai menjadi punca utama barah, dengan itu secara teori menjadikannya salah satu penyakit paling mudah dihalang. Dianggarkan 80% barah paru-paru disebabkan oleh merokok, disebabkan oleh beratus-ratus karsinogen yang diketahui seperti benzena yang hadir dalam asap rokok. Tempoh masa seseorang berterusan merokok dan juga jumlah asap meningkatkan lagi peluang mendapat barah. Bagaimanapun jika seseorang berhenti merokok peluang ini berkurangan kerana kerosakan pada paru-paru sembuh. Perokok pasif, di mana hembusan asap rokok disedut oleh orang lain, baru-baru ini dikenal pasti sebagai punca lebih utama barah paru-paru dari apa yang dipercayai sebelumnya. Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (Environmental Protection Agency, EPA) pada tahun 1993 memutuskan bahawa 3,000 kematian berkait barah paru-paru disebabkan oleh perokok pasif setiap tahun, bagaimanapun sejauh mana kebenarannya masih dipertikaikan di kalangan pakar sains.

Asbestos merupakan karsinogen lain yang popular diketahui terutamanya bagi mesothelioma (menyerang lapisan mesothelium paru-paru, abdomen atau jantung). Seringkali pendedahan ini berlaku kepada mereka yang tidak dapat dielakkan kerana kerja mereka.

Radon adalah gas tanpa warna atau bau yang terhasil dari penguraian bahan radioaktif radium, yang mana merupakan menjadi bahan penguraian uranium, yang terdapat dalam kerak bumi. Ia merupakan punca kedua utama barah paru-paru selepas merokok. Radiasi ini mengion bahan genetik, menyebabkan mutasi yang kadang-kala menjadi barah. Aras gas radon berbeza bergantung lokasi anda tinggal. Di kawasan seperti Cornwall di United Kingdom, gas radon merupakan masalah utama, dan kipas perlu dipasang untuk menyingkir gas. Di Amerika Syarikat EPA menganggarkan bahawa 1 dalam 15 rumah mengandungi aras gas radon melebihi piawaian yang dicadangkan. Gen onkogen dipercayai menjadikan seseorang lebih cenderung mendapat barah. Proto-onkogen dipercayai bertukar menjadi onkogen apabila terdedah kepada karsinogen tertentu. Virus dipercayai menyebabkan barah pada manusia, kerana kaitan ini telah dibuktikan pada haiwan.

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Rawatan untuk barah bergantung kepada bentuk khusus, sejauh mana tumbesarannya dan butiran terperinci pesakit (contoh unur). Rawatan biasa termasuk pembedahan, kemoterapi dan terapi radiasi. Radiofrequency Ablation semakin popular untuk keadaan ini kerana ia tidak toksik dan menyebabkan sakit sedikit sahaja. Ia amat berkesan apabila digabungkan dengan kemotherapi kerana ia memusnahkan sel dalam tumor - yang sukar dimusnahkan dengan kimia chemo akibat saluran darah berkurangan dalam tumor. Ia dilakukan dengan menusuk peninjau kecil haba ke dalam tumor untuk memasak sel tumor. Sel tumor yang mati akan diserap secara proses semulajadi.

Rawatan lain termasuk pelbagai teknik tidak boleh paten seringkali dipetik dari rawatan traditional tempatan (native medical traditions). Bagaimanapun rawatan sedemikian tidak terbukti secara perubatan sebagai berkesan dan semestinya perlu diambil bersama dengan rawatan perubatan biasa. Ini kerana sekiranya terlambat mendapat rawatan, penyakit barah akan membawa maut dalam keadaan yang amat menyakitkan.

Kecenderungan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan yang paling cenderung mendapat barah paru-paru adalah perokok yang berusia melebihi lima puluh tahun. Barah paru-paru merupakan barah kedua paling kerap berlaku di negara barat, bagaimanapun merupakan penyebab kematian akibat barah terbesar bagi lelaki dan wanita. Anggaran pada 2001 terdapat 169,500 kes barah paru-paru baru; 90,700 lelaki dan 78,000 perempuan. Walaupun kadar kematian bagi lelaki akibat barah paru-paru menurun dalam negara barat, ia meningkat pada perempuan disebabkan peningkatan jumlah perokok dalam kumpulan ini.

Pencegahan[sunting | sunting sumber]

Pencegahan adalah cara paling murah (cost-effective) untuk melawan barah paru-paru pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Walaupun kebanyakan negara telah mengenalpasti dan mengharamkan penggunaan karsinogen perkilangan dan tempatan, penggunaan hasil tembakau masih berleluasa. Melawan pengaruh menghisap rokok perlu menjadi matlamat utama untuk menghalang barah paru-paru.

Oleh sebab prognosis bergantung sepenuhnya kepada pengesanan awal, terdapat beberapa cubaan untuk pengesanan kedua. Radiograf dada kedua dan program pemeriksaan sputum tidak berkesan dalam pengesanan awal barah ini dan tidak mengurangkan kadar kematian.

Bagaimanapun pada September 2003 satu kajian diterbitkan di Lancet agak memuaskan. Kajian tersebut menunjukkan bahawa tomografi kiraan berpilin (spiral computed tomography) dan tomografi pancaran positron (positron emission tomography) amat berkesan dalam pengesanan tahap awal barah paru-paru berisiko tinggi di kalangan perokok tegar.

Rujukan: Early lung-cancer detection with spiral CT and positron emission tomography in heavy smokers: 2-year results - Lancet 2003; 362: 593-97

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Harrison tidak disediakan
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Merck tidak disediakan
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Thun tidak disediakan
  4. ^ a b c d e f Alberg AJ, Samet JM (2010). "Chapter 46". Murray & Nadel's Textbook of Respiratory Medicine (ed. 5th). Saunders Elsevier. ISBN 978-1-4160-4710-0.
  5. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan O'Reilly tidak disediakan
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AUTOREF tidak disediakan
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AUTOREF1 tidak disediakan
  8. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Holland-Frei78 tidak disediakan
  9. ^ Chapman, S; Robinson G; Stradling J; West S (2009). "Chapter 31". Oxford Handbook of Respiratory Medicine (ed. 2nd). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-954516-2.
  10. ^ "Surveillance, Epidemiology and End Results Program". National Cancer Institute. Dicapai pada 15 July 2014.
  11. ^ World Cancer Report 2014. World Health Organization. 2014. m/s. Chapter 1.1. ISBN 9283204298.
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Honnorat tidak disediakan
  13. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ajcc tidak disediakan
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Collins tidak disediakan
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AUTOREF5 tidak disediakan
  16. ^ a b Hecht, SS (2012). "Lung carcinogenesis by tobacco smoke". International Journal of Cancer. 131 (12): 2724–2732. doi:10.1002/ijc.27816. PMC 3479369. PMID 22945513.
  17. ^ Kumar, V; Abbas AK; Aster JC (2013). "Chapter 5". Robbins Basic Pathology (ed. 9th). Elsevier Saunders. m/s. 199. ISBN 978-1-4377-1781-5.
  18. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Peto tidak disediakan
  19. ^ California Environmental Protection Agency (1997). "Health effects of exposure to environmental tobacco smoke. California Environmental Protection Agency". Tobacco Control. 6 (4): 346–353. doi:10.1136/tc.6.4.346. PMC 1759599. PMID 9583639.
  20. ^ Centers for Disease Control and Prevention (CDC) (December 2001). "State-specific prevalence of current cigarette smoking among adults, and policies and attitudes about secondhand smoke—United States, 2000". Morbidity and Mortality Weekly Report. Atlanta, Georgia: CDC. 50 (49): 1101–1106. PMID 11794619.
  21. ^ a b Alberg, AJ; Samet JM (September 2007). "Epidemiology of lung cancer". Chest. American College of Chest Physicians. 132 (S3): 29S–55S. doi:10.1378/chest.07-1347. PMID 17873159.
  22. ^ Jaakkola, MS; Jaakkola JJ (August 2006). "Impact of smoke-free workplace legislation on exposures and health: possibilities for prevention". European Respiratory Journal. 28 (2): 397–408. doi:10.1183/09031936.06.00001306. PMID 16880370.
  23. ^ Parkin, DM (December 2011). "Tobacco—attributable cancer burden in the UK in 2010". British Journal of Cancer. 105 (Suppl. 2): S6–S13. doi:10.1038/bjc.2011.475. PMC 3252064. PMID 22158323.
  24. ^ Taylor, R; Najafi F; Dobson A (October 2007). "Meta-analysis of studies of passive smoking and lung cancer: effects of study type and continent". International Journal of Epidemiology. 36 (5): 1048–1059. doi:10.1093/ije/dym158. PMID 17690135.
  25. ^ "Frequently asked questions about second hand smoke". World Health Organization. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-01. Dicapai pada 25 July 2012.
  26. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Schick tidak disediakan
  27. ^ Greydanus, DE; Hawver EK; Greydanus MM (October 2013). "Marijuana: current concepts". Frontiers in Public Health. 1 (42). doi:10.3389/fpubh.2013.00042. PMC 3859982. PMID 24350211.
  28. ^ Owen, KP; Sutter, ME; Albertson, TE (February 2014). "Marijuana: respiratory tract effects". Clinical reviews in allergy & immunology. 46 (1): 65–81. doi:10.1007/s12016-013-8374-y. PMID 23715638.
  29. ^ Joshi, M; Joshi, A; Bartter, T (March 2014). "Marijuana and lung diseases". Current Opinion in Pulmonary Medicine. 20 (2): 173–179. doi:10.1097/mcp.0000000000000026. PMID 24384575.
  30. ^ Underner, M; Urban T; Perriot J (June 2014). "Cannabis smoking and lung cancer". Revue des Maladies Respiratoires. 31 (6): 488–498. doi:10.1016/j.rmr.2013.12.002. PMID 25012035.
  31. ^ Choi, H; Mazzone, P (September 2014). "Radon and lung cancer: assessing and mitigating the risk". Cleveland Clinic Journal of Medicine. 81 (9): 567–575. doi:10.3949/ccjm.81a.14046. PMID 25183848.
  32. ^ "Radon (Rn) Health Risks". EPA.
  33. ^ Schmid K, Kuwert T, Drexler H (March 2010). "Radon in Indoor Spaces: An Underestimated Risk Factor for Lung Cancer in Environmental Medicine". Dtsch Arztebl Int. 107 (11): 181–6. doi:10.3238/arztebl.2010.0181. PMC 2853156. PMID 20386676.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  34. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan EPA radon tidak disediakan
  35. ^ Tobias, J; Hochhauser D (2010). "Chapter 12". Cancer and its Management (ed. 6th). Wiley-Blackwell. m/s. 199. ISBN 978-1405-170154.
  36. ^ Davies, RJO; Lee YCG (2010). "18.19.3". Oxford Textbook Medicine (ed. 5th). OUP Oxford. ISBN 978-0-19-920485-4.
  37. ^ Chen, H; Goldberg MS; Villeneuve PJ (Oct–Dec 2008). "A systematic review of the relation between long-term exposure to ambient air pollution and chronic diseases". Reviews on Environmental Health. 23 (4): 243–297. doi:10.1515/reveh.2008.23.4.243. PMID 19235364.
  38. ^ Clapp, RW; Jacobs MM; Loechler EL (Jan–Mar 2008). "Environmental and Occupational Causes of Cancer New Evidence, 2005–2007". Reviews on Environmental Health. 23 (1): 1–37. doi:10.1515/REVEH.2008.23.1.1. PMC 2791455. PMID 18557596.
  39. ^ a b Lim, WY; Seow, A (January 2012). "Biomass fuels and lung cancer". Respirology (Carlton, Vic.). 17 (1): 20–31. doi:10.1111/j.1440-1843.2011.02088.x. PMID 22008241.
  40. ^ a b Sood, A (December 2012). "Indoor fuel exposure and the lung in both developing and developed countries: an update". Clinics in chest medicine. 33 (4): 649–65. doi:10.1016/j.ccm.2012.08.003. PMID 23153607.
  41. ^ Yang, IA; Holloway, JW; Fong, KM (October 2013). "Genetic susceptibility to lung cancer and co-morbidities". Journal of Thoracic Disease. 5 (Suppl. 5): S454–S462. doi:10.3978/j.issn.2072-1439.2013.08.06. PMC 3804872. PMID 24163739.
  42. ^ Kern JA, McLennan G (2008). Fishman's Pulmonary Diseases and Disorders (ed. 4th). McGraw-Hill. m/s. 1802. ISBN 0-07-145739-9.
  43. ^ Larsen, JE; Minna D (December 2011). "Molecular biology of lung cancer: clinical implications". Clinics in Chest Medicine. 32 (4): 703–740. doi:10.1016/j.ccm.2011.08.003. PMC 3367865. PMID 22054881.
  44. ^ Cogliano, VJ; Baan, R; Straif, K; Grosse, Y; Lauby-Secretan, B; El Ghissassi, F; Bouvard, V; Benbrahim-Tallaa, L; Guha, N; Freeman, C; Galichet, L; Wild, CP (21 December 2011). "Preventable exposures associated with human cancers" (PDF). Journal of the National Cancer Institute. 103 (24): 1827–39. doi:10.1093/jnci/djr483. PMID 22158127. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-09-20. Dicapai pada 2015-08-22.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  45. ^ Cooper, WA; Lam DLC; O'Toole SA (October 2013). "Molecular biology of lung cancer" (PDF). Journal of Thoracic Disease. 5 (Suppl. 5): S. 479–490. doi:10.3978/j.issn.2072-1439.2013.08.03. PMC 3804875. PMID 24163741.
  46. ^ Tobias, J; Hochhauser D (2010). "Chapter 12". Cancer and its Management (ed. 6th). Wiley-Blackwell. m/s. 200. ISBN 978-1405-170154.
  47. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan NEJM-molecular tidak disediakan
  48. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Aviel-Ronen tidak disediakan
  49. ^ Kumar, V; Abbas AK; Aster JC (2013). "Chapter 5". Robbins Basic Pathology (ed. 9th). Elsevier Saunders. m/s. 212. ISBN 978-1-4377-1781-5.
  50. ^ Jakopovic, M; Thomas A; Balasubramaniam S (October 2013). "Targeting the epigenome in lung cancer: expanding approaches to epigenetic therapy" (PDF). Frontiers in Oncology. 3 (261). doi:10.3389/fonc.2013.00261. PMC 3793201. PMID 24130964.
  51. ^ a b Mulvihill, MS; Kratz JR; Pham P (February 2013). "The role of stem cells in airway repair: implications for the origins of lung cancer". Chinese Journal of Cancer. 32 (2): 71–74. doi:10.5732/cjc.012.10097. PMC 3845611. PMID 23114089.
  52. ^ Powell, CA; Halmos B; Nana-Sinkam SP (July 2013). "Update in lung cancer and mesothelioma 2012" (PDF). American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine. 188 (2): 157–166. doi:10.1164/rccm.201304-0716UP. PMC 3778761. PMID 23855692.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]