Kantoli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kantoli (Kan-to-li) adalah kerajaan kuno yang disyaki terletak di suatu tempat antara Jambi dan Palembang di wilayah selatan Sumatera, kira-kira pada abad ke-5 Masihi.[1] Rekod China menunjukkan bahawa "San-fo-ts'i dahulunya dipanggil Kan-to-li", hal ini serta lokasi kerajaan telah membawa ahli sejarah untuk mempertimbangkan Kantoli sebagai pendahulu Srivijaya.[1] Kerajaan Melayu Srivijaya dirujuk sebagai Sanfotsi (San-fo-ts'i) oleh orang China.[2]

Semasa pemerintahan Dinasti Liu Song, Kantoli menghantar beberapa kedutaan ke China.[1] Perdagangan antara kedua-dua kerajaan telah ditubuhkan dan ini memberikan Kantoli kekayaan yang besar, yang bergantung kepada isipadu urusniaga dari China.[1] Dengan ditaklukkannya Song oleh Dinasti Sui, jumlah perdagangan menjadi berkurangan disebabkan oleh penjimatan kerajaan yang baru.[1] Maharaja mengharamkan semua perkara mewah di mahkamah yang secara kebetulan telah dibekalkan oleh ramai bangsa, termasuk Kantoli.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

kapan dan dimana tempat kantoli berada, dalam sejarah baru baru ini kantoli terletak di daerah yang sudah di tinngalkan oleh masarakat sehingga menjadi hutan ratusan tahun mungkin sudah ribuaan tahun di tinggalkan oleh bangsa kantoli, dan pada era tahun 80-an bekas kerajann kantoli yang sudah di tinggalkan selama ribuan tahun, sekarang di buka kembali menjadi daerah transmigran dari daerah jawa, dan daerah letak nya di sumatra selatan, kab buanyuasin terletak di muara sugihan tepat nya di jalur 14.ĕ


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Munoz, Paul Michel (2006). Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula. Singapore: Editions Didier Millet. pp. pages 102–103. ISBN 9814155675. 
  2. ^ Munoz, Paul Michel (2006). Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula. Singapore: Editions Didier Millet. pp. pages 114. ISBN 9814155675.