Kanun Keseksaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kanun Keseksaan Malaysia (Akta 574) adalah suatu akta yang digubal bagi memboleh seseorang ini diseksa di atas kesabitan jenayah.

Ada dua perkara yang membolehkan kanun ini digunapakai:-

1.Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan dalam Malaysia.
Tiap tiap orang bolehlah dikenakan seksaan dibawah Kanun ini dan tidak dibawah mana mana undang undang lain bagi tiap tiap perbuatan atau ketinggalan yang berlawan dengan peruntukannya yang dilakukannya di dalam Malaysia.

2.Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan diluar Malaysia tetapi boleh disisi undang undang dibicarakan di dalam Malaysia.
Seseorang yang disisi undang undang kena dibicarakan kerana suatu kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia hendaklah dibicarakan menurut peruntukan Kanun ini kerana apa apa perbuatan yang dilakukan di luar Malaysia sama seolah olah perbuatan itu dilakukan dalam Malaysia.

Pembahagian Akta[sunting | sunting sumber]

Akta 574 ini dibahagikan kepada 23 Bab yang meliputi 511 seksyen:-

Bab I: Permulaan[sunting | sunting sumber]

1. Tajuk ringkas
2. Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan dalam Malaysia
3. Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia tetapi boleh di sisi undang-undang dibicarakan dalam Malaysia
4. Perluasan Kanun kepada kesalahan-kesalahan di luar negeri
5. Setengah-tengah undang-undang tidak disentuh oleh Kanun ini

Bab II: Huraian Am[sunting | sunting sumber]

6. Takrif-takrif dalam Kanun ini difahamkan tertakluk kepada kecualian-kecualian
7. Perkataan sekali dihuraikan adalah digunakan dengan makna yang sama pada seluruh Kanun ini
8. "Jenis"
9. "Bilangan"
10. "Lelaki" dan "perempuan"
11. "Orang"
12. "Awam"
13. (Dimansuhkan)
14-16. (Tidak ada)
17. "Kerajaan"
18. (Tidak ada)
19. "Hakim"
20. "Mahkamah"
21. "Penjawat awam"
22. "Harta alih"
23. "Kedapatan salah" dan "kehilangan salah"
24. "Dengan curang"
25. "Dengan tipuan"
26. "Sebab mempercayai"
27. "Harta dalam milik isteri, kerani atau orang gaji"
28. "Lancung"
29. "Dokumen"
30. "Cagaran berharga"
31. "Wasiat"
32. Perkataan yang berkenaan dengan perbuatan termasuklah ketinggalan yang menyalahi undang-undang
33. "Perbuatan" dan "ketinggalan"
34. Tiap-tiap seorang daripada beberapa orang bertanggung atas suatu perbuatan yang dilakukan oleh semuanya seolah-olah dilakukan olehnya seorang
35. Bila suatu perbuatan itu menjadi jenayah oleh sebab dilakukan dengan pengetahuan atau niat jenayah
36. Kejadian yang disebabkan sebahagiannya dengan perbuatan dan sebahagiannya dengan ketinggalan
37. Kerjasama dengan melakukan satu daripada beberapa perbuatan menjadi suatu kesalahan
38. Beberapa orang yang mengambil bahagian dalam melakukan suatu perbuatan jenayah boleh jadi melakukan kesalahan-kesalahan yang berlainan
39. "Dengan sengaja"
40. "Kesalahan"
41-42. (Tidak ada)
43. "Haram", "menyalahi undang-undang" dan "terikat di sisi undang-undang untuk membuat"
44. "Bencana"
45. "Nyawa"
46. "Kematian"
47. "Haiwan"
48. "Perahuan"
49. "Tahun" dan "bulan"
50. "Seksyen"
51. "Sumpah"
52. "Suci hati"

Bab III: Seksaan[sunting | sunting sumber]

53-55. (Dimansuhkan)
56. (Tidak ada)
57. Bahagian-bahagian tempoh seksaan
58. (Tidak ada)
59-60. (Dimansuhkan)
61-62. (Tidak ada)
63-64. (Dimansuhkan)
65. (Tidak ada)
66-70. (Dimansuhkan)
71. Had seksaan bagi kesalahan-kesalahan yang mengandungi beberapa kesalahan
72. Seksaan bagi seseorang yang didapati salah kerana melakukan satu daripada beberapa kesalahan, manakala hukuman menyatakan bahawa adalah waswas yang mana satu daripadanya
73-74. (Dimansuhkan)
75. Seksaan selepas sabitan yang dahulu bagi orang-orang yang disabitkan kesalahan yang boleh diseksa dengan tiga tahun penjara

Bab IV: Kecualian Am[sunting | sunting sumber]

76. Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang terikat, atau oleh sebab silap faham nyataan percaya dirinya terikat, di sisi undang-undang
77. Perbuatan Hakim bila bertindak secara kehakiman
78. Perbuatan yang dilakukan menurut hukuman atau perintah Mahkamah
79. Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang diwajarkan, atau oleh sebab silap faham nyataan percaya dirinya diwajarkan, di sisi undang-undang
80. Melakukan dengan tidak sengaja perbuatan yang sah di sisi undang-undang
81. Perbuatan yang mungkin menyebabkan kerosakan tetapi dilakukan dengan tiada niat jenayah, dan bagi menahan lain-lain kerosakan
82. Perbuatan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 10 tahun
83. Perbuatan kanak-kanak yang berumur lebih daripada 10 tahun tetapi kurang daripada 12 tahun yang belum mencapai kematangan pemahaman yang mencukupi
84. Perbuatan seseorang yang tidak sempurna akal
85. Bila mabuk menjadi suatu pembelaan
86. Pembelaan mabuk bila dipastikan
87. Perbuatan yang tidak dimaksud dan tidak diketahui sebagai mungkin menyebabkan kematian atau cedera parah, dilakukan dengan kerelaan
88. Perbuatan yang tidak dimaksud bagi menyebabkan kematian, dilakukan dengan kerelaan dengan suci hati untuk faedah seseorang
89. Perbuatan dilakukan dengan suci hati untuk faedah kanak-kanak atau orang yang tidak sempurna akal, oleh atau dengan kerelaan penjaga
90. Kerelaan yang diketahui diberi dalam keadaan takut atau salah faham dan kerelaan kanak-kanak atau seseorang yang tidak sempurna akal
91. Perbuatan yang sendirinya menjadi kesalahan dengan tidak bergantung kepada kerosakan yang disebabkan kepada orang yang memberi kerelaan, tidak termasuk dalam kecualian dalam seksyen 87, 88 dan 89
92. Perbuatan dilakukan dengan suci hati untuk faedah seseorang dengan tiada kerelaan
93. Permakluman dibuat dengan suci hati
94. Perbuatan yang seseorang terpaksa melakukan oleh ugutan
95. Perbuatan yang menyebabkan kerosakan kecil
Hak Pertahanan Persendirian
96. Apa-apa jua yang dilakukan dalam pertahanan persendirian tidak menjadi suatu kesalahan
97. Hak pertahanan persendirian mengenai tubuh dan harta
98. Hak pertahanan persendirian terhadap perbuatan seseorang yang tidak sempurna akal
99. Perbuatan yang tiada hak pertahanan persendirian terhadapnya
100. Bila hak pertahanan persendirian mengenai tubuh termasuk menyebabkan kematian
101. Bila hak itu menyebabkan apa-apa kerosakan yang lain daripada kematian
102. Bila hak pertahanan persendirian mengenai tubuh bermula dan masih ada
103. Bila hak pertahanan persendirian mengenai harta termasuk menyebabkan kematian
104. Bila hak itu menyebabkan apa-apa kerosakan yang lain daripada kematian
105. Bila hak pertahanan persendirian mengenai harta bermula dan masih ada
106. Hak pertahanan persendirian terhadap serangan yang boleh menyebabkan kematian bila ada bahaya kerosakan kepada seseorang yang tidak bersalah

Bab V: Persubahatan[sunting | sunting sumber]

107. Persubahatan sesuatu perkara
108. Pensubahat
108A. Persubahatan dalam Malaysia bagi kesalahan-kesalahan di luar Malaysia
109. Seksaan bagi persubahatan jika perbuatan yang disubahati itu dilakukan oleh sebabnya, dan jika tiada peruntukan yang nyata dibuat bagi seksaannya
110. Seksaan bagi persubahatan jika orang yang disubahati itu melakukan perbuatan dengan niat yang lain daripada niat pensubahat
111. Tanggungan pensubahat bila suatu perbuatan disubahati dan suatu perbuatan yang lain dilakukan
112. Bila pensubahat bertanggung seksaan terkumpul bagi perbuatan disubahati dan bagi perbuatan yang dilakukan
113. Tanggungan pensubahat kerana suatu kesalahan yang disebabkan oleh perbuatan yang disubahati itu lain daripada yang dimaksudkan oleh pensubahat
114. Pensubahat ada hadir manakala kesalahan dilakukan
115. Persubahatan suatu kesalahan yang boleh diseksa dengan kematian atau penjara seumur hidup
116. Persubahatan suatu kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara
117. Bersubahat bagi suatu kesalahan yang dilakukan oleh orang awam, atau oleh seramai lebih daripada sepuluh orang
118. Menyembunyikan suatu rancangan hendak melakukan suatu kesalahan yang boleh diseksa dengan kematian atau penjara seumur hidup
119. Penjawat awam menyembunyikan suatu rancangan hendak melakukan suatu kesalahan yang mana adalah kewajipannya mencegah
120. Menyembunyikan suatu rancangan hendak melakukan suatu kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara

Bab VA: Konspirasi Jenayah[sunting | sunting sumber]

120A. Takrif konspirasi jenayah
120B. Seksaan bagi konspirasi jenayah

Bab VI: Kesalahan-Kesalahan terhadap Negara[sunting | sunting sumber]

121. Melancarkan atau cuba untuk melancarkan perang atau bersubahat dalam melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri
121A. Kesalahan-kesalahan terhadap tubuh Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri
121B. Kesalahan-kesalahan terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri
121C. Bersubahat bagi kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 121A dan 121B
121D. Sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai kesalahan-kesalahan terhadap seksyen 121, 121A, 121B atau 121C oleh seseorang yang terikat untuk memberitahu
122. Mengumpulkan senjata, dsb., dengan niat hendak melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri
123. Menyembunyikan dengan niat hendak menyenangkan rancangan bagi melancarkan perang
124. Menyerang Ahli Parlimen, dsb., dengan niat hendak memaksa atau menghalang apa-apa kuasa yang sah di sisi undang-undang dijalankan
124A. (Dimansuhkan)
125. Melancarkan perang terhadap mana-mana kuasa yang dalam perikatan dengan Yang di-Pertuan Agong
125A. Melindungi atau cuba melindungi mana-mana orang dalam Malaysia atau orang yang menetap di luar Negeri berperang atau bermusuh dengan Yang di-Pertuan Agong
126. Melakukan penjarahan dalam wilayah mana-mana kuasa yang berdamaian dengan Yang di-Pertuan Agong
127. Menerima harta yang diambil dengan jalan perang atau penjarahan yang tersebut dalam seksyen 125 dan 126
128. Penjawat awam dengan sengaja membiarkan orang tawanan Negara atau tawanan perang di bawah jagaannya lari
129. Penjawat awam dengan cuai membiarkan orang tawanan Negara atau tawanan perang di bawah jagaannya lari
130. Membantu orang tawanan itu lari, melepaskan atau melindunginya
130A. Tafsiran Bab ini

Bab VII: Kesalahan-Kesalahan Berkenaan dengan Angkatan Tentera[sunting | sunting sumber]

131. Bersubahat dalam dahagi, atau cuba untuk menggoda askar atau kelasi daripada kewajipannya
132. Persubahatan bagi dahagi, jika dahagi dilakukan oleh sebab persubahatan itu
133. Persubahatan bagi suatu serangan yang dilakukan oleh askar atau kelasi ke atas pegawai atasannya, manakala ia menjalankan jawatannya
134. Persubahatan bagi sesuatu serangan jika serangan itu dilakukan
135. Persubahatan dalam tinggal-tugas oleh askar, kelasi atau penerbang
136. Melindungi orang tinggal-tugas
137. Orang tinggal-tugas bersembunyi dalam perahuan dagangan oleh sebab kecuaian nakhoda
138. Persubahatan bagi perbuatan ingkar-perintah oleh askar, kelasi atau penerbang
139. Orang-orang yang tertakluk undang-undang Angkatan Tentera tidaklah boleh diseksa di bawah Kanun ini
140. Memakai pakaian askar, kelasi atau penerbang
140A. "Melindungi"
140B. Pemakaian Bab VII

Bab VIII: Kesalahan-Kesalahan terhadap Ketenteraman Awam[sunting | sunting sumber]

141. Perhimpunan yang menyalahi undang-undang
142. Menjadi seorang anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang
143. Seksaan
144. Memiliki senjata-senjata atau misil-misil di perhimpunan yang menyalahi undang-undang
145. Masuk atau masih berada dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan mengetahui bahawa perhimpunan itu telah diperintah bersurai
146. Kekerasan digunakan oleh seseorang anggota pada menjalankan tujuan bersama
147. Seksaan kerana merusuh
148. Memiliki senjata-senjata atau misil-misil dalam rusuhan
149. Tiap-tiap anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang disifat melakukan kesalahan yang dilakukan pada menjalankan tujuan bersama
150. Mengupah atau membiarkan orang-orang diupah supaya masuk perhimpunan yang menyalahi undang-undang
151. Dengan mengetahui masuk atau masih berada dalam mana-mana perhimpunan seramai lima orang atau lebih selepas perhimpunan itu diperintah bersurai
152. Menyerang atau menggalang penjawat awam manakala ia memadamkan rusuhan, dsb.
153. Dengan buasnya mendatangkan bangkitan-marah dengan niat menyebabkan rusuhan
153A. (Dimansuhkan)
154. Empunya atau penghuni tanah di mana suatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang diadakan
155. Tanggungan orang yang untuk faedahnya rusuhan dilakukan
156. Tanggungan wakil empunya atau penghuni yang untuk faedahnya rusuhan dilakukan
157. Melindungi orang-orang yang diupah untuk sesuatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang
158. Diupah bagi mengambil bahagian dalam perhimpuan yang menyalahi undang-undang atau rusuhan, atau bersenjata
159. Gaduh-gempar
160. Seksaan kerana melakukan gaduh-gempar

Bab IX: Kesalahan-Kesalahan oleh Penjawat-Penjawat Awam atau yang Berkenaan dengan Mereka[sunting | sunting sumber]

161. Penjawat awam menerima suapan kecuali bayaran di sisi undang-undang berkenaan dengan sesuatu perbuatan rasmi
162. Menerima suapan dengan cara tak jujur atau menyalahi undang-undang bagi mempengaruhi seseorang penjawat awam
163. Menerima suapan bagi menjalankan pengaruh peribadi atas seseorang penjawat awam
164. Seksaan bagi penjawat awam kerana persubahatan bagi kesalahan yang ditakrifkan di atas
165. Penjawat awam menerima benda yang berharga, dengan tiada balasan, daripada orang yang ada kena-mengena dalam apa-apa prosiding atau urusan yang dijalankan oleh penjawat awam itu
166. Penjawat awam mengingkari arahan undang-undang dengan niat hendak menyebabkan bencana kepada seseorang
167. Penjawat awam membentuk suratan yang tidak betul dengan niat hendak menyebabkan bencana
168. Penjawat awam mengambil bahagian dalam perniagaan dengan menyalahi undang-undang
169. Penjawat awam membeli atau menawar membeli harta dengan menyalahi undang-undang
170. Menyamar sebagai penjawat awam
171. Memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan oleh penjawat awam dengan niat hendak menipu

Bab X: Menghinakan Kuasa yang Sah di Sisi Undang-Undang bagi Penjawat-Penjawat Awam[sunting | sunting sumber]

172. Melarikan diri bagi mengelakkan daripada disampaikan saman atau lain-lain surat perintahan daripada penjawat awam
173. Menahan daripada disampaikan saman atau lain-lain surat perintahan atau menahannya daripada disiarkan
174. Tidak menurut perintah seseorang penjawat awam bagi menghadirkan diri
175. Seseorang yang terikat di sisi undang-undang mengemukakan suratan itu kepada penjawat awam meninggalkan daripada berbuat demikian itu
176. Seseorang yang terikat di sisi undang-undang memberi pengetahuan atau maklumat kepada penjawat awam meninggalkan daripada berbuat demikian itu
177. Memberi maklumat palsu
178. Enggan mengangkat sumpah apabila dikehendaki oleh penjawat awam
179. Enggan menjawab soalan penjawat awam yang berkuasa menyoal
180. Enggan menandatangani kenyataan
181. Membuat kenyataan palsu dengan sumpah kepada penjawat awam atau kepada orang yang diberi kuasa mentadbirkan sumpah
182. Maklumat palsu, dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada seseorang lain
183. Tentangan terhadap pengambilan harta atas kuasa yang sah di sisi undang-undang daripada seseorang penjawat awam
184. Menggalang jualan harta yang ditawarkan untuk jualan atas kuasa yang sah di sisi undang-undang daripada seseorang penjawat awam
185. Membeli atau menawar membeli dengan menyalahi undang-undang harta yang ditawarkan untuk jualan atas kuasa seseorang penjawat awam
186. Menggalang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya
187. Meninggalkan daripada menolong penjawat awam manakala terikat di sisi undang-undang supaya memberi pertolongan
188. Mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam
189. Ugutan bencana kepada penjawat awam
190. Ugutan bencana bagi mendorong seseorang supaya jangan membuat permintaan untuk perlindungan kepada penjawat awam

Bab XI: Keterangan Palsu dan Kesalahan-Kesalahan terhadap Keadilan Awam[sunting | sunting sumber]

191. Memberi keterangan palsu
192. Mereka keterangan palsu
193. Seksaan bagi keterangan palsu
194. Memberi atau mereka keterangan palsu dengan niat hendak mendapat sabitan atas kesalahan hukum bunuh
195. Memberi atau mereka keterangan palsu dengan niat hendak mendapat sabitan atas kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara
196. Menggunakan keterangan yang diketahui sebagai palsu
197. Mengeluarkan atau menandatangani perakuan palsu
198. Menggunakan perakuan palsu tentang sesuatu perkara mustahak sebagai perakuan yang benar
199. Kenyataan palsu yang dibuat dalam sesuatu akuan yang boleh diterima di sisi undang-undang sebagai keterangan
200. Menggunakan sebagai benar sesuatu akuan yang tersebut itu yang diketahui sebagai palsu
201. Menyebabkan hilangnya keterangan mengenai sesuatu kesalahan yang dilakukan, atau memberi maklumat palsu mengenai kesalahan itu, bagi mengelakkan pesalah daripada seksaan
202. Seseorang yang terikat memberi maklumat mengenai sesuatu kesalahan dengan sengaja meninggalkan daripada berbuat demikian itu
203. Memberi maklumat palsu mengenai sesuatu kesalahan yang telah dilakukan
204. Membinasakan suratan bagi mengelakkannya daripada dikemukakan sebagai keterangan
205. Menyamar dengan palsunya bagi maksud sesuatu perbuatan atau prosiding dalam sesuatu guaman
206. Mengalih atau menyembunyikan harta dengan tipuan bagi mengelakkan ia daripada diambil sebagai rampasan atau diambil bagi melaksanakan sesuatu dikri
207. Tuntutan tipuan atas harta bagi mengelakkan ia daripada diambil sebagai rampasan atau bagi melaksanakan sesuatu dikri
208. Dengan tipuan membiarkan dikri kerana tuntutan sesejumlah wang yang tidak terhutang
209. Membuat tuntutan palsu dengan curang di hadapan Mahkamah
210. Mendapat dengan tipuan suatu dikri kerana tuntutan sesejumlah wang yang tidak terhutang
211. Membuat pertuduhan palsu atas kesalahan dengan niat hendak membencana
212. Melindungi pesalah
213. Mengambil hadiah, dsb., bagi mengelakkan pesalah daripada seksaan
214. Menawarkan hadiah atau pemulangan harta sebagai balasan bagi mengelakkan pesalah daripada seksaan
215. Mengambil hadiah kerana menolong mendapatkan balik harta curi, dsb.
216. Melindungi pesalah yang telah lari dari jagaan, atau yang telah diperintah supaya ditangkap
216A. Melindungi perompak-perompak atau kumpulan perompak, dsb.
216B. "Melindungi"
217. Penjawat awam mengingkari arahan undang-undang dengan niat hendak menyelamatkan orang daripada seksaan, atau harta daripada dirampas
218. Penjawat awam membentuk suatu rekod atau tulisan yang tidak betul dengan niat hendak menyelamatkan orang daripada seksaan, atau harta daripada dirampas
219. Penjawat awam membuat dalam prosiding kehakiman suatu perintah, laporan, dsb., dengan cara tak jujur yang ia ketahui berlawanan dengan undang-undang
220. Hukuman supaya dibicarakan atau hukuman supaya dikurung yang dibuat oleh seseorang yang berkuasa yang ketahui bahawa ia berbuat hukuman itu berlawanan dengan undang-undang
221. Penjawat awam yang terikat di sisi undang-undang menangkap seseorang dengan sengaja meninggalkan daripada menangkap orang itu
222. Penjawat awam yang terikat di sisi undang-undang menangkap orang yang telah dijatuhkan hukum oleh Mahkamah dengan sengaja meninggalkan daripada menangkap orang itu
223. Penjawat awam dengan cuainya membiarkan seseorang lari dari pengurungan
224. Tentangan atau galangan oleh seseorang terhadap penangkapan yang sah di sisi undang-undang atas dirinya
225. Tentangan atau galangan terhadap penangkapan yang sah di sisi undang-undang atas seseorang lain
225A. Penjawat awam meninggalkan daripada menangkap atau membiarkan orang-orang lari dalam hal-hal yang tidak ada diperuntukkan
225B. Kesalahan terhadap undang-undang Malaysia jika tiada seksaan khas diperuntukkan
226. (Dimansuhkan)
227. Melanggar syarat pengurangan seksaan
228. Dengan sengaja memberi aib atau gangguan kepada penjawat awam yang sedang menjalankan prosiding kehakiman pada mana-mana peringkat
229. Menyamar sebagai juri atau pengapit hakim

Bab XII: Kesalahan-Kesalahan Berkenaan dengan Setem Kerajaan dan Duit[sunting | sunting sumber]

230. Interpretasi
231. (Dimansuhkan)
232. Melancung duit
233. (Dimansuhkan)
234. Membuat atau menjual alat bagi melancung duit
235. Memiliki alat atau benda untuk digunakan bagi melancung duit
236. Bersubahat dalam Malaysia duit dilancung di luar Malaysia
237. (Dimansuhkan)
238. Mengimport atau mengeksport lancungan duit
239. (Dimansuhkan)
240. Menyerahkan duit, yang dimiliki dengan mengetahuinya sebagai lancung
241. Menyerahkan kepada seseorang lain duit sebagai tulen yang pada mula-mula dimiliki, orang yang menyerahkan itu tidak ketahui sebagai lancung
242. (Dimansuhkan)
243. Seseorang memiliki duit dengan mengetahuinya sebagai lancung pada waktu ia mula-mula memilikinya
244-245. (Tidak ada)
246. (Dimansuhkan)
247. Dengan tipuan atau dengan curangnya mengurangkan berat atau mengubah campuran duit
248. (Dimansuhkan)
249. Mengubah rupa duit dengan niat supaya duit itu laku sebagai duit jenis yang lain
250. (Dimansuhkan)
251. Menyerahkan duit yang dimiliki dengan mengetahuinya telah diubah
252. (Dimansuhkan)
253. Seseorang memiliki duit dengan mengetahuinya sebagai telah diubah pada waktu ia mula-mula memilikinya
254. Menyerahkan kepada seseorang lain sebagai tulen duit yang pada mula-mula dimiliki, orang yang menyerahkan itu tidak ketahui telah diubah
255. Melancung setem Kerajaan
256. Memiliki alat atau benda bagi melancung setem Kerajaan
257. Membuat atau menjual alat bagi melancung setem Kerajaan
258. Menjual lancungan setem Kerajaan
259. Memiliki suatu lancungan setem Kerajaan
260. Menggunakan sebagai tulen setem Kerajaan yang diketahui sebagai lancung
261. Memadamkan apa-apa tulisan daripada benda yang bersetem dengan setem Kerajaan, atau menanggalkan daripada suratan suatu setem yang digunakan untuknya, dengan niat hendak menyebabkan kerugian kepada Kerajaan
262. Menggunakan setem Kerajaan yang diketahui telah digunakan dahulu
263. Memadamkan tanda yang menunjukkan bahawa setem telah digunakan

Bab XIII: Kesalahan-Kesalahan Berkenaan dengan Alat Penimbang dan Sukat[sunting | sunting sumber]

264. Menggunakan dengan tipuan alat penimbang palsu
265. Menggunakan dengan tipuan batu penimbang atau sukat palsu
266. Ada memiliki alat penimbang atau sukat palsu
267. Membuat atau menjual alat penimbang atau sukat palsu

Bab XIV: Kesalahan-Kesalahan mengenai Kesihatan, Keselamatan, Kemudahan, Kesopanan dan Akhlak Awam[sunting | sunting sumber]

268. Kacau-ganggu awam
269. Perbuatan cuai yang mungkin menyebabkan kejangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa
270. Perbuatan jahat yang mungkin menyebabkan kejangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa
271. Mengingkari aturan kuarantin
272. Mencampur makanan atau minuman yang dimaksud untuk jualan dengan benda yang kurang baik
273. Menjual makanan atau minuman yang berbahaya
274. Mencampur dadah dengan benda yang kurang baik
275. Menjual dadah yang bercampur dengan benda yang kurang baik
276. Menjual apa-apa dadah sebagai suatu dadah atau ubatan yang lain
277. Mengotorkan air sesuatu mata air atau kolam air awam
278. Menjadikan udara berbahaya kepada kesihatan
279. Memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam
280. Menjalankan perahuan dengan gopoh
281. Menunjukkan api isyarat, tanda atau boya palsu
282. Membawa orang dengan jalan air untuk mendapat sewa dalam perahuan yang berlebih muatan atau yang tidak selamat
283. Bahaya atau galangan di jalan awam atau di haluan pelayaran awam
284. Kelakuan cuai berkenaan dengan benda beracun
285. Kelakuan cuai berkenaan dengan api atau benda yang mudah terbakar
286. Kelakuan cuai berkenaan dengan apa-apa benda letupan
287. Kelakuan cuai berkenaan dengan pesawat yang ada dalam milik atau di bawah jagaan pesalah
288. Kecuaian manakala meruntuhkan atau membaiki bangunan-bangunan
289. Kecuaian berkenaan dengan haiwan
290. Seksaan bagi kacau-ganggu awam
291. Meneruskan kacau-ganggu selepas ditegah-arah supaya jangan meneruskannya
292. Menjual, dsb., buku-buku, dsb., yang lucah
293. Menjual, dsb., benda-benda lucah kepada orang muda
294. Nyanyian lucah

Bab XV: Kesalahan-Kesalahan Berkenaan dengan Agama[sunting | sunting sumber]

295. Membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan
296. Mengganggu perhimpunan yang menjalankan sembahyang
297. Pencerobohan di tempat-tempat perkuburan, dsb.
298. Menyebut perkataan-perkataan, dsb., dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan agama seseorang
298A. Menyebabkan, dsb., di atas alasan-alasan agama, suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci-membenci atau niat jahat, atau memudaratkan, dsb., pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan

Bab XVI: Kesalahan-Kesalahan mengenai Tubuh Manusia[sunting | sunting sumber]

Kesalahan-Kesalahan mengenai Nyawa
299. Mematikan orang dengan salah
300. Membunuh orang
301. Mematikan orang dengan salah dengan menyebabkan kematian seseorang yang lain daripada orang yang kematiannya dimaksudkan
302. Seksaan bagi kesalahan membunuh orang
303. (Tidak ada)
304. Seksaan bagi kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang
304A. Menyebabkan kematian dengan cuai
305. Persubahatan bagi kanak-kanak atau orang gila membunuh diri
306. Persubahatan bagi kesalahan membunuh diri
307. Mencuba membunuh orang
308. Mencuba melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah
309. Mencuba melakukan kesalahan membunuh diri
309A. Kesalahan membunuh anak
309B. Seksaan bagi kesalahan membunuh anak
310-311. (Tidak ada)
Menyebabkan Keguguran; Menyebabkan Bencana kepada Anak yang Belum Lahir; Mendedahkan Anak; dan Menyembunyikan Kelahiran
312. Menyebabkan keguguran
313. Menyebabkan keguguran dengan tiada kerelaan perempuan
314. Kematian disebabkan oleh perbuatan yang dilakukan dengan niat hendak menyebabkan keguguran. Jika perbuatan dilakukan dengan tiada kerelaan perempuan
315. Perbuatan dilakukan dengan niat hendak mengelakkan anak daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkan ia mati selepas dilahirkan
316. Menyebabkan kematian anak yang belum lahir yang telah bersifat dengan suatu perbuatan boleh terjumlah kepada kesalahan mematikan orang dengan salah
317. Ibu bapa atau orang yang bertanggung menjaga kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua belas tahun mendedahkan dan membuang kanak-kanak itu
318. Menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit
Cedera
319. Cedera
320. Cedera parah
321. Dengan sengaja menyebabkan cedera
322. Dengan sengaja menyebabkan cedera parah
323. Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera
324. Dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya
325. Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah
326. Dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya
327. Dengan sengaja menyebabkan cedera bagi memeras harta atau bagi memaksa supaya perbuatan yang menyalahi undang-undang dilakukan
328. Menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan racun, dsb., dengan niat hendak melakukan kesalahan
329. Dengan sengaja parah menyebabkan cedera bagi memeras harta atau bagi memaksa supaya perbuatan yang menyalahi undang-undang dilakukan
330. Dengan sengaja menyebabkan cedera bagi memeras pengakuan bersalah atau bagi memaksa supaya harta dipulangkan
331. Dengan sengaja menyebabkan cedera parah bagi memeras pengakuan bersalah atau bagi memaksa supaya harta dipulangkan
332. Dengan sengaja menyebabkan cedera bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya
333. Dengan sengaja menyebabkan cedera parah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya
334. Dengan sengaja menyebabkan cedera atas bangkitan-marah
335. Menyebabkan cedera parah atas bangkitan-marah
336. Seksaan bagi perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain
337. Menyebabkan cedera dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain
338. Menyebabkan cedera parah dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain
Halangan Salah dan Pengurungan Salah
339. Halangan salah
340. Pengurungan salah
341. Seksaan bagi halangan salah
342. Seksaan bagi pengurungan salah
343. Pengurungan salah selama tiga hari atau lebih
344. Pengurungan salah selama sepuluh hari atau lebih
345. Pengurungan salah mengenai orang yang mana writ untuk pembebasannya telah dikeluarkan
346. Pengurungan salah dalam sulit
347. Pengurungan salah bagi maksud hendak memeras harta atau hendak memaksa supaya perbuatan yang menyalahi undang-undang dilakukan
348. Pengurungan salah bagi maksud hendak memeras pengakuan bersalah atau hendak memaksa supaya harta dipulangkan
Kekerasan Jenayah dan Serangan
349. Kekerasan
350. Kekerasan jenayah
351. Serangan
352. Seksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah kecuali atas bangkitan-marah yang besar
353. Menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya
354. Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan
355. Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak menjatuhkan kehormatan seseorang kecuali atas bangkitan-marah yang besar
356. Serangan atau kekerasan jenayah pada mencuba hendak mencuri harta yang ada dibawa oleh seseorang
357. Serangan atau kekerasan jenayah pada mencuba hendak mengurung seseorang dengan salah
358. Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah atas bangkitan-marah yang besar
Penculikan, Melarikan Orang, Keabdian dan Kerja Paksa
359. Penculikan
360. Menculik dari Malaysia
361. Menculik dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang
362. Melarikan orang
363. Seksaan bagi penculikan
364. Menculik atau melarikan orang dengan tujuan hendak membunuh
365. Menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya dengan sulit dan dengan salah
366. Menculik atau melarikan perempuan bagi memaksa ia berkahwin, dsb.
367. Menculik atau melarikan orang dengan tujuan hendak mengenakannya cedera parah, atau menjadikannya abdi, dsb.
368. Menyembunyikan atau mengurung dengan salah seseorang yang diculik
369. Menculik atau melarikan kanak-kanak yang berumur kurang daripada sepuluh tahun dengan niat hendak mencuri harta yang boleh dialih dari tubuh kanak-kanak itu
370. Membeli atau memberikan mana-mana orang sebagai abdi
371. Lazim memperniagakan abdi
372. Menyalahguna mana-mana orang bagi tujuan persundalan
372A. Seseorang yang hidup hasil daripada atau perdagangkan persundalan
372B. Mencari langganan bagi maksud persundalan
373. Pengawalan rumah-rumah persundalan
373A. (Dimansuhkan)
374. Kerja paksa yang menyalahi undang-undang
Rogol
375. Rogol
376. Seksaan bagi rogol
Sumbang mahram
376A. Sumbang mahram
376B. Seksaan bagi sumbang mahram
Kesalahan-Kesalahan Luar Tabii
377. Persetubuhan luar tabii dengan haiwan
377A. Persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii
377B. Seksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii
377C. Melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan, dsb.
377D. Melanggar kesopanan
377E. Merangsang seorang kanak-kanak untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau

Bab XVII: Kesalahan-Kesalahan terhadap Harta[sunting | sunting sumber]

Kesalahan Mencuri
378. Kesalahan mencuri
379. Seksaan bagi kesalahan mencuri
379A. Seksaan bagi kesalahan mencuri sebuah kenderaan motor
380. Mencuri dalam rumah kediaman, dsb.
381. Kerani atau orang gaji mencuri harta dalam milik tuannya
382. Mencuri setelah dibuat persiapan bagi menyebabkan kematian atau cedera dengan tujuan hendak melakukan kesalahan itu
382A. Orang yang telah disabitkan suatu kesalahan di bawah seksyen 379, 380 atau 382 kemudiannya melakukan kesalahan di bawah seksyen itu juga
Pemerasan
383. Pemerasan
384. Seksaan bagi pemerasan
385. Mendatangkan kepada seseorang ketakutan bencana dengan tujuan hendak melakukan pemerasan
386. Pemerasan dengan mendatangkan kepada seseorang ketakutan pembunuhan atau cedera parah
387. Mendatangkan kepada seseorang ketakutan pembunuhan atau cedera parah dengan tujuan hendak melakukan pemerasan
388. Pemerasan dengan jalan mengugut hendak menuduh yang seseorang telah melakukan kesalahan yang boleh diseksa dengan bunuh, atau penjara, dsb.
389. Mendatangkan kepada seseorang ketakutan dituduh kesalahan, dengan tujuan hendak melakukan pemerasan
Rompak dan Rompak-Berkumpul
390. Rompak
391. Rompak-berkumpul
392. Seksaan bagi rompak
393. Mencuba melakukan rompak
394. Dengan sengaja menyebabkan cedera pada melakukan rompak
395. Seksaan bagi rompak-berkumpul
396. Rompak-berkumpul serta membunuh orang
397. Rompak dengan bersenjata atau rompak serta mencuba menyebabkan kematian atau cedera parah
398. (Dimansuhkan)
399. Membuat persiapan bagi melakukan rompak-berkumpul
400. Seksaan kerana menjadi seorang daripada kumpulan perompak
401. Seksaan kerana menjadi seorang daripada kumpulan pencuri-pencuri yang merayau
402. Berhimpun bagi maksud hendak melakukan rompak-berkumpul
Menyalahgunakan Harta Secara Jenayah
402A. Takrif "ejen", "syarikat", "pengarah", "pegawai"
403. Menyalahgunakan harta dengan curang
404. Dengan curangnya menyalahgunakan harta yang dimiliki oleh si mati pada waktu matinya
Pecah Amanah Jenayah
405. Pecah amanah jenayah
406. Seksaan bagi pecah amanah jenayah
407. Pecah amanah jenayah oleh pembawa, dsb.
408. Pecah amanah jenayah oleh kerani atau orang gaji
409. Pecah amanah jenayah oleh penjawat awam atau ejen
409A. Pembelaan tidak boleh digunakan
409B. Anggapan
Menerima Harta Curi
410. Harta curi
411. Menerima harta curi dengan curang
412. Menerima dengan curangnya harta yang dicuri dalam rompak-berkumpul
413. Dengan lazimnya berniaga harta curi
414. Menolong menyembunyikan harta curi
Tipu
415. Tipu
416. Menipu dengan jalan samaran
417. Seksaan kerana menipu
418. Menipu dengan mengetahui bahawa kehilangan salah mungkin dengan jalan demikian itu disebabkan kepada seseorang yang kepentingannya pesalah itu terikat melindungi
419. Seksaan kerana menipu dengan jalan samaran
420. Menipu dan dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan
Surat-ikatan Tipuan dan Melepaskan Harta dengan Tipuan
421. Mengalih atau menyembunyikan harta dengan curangnya atau tipuan bagi mengelakkan pembahagian antara sipiutang-sipiutang
422. Dengan curangnya atau dengan tipuan mengelakkan daripada dapat digunakan untuk sipiutang sesuatu piutang atau tuntutan yang pesalah berhak
423. Dengan curangnya atau dengan tipuan menyempurnakan surat-ikatan memindah-milik, yang mengandungi kenyataan palsu tentang balasan
424. Mengalih atau menyembunyikan harta dengan curangnya atau dengan tipuan
Khianat
425. Khianat
426. Seksaan kerana melakukan khianat
427. Melakukan khianat dan dengan jalan demikian itu menyebabkan kerugian yang berharga sebanyak dua puluh lima ringgit
428. Khianat dengan membunuh atau mencacatkan seseekor haiwan yang berharga lima ringgit
429. Khianat dengan membunuh atau mencacatkan lembu, kerbau, dsb., atau haiwan yang berharga dua puluh lima ringgit
430. Khianat dengan membencanakan perjalanan tali air atau dengan menyimpangkan haluan air dengan salah
430A. Khianat mengenai enjin kereta api, tren dsb.
431. Khianat dengan membencanakan jalan awam, jambatan atau sungai
431A. Khianat dengan membencanakan kabel, kawat telegraf, dsb.
432. Khianat dengan menyebabkan banjir atau galangan kepada parit awam, yang mendatangkan kerosakan
433. Khianat dengan membinasakan atau mengalih atau menjadikan kurang berguna rumah api atau tanda laut atau dengan menunjukkan api-api isyarat palsu
434. Khianat dengan membinasakan atau mengalih, dsb., tanda yang dipasang oleh pihak berkuasa awam
435. Khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan yang berharga sebanyak lima puluh ringgit
436. Khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah, dsb.
437. Khianat dengan niat hendak membinasakan atau menjadikan tidak selamat perahuan yang bertingkat atau muatannya 20 tan
438. Seksaan bagi khianat yang diterangkan dalam seksyen yang akhir bila dilakukan dengan api atau apa-apa benda letupan
439. Seksaan kerana dengan sengaja mengandas atau menghamparkan perahuan dengan niat hendak melakukan kesalahan mencuri, dsb.
440. Khianat berlaku dalam kekacauan, dsb.
Pencerobohan Jenayah
441. Pencerobohan jenayah
442. Pencerobohan rumah
443. Pencerobohan rumah dengan bersembunyi
444. Pencerobohan rumah pada waktu malam dengan bersembunyi
445. Pecah rumah
446. Pecah rumah pada waktu malam
447. Seksaan bagi pencerobohan jenayah
448. Seksaan bagi pencerobohan rumah
449. Pencerobohan rumah bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh diseksa dengan kematian
450. Pencerobohan rumah bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara seumur hidup
451. Pencerobohan rumah bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara
452. Pencerobohan rumah setelah persiapan dibuat bagi menyebabkan cedera kepada seseorang
453. Seksaan bagi pencerobohan rumah dengan bersembunyi atau bagi pecah rumah
454. Pencerobohan rumah dengan bersembunyi atau pecah rumah bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara
455. Pencerobohan rumah dengan bersembunyi atau pecah rumah setelah persiapan dibuat bagi menyebabkan cedera kepada seseorang
456. Seksaan bagi pencerobohan rumah dengan bersembunyi atau pecah rumah pada waktu malam
457. Pencerobohan rumah dengan bersembunyi pada waktu malam bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara
457A. Kesalahan yang kemudian di bawah seksyen 453, 454, 456 atau 457 boleh diseksa dengan sebat selepas kesalahan yang pertama
458. Pencerobohan rumah dengan bersembunyi atau pecah rumah pada waktu malam setelah persiapan dibuat bagi menyebabkan cedera kepada seseorang
459. Cedera parah disebabkan manakala melakukan pencerobohan rumah dengan bersembunyi atau pecah rumah
460. Semua orang yang bersesama menyertai pada melakukan pecah rumah, dsb., boleh diseksa kerana kematian, atau cedera parah yang disebabkan oleh seorang daripada mereka
461. Dengan curangnya memecahkan apa-apa bekas tertutup yang berisi atau disangkai berisi harta
462. Seksaan bagi kesalahan itu jika dilakukan oleh orang yang diamanahkan menjaga

Bab XVIII: Kesalahan-Kesalahan Berkenaan dengan Suratan, Mata Wang Kertas dan Surat Janji Bayaran Bank[sunting | sunting sumber]

463. Pemalsuan
464. Membuat suatu suratan palsu
465. Seksaan bagi pemalsuan
466. Pemalsuan rekod Mahkamah atau Daftar Beranak awam, dsb.
467. Pemalsuan suratan cagaran berharga atau wasiat
468. Pemalsuan bagi maksud hendak menipu
469. Pemalsuan bagi maksud hendak merosakkan nama baik seseorang
470. "Suratan pemalsuan"
471. Menggunakan suratan pemalsuan sebagai tulen
472. Membuat atau memiliki meteri, pelit lancung, dsb., dengan niat hendak melakukan pemalsuan yang boleh diseksa di bawah seksyen 467
473. Membuat atau memiliki meteri, pelit lancung, dsb., dengan niat hendak melakukan pemalsuan yang boleh diseksa di bawah seksyen lain
474. Ada memiliki suratan cagaran berharga atau wasiat yang diketahui sebagai pemalsuan, dengan niat hendak menggunakannya sebagai tulen
475. Melancungkan alamat atau tanda yang digunakan bagi mengesahkan suratan yang tersebut dalam seksyen 467, atau memiliki benda yang bertanda lancungan
476. Melancungkan alamat atau tanda yang digunakan bagi mengesahkan suratan lain daripada suratan yang tersebut dalam seksyen 467, atau memiliki benda yang bertanda lancungan
477. Dengan tipuan memadamkan, membinasakan, dsb., wasiat
477A. Memalsukan kira-kira
478-489. (Tidak ada)
Mata Wang Kertas dan Surat Janji Bayaran Bank
489A. Pemalsuan atau pelancungan mata wang kertas atau surat janji bayaran bank
489B. Menggunakan sebagai tulen mata wang kertas atau surat janji bayaran bank yang telah dibuat dengan jalan pemalsuan atau pelancungan
489C. Memiliki mata wang kertas atau surat janji bayaran bank yang telah dibuat dengan jalan pemalsuan atau pelancungan
489D. Membuat atau memiliki alat atau benda bagi pemalsuan atau pelancungan mata wang kertas dan surat janji bayaran bank

Bab XIX: Kemungkiran Kontrak Perkhidmatan Secara Jenayah[sunting | sunting sumber]

490. (Dimansuhkan)
491. Kemungkiran kontrak melayani dan membekalkan keperluan orang-orang yang tidak berupaya
492. (Dimansuhkan)

Bab XX: Kesalahan-Kesalahan Berkenaan dengan Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

493. Bersekedudukan disebabkan oleh seorang lelaki mendorong dengan perdayaan seorang perempuan supaya percaya yang mereka telah berkahwin dengan sah di sisi undang-undang
494. Berkahwin lagi dalam masa suami atau isteri masih hidup
495. Kesalahan itu juga dengan menyembunyikan perkahwinan yang dahulu daripada orang yang dengannya seseorang berkahwin pada kali yang kemudian
496. Upacara perkahwinan dilangsungkan dengan niat tipuan manakala perkahwinan itu tidak sah di sisi undang-undang
497. (Tidak ada)
498. Memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah

Bab XXI: Fitnah[sunting | sunting sumber]

499. Fitnah
500. Seksaan bagi fitnah
501. Mencetak atau mengukir perkara yang diketahui sebagai fitnah
502. Menjual benda yang bercetak atau yang berukir yang mengandungi perkara fitnah

Bab XXII: Menakutkan Secara Jenayah, Aib dan Kegusaran[sunting | sunting sumber]

503. Kesalahan menakutkan secara jenayah
504. Dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan
505. Kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam
506. Seksaan bagi kesalahan menakutkan secara jenayah
507. Kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama
508. Perbuatan yang disebabkan dengan mendorong seseorang supaya percaya bahawa ia akan dijadikan seorang yang dimurkai Tuhan
509. Perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang
510. Salah laku di tempat awam oleh seorang yang mabuk

Bab XXIII: Percubaan Hendak Melakukan Kesalahan[sunting | sunting sumber]

511. Seksaan kerana mencuba melakukan kesalahan-kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara

Lihat juga[sunting | sunting sumber]