Kaoru (pelukis komik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kaoru
Kelahiran4 Februari 1982
Ipoh, Perak
KewarganegaraanMalaysia Malaysia
Nama samaranKaoru
Karya terkenal
Helios Eclipse,Maid Maiden

Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka

Kaoru (lahir 4 Februari 1982 di Perak) ialah seorang pelukis komik wanita Malaysia. Karya beliau yang terkemuka ialah Helios Eclipse, Kaoru's Cake House dan Maid Maiden. Kesemua siri tersebut telah ditamatkan dan telah dinovelkan. Beliau juga telah menerbitkan sebuah buku ilustrasi yang berjudul Sugar Addict yang menampilkan segala ilustrasi karya-karya komik beliau sepanjang kerjaya beliau sebagai kartunis. Buku tersebut merupakan buku terbitan Kumpulan Art Square dan telah dilancarkan di 100% Gempak Starz.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kaoru dilahirkan di Perak pada 4 Februari 1982. Beliau memulakan kerjaya beliau sebagai kartunis di syarikat Kumpulan Art Square menerusi majalah Gempak. Antara karya beliau yang pertama ialah Siri Maskeret Cinta. Pada tahun 2004 beliau hadir dengan karya terbaru iaitu Helios Eclipse yang bertemakan dunia fantasi yang disirikan di dalam majalah Starz yang kemudiannya dipindahkan ke majalah Gempak. Pada tahun 2009 selepas Helios Eclipse berakhir, beliau telah mencipta karya beliau yang bertemakan pembantu rumah iaitu Maid Maiden yang telah disirikan di dalam majalah Gempak yang kini telah dijadikan novel grafik bersiri.

Karya beliau yang terkini ialah My Secret Bodyguard yang sedang lagi disirikan di dalam majalah Gempak dan kini boleh didapati dalam bentuk novel grafik bersiri.

Karya[sunting | sunting sumber]

Antara karya-karya beliau sepanjang kerjaya beliau sebagai kartunis

Komik[sunting | sunting sumber]

Buku ilustrasi[sunting | sunting sumber]