Kapal The Clove

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kapal The Clove (Cengkih) merupakan kapal dagang British yang pertama mendarat di Jepun. Kaptennya John Saris, berlabuh di Hirado, berhampiran Nagasaki, pada 12 Jun 1613.

Saris membuka pos perdagangan dan gudang di Hirado, yang diserahkannya kepada rakan sejawatannya Richard Cocks apabila dia meninggalkan Jepun pada tahun yang sama. Richard Cocks menguruskan pos perdagangan tersebut sekitar sepuluh tahun sebelum dipanggil balik oleh Syarikat Hindia Timur Belanda atas tuduhan salah laku, dan meninggal tidak lama selepas meninggalkan Jepun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Frederic, Louis (2002). "Japan Encyclopedia." Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press.